Wednesday, 3 March 2010

Nama pun manusia, maka ...

Macam2 yang I jumpa bila merayap dalam rumah bloggers. Pasal ada orang pertikai dan kepo orang kawin campur, a blogger buat ketupat pasal blogger lain, pindah rumah baru, masak resipi baru, masalah kesihatan, berusaha gigih dengan teknologi terkini untuk dapat anak, hal masam2 manis keluarga dan segala masalah global. Pendek kata macam2 ada, nama pun manusia!
.
Semangat I berkembang bila tengok pantry comel kat rumah baru cik S nun jauh disana. Secara tak langsung, nih nak pukul canang kat kawan2 yang I rajin mengemas-kini segala manikam dalam my pantry menurut susur galur masing2.
.
Tepung: tepung naik sendiwi, tepung jagung (apsal ada 2 peket? Sendiri tanya so malaslah nak jawab), tepung kastad (apsal ada 2 peket?) dan tepung gandum.
Gula: gula organik, gula timbang, gula batu (?), gula icing, gula castor, gula2 (haha ngader), gula melaka dan gula perang (alahai, brown sugar tu jer).
Rempah ratus: rempah biji dieratkan lagi bersama rempah peket (ada yang dah expire tapi I wat dono aje)
.
Fuuh! ntah apa2lah lagi manikam dalam pantry tu. Special mentioning adalah keropok. Segala jenis keropok ikan dan keropok udang disatukan termasuklah keropok belinjau yang sah takde pengaruh dari laut (ada juga keropok yang tak dapat diselamatkan, jadi rezeki makhluk lain).
.
Bila dah sedap mata memandang, kerja I asyiklah bukak tutup bukak tutup pantry tu. I'm so in love with my own pantry wpun tak sehebat mana .. haha kita sker taw ..
.
Sukanya bila terjumpa (boleh terjumpa??) a packet of pre-mixed vanilla muffin. Got it FOC bila I join kelas buat kuih tahun lepas. Ada lagi 2 peket berlainan perisa. Rajin jangan tak rajin, maka I buat dulu muffins yang telah diubah suai ala marble ...


3 biji kapkek kat tengah2 tu ada raisins (untuk cemerlang berfikir), dan yang lainnya I tabur choc rice semuai mungkin.

Apa pulak yang nih? :-( kesian.. permukaan kek yang tak rata, benjol sana benjol sini. Selama I mula membakar kek, nilah percubaan pertama lepas berdekad2 tidak membakar kek sebesar nih. I lebih selesa bakar kek saiz kecil molek - cepat dibakar n cepat dimakan; tak buang masa nak potong2 (the practical side of me is justifying my own act, haha. Sebenarnya, I tak reti nak bakar kek besar, selalu aje dizaz!).

I bekalkan T 4 biji muffins tapi dia nak 1. "Ada ke 1 aje?" so I paksa dia bawak all the four kot kawan sebilik teringin nak rasa. Malamnya T hantar mesej sedap dibaca; sekali lagi hidong I terkembang dan terkuncup dengan sendiwinya "Kawan2 T puji, pandai gila mak kau masak. Mak kau mmg suka eh masak2 ni. T cakap thanks on umi's behalf".

Gitu kekdahnya mereka appreciate dan suka muffins tu? Kesiannya budak2 tu sedangkan nak buat muffins tu amatlah mudah, maklum pre-mixed. Kalau budak2 tu suka makan muffins, nak beli kat luar bukannya murah. So, berduduknya I disini .. ingin berjanji pada diwi sendiwi .. I akan buat muffins/cupcakes untuk budak2 tu nanti. Buat lebih2 biar puas budak2 tu makan .. sampaikan muffins bertukar jadi Freddy Krueger menghantui mimpi diorang, hahahaaa horror .. dan keji!

I simpan angan2, satu hari nanti my passion in baking terserlah sehebat satu ketika dulu. Haha, berani betul I tulis 'hebat'. Taklah, mana adaa.. tu saja nak menyedapkan ayat. Sebenarnya passion nih bahaya untuk my weighing scale. Jarumnya pasti bergerak kekanan setiap kali I berdiri tegak diatasnya; tapi heran .. boleh pulak jarum gerak kekiri bila I naikkan sebelah kaki aje.

Patutkah I beli weighing scale yang baru?

6 comments:

ain said...

salam kak CS...saya pun ada gak pre-mix muffin. dh nak kat setahun kot beli. ntah2 dah xpired kot. nmpak gaya kena tengok sat lg, samada boleh makan lg atau masuk tong aje.

lili said...

Salam CS,

Begitu hebat cerita you ari ni.
Tapikan...tapi...I lebih suka buat kek sebiji besar besar ni...gedebak sekali masuk dalam pan...and I can while away masa mendealah tu tengah bersauna dalam oven. Tapikan ...tapi..sebenarnye...ntah, I dah lupa nak cakap ape!

Oh, ye...sonok kan bila orang puji masakan kita...hihi... Bukan pujian yang kita minta, kan,kan,kan... tapi mintak tolong habiskan apa kita masak! Wahahaha!

Ibu n Abah said...

Kanda som,
I sengaja bagi laluan hari ini.. ingatkan nak tunggu ja, tapi dia mungkin lambat lagi.. so i masuklah jugak selepas lili...
I bukan apa... i takut jadi riak lah pulak kerana asyik memenangi tempat pertama... i saja bagi peluang kat orang lain...(Baikkan I???)
U tau,
sejak dua menjak ni i teringat/teringin nak makan kek panas-panas... mungkin lepas baca entry u ni, mempercepatkan i pergi kedai beli phutter...(ejaan salah dengan sengaja kerana mengenangkan QJ) Mana lah toke phutter tu?...

3E said...

Hi Aunty Som.....
manusia pun ada macam2 'kan.....
sila2 aunty som....bakar kapkek banyak2....

somuffins said...

Salam semua ...

AIN, nampak gaya kalau dah setahun, rezeki cik TS (tong sampah) lah tu..


lili, hebat ke panjang sangat? Bacalah mana terdaya. Bab kek tu kan, I cant help it but to like small ones (kan ke I syomel2 gebus?, haha). Psst Lili, ekceli I tak sker org puji2 cos once they puji, I kena keep up to the std. Tak skerr tension..tak skerr (sambil geleng paler).


Akak, I tau you BAEK dan saling mengalah ;-)
Kalau dah mengidam nak mkn kek panas2, pi cepat beli phutter (skrng phutter dah menjadi2 naik harga ek?). Oh ya.. mana QJ kesayangan situan phutter tu?


3E, nasihat yg bernas tu, insyaallah. Tq

Mama said...

nak cup cake yg sedap tu