Monday, 8 March 2010

CCM ...

CCM is choc cheese marble. I memandai2 marblekan kek tu walhal sepatutnya ia berselang antara adunan kek coklat dan cheese. Habis tu camana? I geram tengok adunan cheese kat top layer macam tenang aje, maka perlulah I kocak2kan adunan bawah keatas dan adunan atas kebawah. Kasi Tsunami sket.

Yang tak bestnya, takde mata lain menyaksikan 'kehebatan' I memasak kek nih. First time lagi!! Patutnya buat mini PC tadi, haha. Bukan pun susah nak buat CCM nih tapi kenapa baru petang tadi I berani nak mencuba sedangkan orang lain sambil terlelap siap sebijik kek! Takpe, sehari selembar benang lama2 jadilah kain tea towel, heheh.


kocak tsunami style

terover baked by 5 mts

Petang tadi hujan turun dengan lebatnya tapi tidak menyejukkan keadaan. I berpeluh2 didapur nak menyiapkan kek nih... (tadi kata tak susah nak buat kek nih tapi kenapa pulak berpeluh2?). CCM nih tak berapa manis tapi ada rasa masin2 cheese. Rasa masin dari cheese atau dari peluh? Hoho Texturenya lembut, hilang dimulut seakan2 effect 'melting moments' sejurus dimasukkan kerongga.

Nota: CCM = CikComManis *ngeh2*

11 comments:

anneaziz said...

Hehehe,

Betul ke I yang first? Atau dah ada orang lain komen belum approve oleh blog owner?

CS,

Semasa I gila baking dulu, ni lah antara scavaerite anak i, sampai i tak yah tgk resipi lah , tutup mata boleh buat....

3E said...

Bagus2 Aunty Som.....semangat baking I dah meresap skit kat jiwa u...keep it up ya!!!!
mmmm...mmg tak dinafikan yg sekarang ni, contoh la 'kan..kalau I bake Orange Chiffon Cake mmg tutup mata ja la....hihihihi...(I tak takbur tau...cuma kasi tau ja)

lili said...

Salam CS,

Wah, Anne dah menduduki tahta number one tu!

Well CS, there's always a next time, boleh buat lagi banyak lagi CCM siap ada tag-line nanti...CCM by CikComManis! Wahahaha!

Seronok kan bila membaking datang secara impromptu. I baru bercita-cita nak buat kek carrot untuk pengantin hujung minggu ni, tapikan, tapi...malas nak mengeluorkan perkakas... the most I can say now, 'tengoklah...' :)

Oh, btw, tak kisah rupe kek tak cantik janji SEDAP! And yours memang nampak SEDAP...bak sikit?

Ibu n Abah said...

KS,
Shhhhhhhhhhhhhh(jari telunjuk dibibir..)
Dah ada orang merampas kedudukan tempat pertama.....(Jari tunjuk atas..kepala dongak sama..)
Owang ni kan, laju betul dia mai dari adik dia..
KS, sedapnya kek. I masih bermalas-malas nak bergelumang ngan phutter dan tepung..(phutter pun tak beli-beli lagi...)BIla U mentioned kuih ni gebus, sedap dan hilang di mulut... bagilah resepi.. nak cubalah....

FA said...

ohhh i lurve cheecake!! yummyyyy...!!
dah lama tak baking membaking nii.. waduhhhhh bila lah nyekk i nak bake cheesecake ni..tengok you marble choc cheesecake naik kempunan i.. ahacks

aintsuperwoman said...

adoii, terperanjat kita tengok nama FA kat atas, I thought somebody tolong post comment for me...eh, am i dreaming...nama I aintsuperwoman! Tapi FA tu, eh eh...la silap la...FA lain....heheheh....anyway cik som, bab buat kek ni kita tak sama tak seiras...becoz I memang kayu lagi kayu!!! :D

somuffins said...

Salam semua ..

Anne, 'blog owner' doesnt need to approve anything. Kat sini telus aje, heheh. Tahniah you jadi orang pertama. Does it feel good? Cewah!


3E, kita professional kan? Cakap cam tu takkan nak kata takbur pulak, ya tak? Mmg betul, kalau dah selalu buat kek, kejam mata pun siap takyah tengok2 resipi lagi.


lili, terimalah 2 potong CCM from CCManis, heheh. Dulu2 I rajin juga membaking sbb ada yg memakannya tapi bila anak2 dah besar, selera diorang turut berubah. Rehatlah I.


Akak, takper juga you tak dpt no. 1. Diharap takde yg pk I duk sms you suh jadi pengomen no. 1. Tu semua rezeki kan Akak kan? haha, iya2 aje I nih.


Fa, kek ni sebenarnya memang choc cake. Cheese tu ala2 menumpang aje. Makan kek tu dgn neskepe, teh atau kopi. Nyum2 ..

somuffins said...

Fa @ Aintsuperwoman ...

I thot it was you too, hehehaha..
Bab kayu2 nih kita boleh asah jadi tajam taw. Dont wori..

ain said...

bestnya CCM akak tu!! lama pulak tak mkn kek yg cheesy ni. takut bdn makin tembam.hahaha

anneaziz said...

Salam CS and Akak,

Minta maaf Akak...tau lah akak selalu no 1...ntah camna terserempak dengan CS baru post N3. maka jadilah I heroine no 1 hari tu...nmpk nya adik I tu tak mengomen pun sampai hari ni...sebenornye kan....she never bake anything! KAHKAHKAH! The cat (bruce) is out of the bag!

Baik I lari sembunyi...takut kena ketok!

somuffins said...

Ain, untuk elakkan you jadi tembam, maka perlulah you bake seketul dua, hehe.. Make sense tak?


Anne, Ja ada you tu sebab dia manja. Just like me :-)