Monday, 8 March 2010

PJ dan siPencuri Kilat ...

Salam. Diharap semuanya sihat sejahtera dan gembira bersama keluarga. Dah breakfast?

D bermurah hati buat breakfast untuk 'kita'
.
setelah dilipat dua
.
T merengek minta I temankan dia tengok wayang. Dia selalu lupa tentang fobia2 yang I hidapi. W'pun my fobia pada panggong wayang boleh dikawal, kalau boleh ajaklah orang lain temankan. D pulak mengada kata tak suka cerita tu. Bukan I tak tau apa dia buat bila ngadap laptop tu. Kalau tiap hari dia boleh hantar berjenis sayur2an dari ladang halimunan kedapur I, alangkah bagus dan bahagianya I!
.
'Percy Jackson n the Lightning Thief' aka 'PJ dan siPencuri Kilat' .. tulah tajuk filem. At first I was a bit sceptical about the movie but "whoaaaa", it turned out tersangatlah best! I nih kalau diberi peluang berimaginasi, my imaginasi boleh merentas benua. Cerita tu menggambarkan banyak benda2 mustahil boleh berlaku hanya dengan teknologi. I sukerr ..
.
I sangat2 suka dengan kasut berkepak yang dipakai oleh siPercy. Kalau I ada kasut berkepak, ia lebih memudahkan kerja menyapu sawang labah2, kejar cicak/lipas yang bersembunyik dibelakang jam dinding dan mengelap kipas angin tanpa perlu gunakan vacuum atau panjat tangga. Selain tu, I boleh terbang aje ke Tepan to do my errands dan untuk ke KL mungkin 'dah tak terasa jauh lagi'...
.
Seronok sangat bila tengok Pierce Brosnan berkakikan kuda. Nasib baik I tak go steady with him masa zaman Remington Steele dulu, hehe. Zaman dia jadi JayBond, 'cinta' I dah lama pudar dan beralih arah ke Wolverine @ HJ pulak ;-)
.
Dalam pada suka, ada juga benda ngeri dan menakutkan. Yang nih, I tanak cewita. Nasib baek 'benda2 pelik' dalam filem tu tak muncul dalam mimpi I. Kalau fobia I masih bertahan n in good condition, well Johnny Depp, here I come !!!

10 comments:

Ibu n Abah said...

kak som,
u pun minat RS?... mujur kita tak berebut tawik2 wambut..(pompuan kalau berebut pakwe selalu mcm tu...)
lepas tu u minat HJ...????
abislah wambut kita sebab berebut HJ... mujuq kita tak gaduh2...

aintsuperwoman said...

Pierce Brosnan handsome benor, takuttttt.....I suka Kevin Costner je...hihihihi...

fifyz said...

awaaa..baek nya hati D buat bekpes..nak je pinang tp ape kan daya..hihi

Uncle Lee said...

Hello Somuffins, now thats what I call a nice breakfast.
Next day if you make your famous nasi lemak, *wink( send me telegram, ha ha.
Have a nice day, Lee.

somuffins said...

Akak, kita kan pOfessenel? Mana ada tawik2 wambut, kita tawik2 baju aje, kaan? ;-)


Fa, ada gak owang panggil I KC tapi bukan Kevin Costner. Apa pun, the real 'KC pernah jadi my heart throb" seketika dulu. Heheh, baca boleh percaya jangan sekali2 :-)


Fify, kebaikan D bermusim2 .. winter, spring, summer n fall.


Hi Lee, sure I will DHL my nasi lemak to you but you've to make the sambal sendiri, boleh tak?
Have a nice day too..

ain said...

salam kak CS...akak sihat. mcm lama tak jengah umah akak ni.

suka lah bfast akak tu, sebijik2 cendawan tu.hihihi. ada plan nak bawak bdk2 pi tengok si percy tu, tp depa nak tunggu alice in wonderland. kebetulan I love Johnny Depp, so percy tengok cd cetak rompak je la. kihkih!!

Ibu n Abah said...

kak som,
sibuk bebenar nak tekan 'publish your comment' cepat2 sampai terlupa nak bertanya... tumpang bertanya...
" Gambar yg mula2 tu kat atas sana...(sambil tunjuk atas sekali...) daging ker... cendawan...?..(Hajat tu naklah tiru.. tapi taklah pasti)

somuffins said...

Salam Ain ...
Percy kata pi lah tengok dia kat panggung. Jgnlah tengok dia guna vcd cetak rompak. Yalah Ain, kesian kat Percy sbb you mcm lebihkan dak Depp pulak (huhu, I plak yg tewasa sedih ;-)


Ain/Akak, yg bulat2 tu bukan cendawan tapi beef pepperoni. I beli kat Cold S, brand Baguz. Mula2 I beli untuk buat pizza, pastu sedap plak rasanya, teruslah beli untuk dijadikan modal bfast. Kalau ada benda yg instant cam tu, anak2 I boleh berdikari sket, takyah harapkan I aje. Harga: <> rm4 (tak surelah pulak, main bayar sekali arung je)

kak ja said...

Pierce Brosnan tu ameklah kat u, wpun dedolu I pun meleleh ayaq lioq tengok dia.. I tak suka berebut2..

Mana ntah abg Joji I niihhh... Tadi janji nak kuaq pi beli nasik gowen, terus balik..

somuffins said...

Ja, mulia sungguh ati you tapi tq all d same.. Pierce dah jadi sejarah dlm hidup I, ngeh3.
BTW, kat tivi tadi ntah apa hal, academy award kot, komain lagi buah ati you tersenyom simpol masih kelihatan ganteng. Who else but 'mekanik kat workshop u tu laa', hehe.