Tuesday, 30 March 2010

The game we play ... now n then ..


Perasan tak kebanyakkan kawasan perumahan dah dibuat seolah2 private bila disediakan pondok guard dan penghadang jalan (bersama 2-3 biji empty KFC barrel). Kat my area pun ada juga tapi tak semua nampak as if it serves any purpose.

Kebanyakkan pondok guard ditempatkan dipangkal 'entry/exit' jalan tapi ada juga guard ditempatkan ditengah2 dunia, tak kekiri dan tak kekanan tapi ditengah2 deretan rumah berangkai. I hanya nampak sebiji meja kecik, 1 log book, 2 ketul kerusi dan satu umbrella yang sangat besar bagus untuk dibawa berpiknik kat tasik Putrajaya. Mungkin juga guard berkenaan digajikan untuk ........ yalah kot? hehehe ..

Ada sekali tu I terpandang guard kacak sedang menjalankan tugas. Yes! kacak dengan erti kata sebenar2nya. As I said I TERpandang, kan? Bukan sengaja nak cuci mata ke apa, ehem. Pulak2 tu depan tempat guard 'berpiknik' memang kena slow down sikit sebab ada 'bump or bonggol' ditengah jalan. Bila dah slow down terfaksalah I melihat keindahan alam, har3. Pandang pun takdelah I stop kete, turunkan cermin dan tenung si kacak tu, nothing like that. I fandang sekilas fandangan aje taw .. (sumpah!).

I pun blabberlah kat T "sayanglah muka ensem2 jadi guard cam tu. Baliklah negeri sendiri, jadi penyanyi ke, berlakun ke .. sure laku. Nih duduk kat situ panas2 .. kesian". T memang tak nampak apa2 pun sebab dia tengah SS menyanyi "apalah Umi nehh". T tak nampak rupa2nya? syukur .. may Allah bless my child!

2 minggu lepas bila lalu kat situ tetiba "betullah Mi. Guard tu patut berlakun .. menyanyi ke..". Huh! Budak nih pun dah perasan kewujudan guard tu dan turut mengakuinya ke? So now, bebila kita lalu depan that specific road, kita akan jeling2 jugaklah .. saja nak tengok sikacakkah yang sedang bertugas atau sorang lagi yang boleh juga dijadikan idola seloroh Boliwud (itu pun sebab dia pakai 'cap' terbalik. Aura dari cap tu kot?).
So itulah 'bonding' game kita dua beranak "teka guard mana" tiap kali lalu kat situ. Banyak kali tekaan tak tepat, "hahaha" ajelah jawabnya. Game nih dimain tatkala ibu dan anak baik perangai takde PMT vs PMT.
Al-kisah masa kecik2 dulu.
Berapa jauh agaknya bandar JB dari Kota Tinggi tu?
Sejauh SJ ke KL? SJ ke Seremban?

Sejurus kereta bergerak .. I masih steady lagi but soon after that mulalah I lemau dan lembik, berbaring aje kerjanya. Mak memang arif dengan penyakit anaknya, mula hulurkan minyak angin cap singa suh I sapu2kan kat perut. Mak suruh bubuh minyak angin kat hujung sapu tangan yang dah siap diikat comel, I pun ciumlah buntilan tu. Mujarab ke?

Ada kalanya Mak suruh kesip gula2 atau asamboi untuk nyah rasa loya dan mual. Mujarab ke? Ada juga masanya bila Mak teroverzealous disuruhnya I makan Swiss Roll berinti stoberi jem. Makan I did tapi mujarab ke? As a last resort dan cara yang paling mujarab bila Bak berhenti tepi jalan just in time for me to puke out to my heart's content. Fuuh..

Bila perut dah rasa lega boleh pulak menyambil tengok anak2 ikan sebab Bak berhenti kereta tepi jalan yang ada laluan air boleh nampak anak2 ikan yang moncongnya cam ikan todak. Geram sangat! Bak kata tu ikan 'senjolong' (pardon my ingatan, maklum dah berkurun) dan I ada hati nak ajak ikan tu sama2 balik kerumah namun Bak sebagai pencinta alam, tak dilayannya hasrat sianak kecik tu tapikan tapi.. I could remember vividly Bak did get me sekor dua ikan senjolong which I proudly displayed dalam botol minyak wambut Belkrim. Ikan nih died a natural death (tak sama nasib ikan laga milik my abang yang I potel kepalanya).

Imagine I terthektha sejak umur 4-7 tahun gara2 Bak bekerja di KT. Setiap minggu berulang alik KT-JB-KT sebab adik beradik lain masih bersekolah dan menetap di JB diawasi oleh Chik. That time hanya I berdua dengan adik dibawa kehulu kehilir sebab Mak tak tahan berpisah dengan kita lama2 sebab kecomelan kita yang luar biasa, har3.

Mabuk darat dengan morning sickness macam takde beza, at least for me. Lagi ditahan lagi terasa OMG, so better let it out "uuuwek". Masa masih mabuk, lemau dan lembik, Mak tetap nak ceriakan hati anaknya tu so Mak pun buat satu game "teka baju rona apa".

Haa.. nak teka baju siapa pulak dalam perjalanan lebih 60 km tu? Apek bawak lori? Apek jual buah2an kat tepi jalan? Wak yang jual petai?

Kat batu 13 (ke 14? ehh, apa2 batulah asal bukan batu nisan) terdapat kuil 'nandek'. Kuil tu kecik muat2 satu patung aje. Tiap kali lalu kat situ Mak harus tanya "dia pakai rona apa". Ekceli bukan baju but it was just sehelai kain macam selendang dililit kat badan patung tu. Ada merah, ada kuning, ada .. hijau. Tu jer rona yang I ingat. It was fun (esp if Ndja was around) but only when I was in the right frame of mindlah kan??

Oleh yang demikian ...
1. tak suka minyak angin sebab ia mengingatkan I pada ingatan yang tak enak untuk diingat
2. tak minat swiss roll jika diselet dengan stoberi jem TAPI I masih minat dgn jem stoberi (yess, I know, I know .. I am one confused lady!)
3. tak minat asamboi tapi kalau ada asamgerl mungkin I minat, haha kelakarlah konon!

I berharap sangat that one fine day TB tanya "namakan satu tempat yang you naaak sangat pergi". With my dazzling smile mcm TomKruz, akan ku luahkan niat yang lama bersarang semut "I nak pergi Kota Tinggi, bolehh ke Li?".

7 comments:

uMMisYa said...

teringat kenangan masa kecik..nak balik klang dari pasir gudang..bapak mesti beli ubat muntah dari sensei..then lenyetkan dgn air dlm sudu & mkn..pahit ya amat...minyak kapak mesti ada...malangnya ubat tu tahan sekejap je..maklumlah dulu2 mana ada highway..dari PG ke Klang ikut jalan lama..naik keta datsun lama..hehe..

kak ja said...

I pun sama.. awal2 masuk kete tu mcm nak angkat kayu balak pun bleh.. tak sempat nak panas montot kuali, I dah ting-tong!!

Kekdg melarat sampai ke migraine berhari2.. Ehem hem.. I dolu pernah berkata pd diri sdiri, tanak kawin org jauh lah.. org SP pun tanak.. nak sampai sana pun mcm nak pecah kepala..

Last2 org SP gaaakkk yg I dapek!!

Ibu n Abah said...

KS,
Inilah yg best baca entry u..
penuh dgn bahasa lama... contoh.. kesip.. dah lama tak dengar..
Yg i boleh ingat pasai kota tinggi ialah Air terjun kat Kota Tinggi. Bandar Kota Tinggi pun tak pernah masuk lagi...

kakcikseroja said...

Salam CS..

dah berapa lama you tak sampai ke Kota Tinggi tu??? (macam lah I sampai hari-hari...)

somuffins said...

Salam ...

UmmiSya.. you pernah duduk JB juga ya? Seingat I, I lum pernah pergi Pasir Gudang. Sekarang nih you masih mabuk darat ke?


Ja, apalah nasib kita ek? Asyik tumbang aje bila lama duk dlm keta. Menciiii!!! You tawen dgn owang SP dan you owang Alor Staq ke? (JAUH kan? Lagilah I tak tiba sana).


Akak, I ada cewita pasal air terjun KT tu, hehe. You dah lama tak dengar perkataan2 lama yg tidak digunakan lagi eh? Kebetulan Ndja n I sedang mengumpul those words. Tapi xsure samada words tu purely bahasa Melayu atau Jawa :-)


Hi KakCik, apa kabar? Harap beransur sihat. Soalan cepumas tu KakCik. Dah berapa lama I tak pergi ke KT tu? Hmm..mmm..hmm.. Kiranya umur you pun lebih muda dari the last time I duduk sana. Aaargh.. konpius tak? :-)

G'Zain said...

Salam Cik Som

Kota Tinggi reminds me of my PIL tak jadi ha very the like the Kota Tinggi. Nanti kalu jadi pegi nak ikut boleh?

somuffins said...

Salam Gee, how are you?
KT reminds you of ex PIL? Takde ingatan kat anak ex PIL ke? auww..

You nak ikut ke KT? Well.. only if you sabar menunggu kucing bertanduk ;-)