Thursday, 25 March 2010

the extreme weather ..

Salam semua ...

Guruh, petir dan kilat ... thunder, lightning n lightning bolt.

Hujan adalah pencabar utama bila I perlu drive 'jauh sikit'. Pencabar kedua ialah guruh w'pun kedengarannya sayup2 bahasa. Petir dan kilat? Yang nih memang tak boleh belah forever n ever menduduki carta teratas ALL BECAUSE OF MY FOBIA.

Masa kecik2 dulu, tiap kali hujan berserta kilat (atau kilat aje tapi tak hujan), Mak n Chik mesti suruh tutup cermin dengan kain (kain apa yang agak panjang ketika tu? Sari?). Selimut jadi mangsa untuk tutup cermin gerobok yang agak tinggi. Tak tanya lebih2 kenapa cermin perlu ditutup tapi menurut 'saintis', kilat suka dengan cermin atau benda2 berkilat.

Bak kata bila kilat & petir, jangan pegang benda2 yang berkilat dan jangan pintal kepala paip (Bak nih pun, mentang2lah kita suka buat roti pintal, haha).. but seriously, sebab yang sama apply ie kilat suka dengan cermin atau benda2 berkilat.

My fobia bermula sejak kematian anak Mak'Ah. Masa tu aruah sebaya dengan I (manis2 jagung muda gitu). Dia disambar petir masa kat dapur (tak sure pulak dia buat apa masa tu). Aduhai.. dahlah dia sebaya dengan I, jiran I pulak tu (8 pelaung baru dengar) DAN yang paling merisaukan (time tulaa), nama kita serupa! (walaupun ejaannya ada lain sket).

Baru2 nih ketika Perth dilanda hailstorm dgn hujan air batu berdentam dentum habis jahanam segala barang, SJ pun dilanda hujan lebat dengan kilat petir segala. Alhamdulillah I was not alone then. 2 kali 'karen' terputus tapi sebelum karen terputus I tengah baca buku Extreme Weather dikirim oleh RD (in anticipation that I renew my subscription).

I belum alami musim winter/snow tapi pernah alami hujan air batu yang kecik2 comel. Sungguh menakjubkan! Ianya berlaku depan rumah dan lebih menakjubkan ia berlaku depan mata I.

I would say this is a very good book. Macam2 ada. Terbukak luas sikit minda I (selalunya bukak tapi tak berapa nak luas). Excerpt from the book "Although lightning can kill and cause huge damage, it is also vital to the life of our planet. The most concrete example of this is that lightning assists plant growth by producing chemicals in the atmosphere that turn into essential plant nutrients when they wash down to the soil".

Para saintis yang berkata begitu namun kita tetap "baca apa yang patut kita baca" setiap kali kilat, petir dan halilintar bertamu..

Minggu nih terkesima dengan jejemput. Had this twice for lunch. TB yang tak boleh dipisahkan dari nasi, setuju tanpa bicara (relax bab makan sebab sedang bercuti); tapi bila hari dia bekerja, tak sanggup rasanya simithali nih (haha) biarkan dia tak makan nasi. Cian taw, dah lah dia tua kuwush.

Lemak betul sehari tak masak. Dinner beli burger kat stall aje. Sedap I tell ya .. siap bersoskan black pepper. 5 burger = RM11.50. 5 burger tapi 3 orang yang makan. Hmm..

I berjaya melawan setan untuk tidak membazir dan membiarkan pisang emas busuk begitu aje. So .. I lenyek2, kocak2 .. done! Tanpa resipi yang boleh dibanggakan dan dikongsi bersama rakan taulan maka siaplah kapkek tu untuk tekak sendiwi ...

Lepas 5 minit kek dalam oven baru teringat... so, bukak oven kejap taburkan choc rice. Adunan kali nih I bubuh kismis banyak giler sebab stok kismis tengah banyak (curik TB punya). Insyaalah I akan lebih bijak (makan kismis ikut sunnah Nabi saw).

14 comments:

Ibu n Abah said...

kak som...
wah....
u dah bukak komen box...
wah....
selesanya bergoyang2 i kat sini...
nama u ejaannya
Kalthom ke?
Kiranya i anak melayu pertama yg bagi komen kat sini..... yeay..

somuffins said...

Akak, due to extreme weather, I akan 'berangin' kembali kang. Komen box, post box, box office semua akan tertutup.

Ejaan nama I? Mcm dalam tempat kita bersekwet agent tu laa..

aintsuperwoman said...

waaa...dah boleh masuk dapoq aaa....milo ais satu!! walaupun bukan org petama (siapalah yang boleh menandingi ketangkasan dan kecekapan Pompuan Melayu Terakhir tuuuu....)

somuffins said...

Fa, milo ada tapi takde ais. Caner? Air lain boleh tak?
Hari nih our very own PMT sedang bersukaria bertemu ex-skulmet. Dia kata nak pakai bik*ni kesana. Masalah tu..

aintsuperwoman said...

hah? PMT nak pakai bi**ni. Takkan pasal cuaca panas kot...ada oghang lain yg tau pasal ni? Dah contact Tuan Dr? Cuba helo kat Eleena, ask her what can be done. Then sms kakcik, kot kot dia tau....hehehehe....

kayteeze said...

Eh...

Baru teringat, masa kita kecik-kecik pun mak ada suruh tutup cermin dengan kain. Kita guna tuala je... Lupa lak nak tanya kenapa. hihi...

Pastu semua orang disuruh tidur, berselimut... kita pun apa lagi, hehe.. suka laa... lagipun takut dengar kilat petir sabung menyabung tu.

kak ja said...

chewaaaahhhhh.. CS kembali bersemangat Tun Teja, bukak balik komeng boksnya..

actlly I dah baca n3 ni tadi.. masa tu akak dah ngomeng.. I pun majuk bawak diri sat.. Ni baru nak ngomeng..

pssstt!! hujan batu di negeri owang.. tingat kenangan disimbah ujan batu tatkala berjln berdowa dgn my ex bopren ke Malaysia Hse utk proses kompilasi our bulletin... aaaauuuuwwwww!!

Yunus Badawi said...

Salam kenal.

Emak saya pun suruh tutup cermin dgn kain kalau ada kilat masa kecik2 dulu. Selain tu tak boleh buka tv sbb sering terjadi tv kena sambar kilat. Tuib dia terbakar dan sgt mahal nak repair huhuhu

Uncle Lee said...

Hi Somuffins, I can imagine the hot weather.
We here now Spring, temp gone up to 15'c....my wife already putting away our Winter boots, jackets, then this morning radio news say the temp going to plummet down to -9'c later.
Thats the Canadian weather...just as we thought Miniskirt weather da sampai, habis cherita, ha ha.
Have a nice day, Lee.

somuffins said...

Fa, mungkin PMT is having PMT?? Kita beri peluang sama dia.. ehh?


Tie, kelakarrr.. Kalau time hujan dan kilat you patut kesekolah maka bestlah; 'by order', you duk bawah selimut aje ;-)


Ja, you masih majuk ke? I dah bukak komen boks pun u masih nak majuk lagi? Majuk2 semua tu biar I sorang yg kendalikan. Psst Ja, saper ex-boipren tu?


Wkumsalam YB (now I know why they call you YB, hehe).
Memang betul! Selain tutup cermin dgn kain, TV wajib diOFFkan kalau tak, tv sure meletop kena sambar petir. Haaa, saper tak ngeri dgn letop2 tu ek?


Hi Lee..
Spring at 15deg.C? Brrrr...
and sorry as there's no miniskirt weather for you just yet. Meanwhile, do cuci your mata with eye-more dulu, haha. Have a nice day ..

kak ja said...

Ex-bopren I tu? sorang lelaki, CS.. ekekekee.. tp kami dah jd good frens skg, tawwww....

somuffins said...

Ja, kalau dah BOPREN mana bisa jadi GOPREN, nanti lain jadinya. Semoga persahabatan ex-bopren dgn ex-gopren berpanjangan ..

Rima said...

Somuffin
Long long time ago pun my nyayi suruh tutup cermin dgn kain waktu petir.. katanye takut petir sambar cermin.. nanti kita semua kena petir.. well thats what she said lah back then..

somuffins said...

Rima, I suppose the reason is about the same. Bila petir sambar cermin, and if one is unlucky, maka kenalah tempiasnya.. Hehe, takot ek??