Tuesday, 2 March 2010

TJ = tanggongjawab

Salam semua .. (muah!)

Malam 28/2 yang lalu, sedang I melayan perasaan ... alangkah happeningnya sedang semua rakyat Msia berpanas2an tetiba snow flakes turun dengan syahdunya melambai2 kita semua sebelum ia berkumpul jatuh kebumi, tetiba I teringat ..

Yaa, tetiba teringat besday kawan lama yang dah kenal sejak berdekad2. Jam baru pukul 11malam, dia dah tidor ke belum? Nak call atau hantar text? So I hantar text aje. Tak lama lepas tu I terima panggilan darinya. Dari banyak2 ayat yang terkeluar, ayat yang paling 'biar betik' ialah "youu, tererlah youu. Camana you boleh ingat? heii, tererlah youu". Vavavaaaa.. dah owang memuji, tewasa kembang kuncup jugalah hidong nih tapi I cepat berpijak dibumi nyata (haha.. statement mengundang keRIAkan nih), I jawab "begitulah kehendak Allah" dan kami terus gelak berkaca2 dimata (I assume kawan I tu pun berkaca2 matanya juga).
.
I nih memang jenis pengingat namun I boleh lupa perkataan2 yang baru I ucapkan sesaat dua yang lepas (much to T's dismay). TB n D (men!) memang tak mampu berdebat dengan I sebab I tend to ingat benda2 lama .. bukan niat mengungkit tapi as comparison purpose. Aighhh.. panjang lak cewita..

Anyway, pagi semalam I breakfast berpinggankan daun pisang. Atas pujuk rayu my date, terpaksa juga pergi w'pun rasa teramat malas. Anak punya pasal.. ehh.. terbukak plak rahsia.. my date punya pasal.. berkorban apa saja.
.

Dah order bihun goreng baru teringatkan 'apom'. Bihun tanpa kelihatan bahan2 dari laut maupun darat and I guess owner kedai nih tak aktif di Farmville maka tak nampak sekerat sayor pun. Nasib baik bihun tu dimasak dengan gebunya, habis jugalah bila I padankan dengan benda dalam mangkok kecik kat gambar tu. My date order 2 set Puri (ejaan puri tidak dicemari, I baik kan?). Selalunya kita minum teh-o ais tapi kali nih berubah selera. Kopi O ais untuk I dan nescafe ais untuk my date!

Balik dari breakfast, rihat kejap sebelum keluar dengan another date. Panjang langkah kali nih. Mula2 ke SS2 untuk redeem boranggg ..... BTW, ada sesiapa berlanggan Ber*taHar*an tak? Kalau ada, I tak payah hebahkan tapi untuk pengetahuan yang tidak berlanggan, BH/F*refly ada menyediakan 300,000 seats untuk kita JJMakanAngin samada dlm Msia atau negara Asia dengan bayaran murah.

Semua nih Ndja punya pasal. Dia yang 'racun' fikiran we all adik beradik suruh beli BH. T apa lagi, hepilah dia tu. Bila T keluarkan duit nak bayar sendiri, I tolak ketepi duitnya tu. Kira tak laku gitu. Mulanya I kata kalau nak jalan2 naik plane, dia kena bayar sendiri tapi kesianlah pulak, I belanja dia sebab I terlebih duit dia dah pass her final.

Selesai disana .. aarghh.. dahaga pulak. Bila ternampak kedai 100Yen .. apa lagi mesti perkena ice nih.

Mango for the Mem and blackcurrant for the supir, hehe

Dari SS2 kita keSS1. Orang2 yang duduk sekitar SS nih semua syok sendiri kot? haha.. My eldest sista ada diSS2 tapi tak singgah disana sebab misi lebih penting berada diSS1. Sebelum T balik kolej, dia nak lepaskan windu kat TokCik dia. Langkah kanan bila Teh dah siap masak lontong n its peripherals. Pastu Ngah datang (dah janji dgn Teh n SIL nak ke Alam S untuk cari barang2 pengantin). Tak lama abang I dari SB datang.. so kami beraya bersama2 (semi raya sebab ada lontong).

Bila diorang berlepas ke SA, kita berdua kembali ke SJ bukan balik rumah terus tapi singgah ke klinik, klinik khas untuk pemulihan para athlit bila cedera. Alahai.. nak cerita ke tak nak cerita nih? Dah berminggu2 in fact dah berbulan2 T merengek beritau pasal lututnya. I thot it was growing pain walhal dia dah stop growing pun. Am I in denial?

T gigih mencari maklumat diinternet dan gigih juga mencari sendiri klinik yang dapat atasi masalahnya. Dia pun nak buktikan kat abah dan umi yang dia bukan hypochondriac. Bila berjanji dengan T, adalah sangat bahaya jika I tak kotakannya (w'pun pada hari nih juga ada 2 sahabat dari Kulim/Kelantan yang ingin menziarah I. Memang takde rezeki nak berjumpa w'pun puas I mencari jalan agar boleh juga berjumpa seminit dua. Maaf CW & Fify .. mohon amfun n maaf).

Doktor buat xray dan scan pada lutut. Panjang lebar jugalah yang dibincangkan. Kopak juga credit card I yang statusnya dah lama jero = 0. Oh well ... anak punya pasal.

Satu hari yang sangat meletihkan (merisaukan dan mengenyangkan). Untuk menghayati malam seterusnya, terpaksalah ditelan sebijik dua pil sebab dah terasa pening2 lalat. Lagi pun I kena sihat sebab sebelum Maghrib, T perlu dihantar pulang kesarangnya. Anak burung Budak nih pulak dah tau kita nak hantar, dan kita takut nak drive malam2, time tulah dia buat benda2 yang sepatutnya dah setel semalam dan semalam lagi. Inhale 123.. exhale 123 fuuhh ..

Bila kedengaran bunyi damdamdum diangkasa raya .. oh no kenot .. What if dalam perjalanan nan senja tetiba hujan cats n dogs? Mana I nak berteduh? Di BBB + B kah? Diteratak Kanda Deris kah?

Nasib baik kanda TB ada .. yeay yeay ... oh kandaku, dikaulah penyelamat dinda dikala genting

10 comments:

kak ja said...

pengin sgt nak jd pengomen ke-satu.. sat nak publish dulu..

kak ja said...

yeayyyy!!! akak kalah ini hari!!

sgtlah mencurigakan, CS, bila u kensel ayat u yg terakhir tu..

Sizuka said...

salam CS,

hahaha... mamak tu memang jenis bukan tangan hijau kot, sebab tu tak berfarming kat Farmville. next time cs gi makan kat situ, kena tunjuk ajar kat dia cara2 nak farming di FV. :D

somuffins said...

Salam ..

Ja, I nikan pemalu orangnya? Bila dah tulis jiwang2 gitu tewasa malu plak makanya terpaksalah disamar2kan...


Sizuka, camana nak ajar dia tu sedangkan I sendiwi tak aktif diFarmville. Hmm..

Ibu n Abah said...

Hmmmm...
(bunyi menderam.... sebab kalah ari ni...)
Hmmmm......hmmmmm
tak terkata sebab kalah dgn org EsPi...

Mr Ceriawan said...

Tipu lah kah kalau dikatakan I tak terkilan tak dapat jumpa cs smlm.. Tapi kena la terima kenyataan kesibukan seorang umi melayan kerenah dara tersayangnya kan?
Apa pun NO HEART FEELING lah cs, bukan lah kita tak pernah jumpa pun walau pun dah lama tak berketemu..cuma terlepas la buah tangan yg kitaorg dah sediakan khas utk cs smlm..

InsyaAllah..ada masa kita boleh ketemu lagi sebelum puan fify bersalin nanti.. InsyaAllah.. ;)

Naz said...

Satu je komen I kali ni:

TU DIAAAAAA!!!!

G'Zain said...

Salam
Wa lagi terkilan lama tak dapat bermesra alam ngan Cik Som & Warga KBR. Aritu gi outstation JB jumpa Mbak Yu ha terubat sket hati lara seorang adik. Hhisss asyik lara jek kan tapi banyak dugaan tandanya ALLAH Sayang kat kita ya tak Cik Som? Sib baik ada blog Cik Som boleh lah wat wa tersungil kejap..

somuffins said...

Akak, menderam tu dgn linangan air mata atau dengan hembusan bola2 api? ;-)


CeriaWan, syukur you berdua dah selamat sampai disana. Panjang umur bolehlah I jumpa dgn 'cucu' sekali. Buah tangan tu you peram biar dia beranak2 lagi, haha. Terima kasih kerana memahami keadaan darurat ;-)


Naz, "tu diaaa" dijawab dengan "apa diaaa??" ;-)


Hi Gee, yes.. banyak dugaan tanda Allah sayang kat you. Bersabarlah (as u always do) and tackle one at a time.

Mama said...

Nak menyebok gak walaupun dah lambat..... T dah final?? cepatnya masa berlalu