Thursday 18 March 2010

Queserasera ..

Salam untuk kawan2 yang I hormati terutama pada mereka yang rajin menjengah kesini .. (pasti nak tunggu bilalah gambar profile tu boleh menampakkan hidung, mata, mulut dan taik lalat termasuk blemishes n wrinkles, kaan? haha.. ferasannya I).

Terlebih dulu I mohon maaf jika ruang komen telah dikunci mati ketika nih. Diharap tiada siapa yang berasa hati dan berkecil hati. Niatnya hanya nak berubah angin almaklum kita diberi 3 pilihan untuk memilih mana yang sesuai. I dah guna pilihan pertama selama 2 tahun, pilihan kedua baru beberapa hari dan pilihan ketiga akan dicuba.

Walaupun baru seketika ruang komen disimpul mati, I dah mula terasa sunyi walhal memang setiap hari keadaan disini sunyi sepi tiap kali I mengadap laptop (volume dikunci dan ditelan kuncinya); yang kedengaran hanyalah 'siulan' kipas angin yang ligat berpusing 28 jam sehari.

Breakfast pagi nih .. cicah biskut cap 'ping pong' dengan nescafe 3-in-1 mild. Semalam dah beli biskut kering seperti diuar2kan oleh Akak dalam blognya. Oleh kerana malas nak tempatkan biskut2 tu kedalam balang setelah dibuka plastiknya, maka I redha main celup2 ping pong dalam air. Celup 5 saat, ngap. Celup 5 saat ngap (kena kira dalam ati 12345 taw kalau tak ping pong tu akan kelemasan didasar cangkir).


Semalam I merajuk seketika dengan 2 men in my life. Sorang tu kalau boleh I piat2 tinger dia sampai lebam dan sowang lagi tu .. hmmm... mana boleh buat the same thing nanti I tak masuk syurga pintu no. 2 kang.

Alkisah .. kejadian berlaku masa dalam kereta. I bercerita dan mengadu ... tapi lain yang I nak dengar, lain yang I dapat... menciiiii !!

Bila nak keluar dari kereta dia kata something. On normal days and when the mood is swell, kata2 macam tu tak jadi hal pun tapi dah terkucil memula tadi, rajukkan I terpaksa disequelkan... Sebaik keluar dari kereta, I berjalan sepantas burung kasawari meninggalkannya sayup dibelakang (sambil toleh2 tapi tak nampak cam toleh supaya I boleh agak jarak antara kita berdua).

Bila sedar dia masih jauh dibelakang (sejak bila plak I nih jadi ratu pecut?? kalau tak, mengah aje kerjanya bila jalan jauh sket), I cepat2 masuk dalam satu kedai jual kain baju tudung segala. Boleh bayangkan apa I buat dalam kedai tu? Dicelah2 baju I mengintai just to make sure dia dah lepasi kedai tu, naik escalator dan terus ke bahagian supermarket. Senang sket I pantau dia dari belakang. Terasa macam Nancy Drew pulak bila mengintai2 dicelah2 baju kurung nipis nampak sexy kalau I pakai cumanya yang mengintai2 tu ialah nenek pada Nancy Drew.

BOLEH I BUAT KERJA CAM TU, EK? Yalah kaan, dari I bermasam muka, jiwa meronta2 nak lepaskan gewam .. lebih baik I buat cenggitu. Drama nih berterusan semasa dalam supermarket A, semasa singgah ke supermarket B untuk bayar harga cik AJ tu dan semasa makan ...... tapi bila dah kenyang dapat pulak dessert pengat pithang, muka berkedut tetiba menampakkan seri wajahnya (wajah I bukan wajah dia sebab dia tak sker pengat pithang).

Dia yang bernama TB macam tak tau I sakit hati dan jiwa I remok (of course bukan perbuatan dia "but laling..., all I need is your EARS yang syomel tu aje. Dengarilah keluhan hatiku ini sayang .. "). Auww.. terasa loya2 plak daah.

OK, GTG now .. nak mandi dan bersiap cantik lawa wangi tapi sebelum melangkah kebilik air, jangan lupa bawa towel sekali supaya boleh hindari dari berlakunya babak2 cemas (ingatan untuk diri sendiri tapi khas untuk Akak, ahaks).

Heran kenapa I mandi pagi ya? Today of all the days, terasa KL tu tak jauh mana sebab ada drebar dari Sban bermurah hati nak jemput I, nak jemput Teh dan ramai2 kami kerumah Ngah untuk bersuka ria <- not really tapi kami ada tugasan negara disana.

No comments: