Friday, 18 June 2010

Nasi Kena Buli ...

I sayang CikSom bila dia rajin dan bersemangat. Rasa nak syium2 dan peluk2 dia aje. Kalau dia tak rajin dan bersemangat sekali pun I still lap her. Kalau ada orang buli atau tak tau hargai penat lelahnya, memang patut orang tu dihempuk2 dengan penumbuk buku 5 hingga lumat. Saper setuju?

Dari pagi, sambil berFB dan mengekek2 dengan kengkawan 'sebaya' dengannya dan sambil merayap2 dari blog ke blog, CikSom tetap jalankan tugas harian seperti ibu2 mithali yang lain sebab ada aje benda yang dicapainya. Pendek kata tak dan kerusi tu hangat hasil lelemak yang terkumpul, ngeh3.

Sejurus suaminya berlepas keopes, tanpa berlengah setengah saat pun dia dah tercongok depan laptopnya. Tercongok bukan sebarang tercongok, pepagi lagi dia dah siapkan bekal untuk suaminya - air panas dalam tarmos viruu, air masak dalam vekas ijau, 2-3 sachets kopi instant dan 1.5 keping rotcan segera yang telah dipotong kecik2 semuat bekas cicahan gula Melaka <- tak adil ek? Apsal takde gula Johor dan takde gula negeri2 lain?


Hingga suaminya muak dengan bekalan tu, CikSom akan ubah suai rotcan jadi rottel pulak. Ramai tak sangkha dia boleh buat rottel just like that *sambil memetik ibu jari tapi kesian tak bunyi apa2 pun*. Toksah tanya resipi resipu camana dia buat rottel tu okay? Janji ehhh?

Kejap ehhh.. CikSom dah datang nihaa... Apa2 yang I bitau tadi, takyah bitau or share apa2 dengan CikSom ehh ehh ehh??? Psst.... Apsal hidung dia merah dan mata dia berkaca2 aje tu? Hmmm... nih mesti ada samting happen nih ..


Penat semalam masih terasa2 namun tak leh diikutkan hati sangat. Oleh kerana T bercuti, korum kat rumah cukup. Bila korum cukup, senang sikit hati bila nak masak lain dari biasa. Hari nih I bersemangat masak nasi Kebuli yang dah lama diidam2kan. Sebelum nih memang tak pernah makan nasi Kebuli so I kenot agak apa yang kurang dan apa yang lebih.

Tulah beras Basmathi yang diuar2kan 'terlebih panjang' dari biasa. Oleh kerana snap gambar guna HP tercanggeheheh, maka taklah kelihatan rupa beras sebijik2 (sekali pandang macam rupa maggot plak). Lauk2nya: Korma daging, ayam gor dan acar timun/tomato etc.

Salah satu misi ke rumah Ngah semalam --> hias bakul untuk 'flower gals'. Macam omputih plak ada flower gals ekk?? Katalah ... I ulangi .. katalah I adalah salah sorang dari empat flower gals itew .. harharhar ... majlis akan terhenti dengan sendiwinya sebab .................. ??? Sila habiskan ayat yang sesuai ... sniff.. sniff *hidung tetiba rasa gatal*

Hari Sabtu esok insyaallah Ndja akan jemput I untuk ke rumah Ngah lagi. Masih ada yang belum selesai. Baru jap tadi I dapat tugasan sampingan .. beli atau tempah frame comel semuat2 sekeping ceq. Nak framekan 'duit hantaran', kekdahnya.

Lepas Maghrib nanti barulah I berdesuuuup pergi kedai kat Tepan tu. Kalau takleh siap malam nih.. caner? Atau pun kalau kedai tu tutup, caner??

13 comments:

Yat Maria said...

Ku garuk kepala pikiak pekemenda rotcan 9roti canai??) and rottel (roti koktel???) itew?????

Ibu n Abah said...

CS..
sukaria..mari kita sama-sama..
lapang betul fikiran i baru lepas nonton Toy Story 3....
Pstt.. sempat jugak i singgah dapur u menjenguk nasi kebuli... terlior jugaklah... nanti postlah wesepi...
Seronok kerumah u malam ni...

CikLina said...

alaaaa cik som.. buat laaa glossary kat bawah tuuuu... rottel tu gapo? rotten wa paham laa... hehehe... nasik maggot...? kakakaka... sampai ati... pe kata cik som amik gambar close up... kan guna henpon canggeheheh... :-D

Mama said...

CS.... nnt I dtg rumah U tolong hidangkan nasi kebuli ye... 1st time dengar... mesti nak rasa

KZ nak tumpang sikit...sebelum CS jwb... Yat Maria... rottel tu roti telur kot???????

Ibu n Abah said...

CS..
alah...(gaya Aisyah kalau dissappointed)
I cuba nak dekatkan(besarkan)gambar nasi kebuli, tak boleh.. dahlah tak boleh nak rasa, nak tengok pun tak dapat?... Hisssshhhhhhh.... (sambil tunduk dan memandang sayu kelantai...)

somuffins said...

Salam ..

Yat, ngiah3 <- gelak dengki ;-)
Yes.. rotcan is roti canai; rottel is roti telurrr...


Akak
Toy Stowy 3? "sampai ati ibu tak bawak Along. Along duk umah cam Sinderela kena masak nasik kebuli. Betul2 kena buli, mencii!" <- skrip anak angkat, kekdahnya.


CikLina
Sengaja dengki tak bubuh glossary ek? Jom kita buat 'rotten'? Roti Tenusu, ngeh3.
HP canggeheheh ada beza dgn HP canggeh. Kalau guna HP yg hujungnya ada 'heheh', memang tak nampak apa2 kalau snap dari dekat. Bila I cuba snap sebiji2 nasi, rupa dia ejekli cam maggots.


KZ, insyaallah *gulp*
Yess, rottel is roti telur *wink*


Akak
Kalau nak tengok betapa panjangnya beras tu, I think sama besar dgn nasi yg you makan kat Ariana (sori kalau silap nama restoran). Nak wesepinya? *bisik* -> You intai kat umah Sizuka (kat my sidebar).

Aida Rezuan said...

CS,

Baru nak naip nanya rotcan tuh apa.. rottel tuh apa, tapi dah terjawab soklan2 cepu mas tuh. Kreatip! Hehe!

* dok mula pikir.. rot apa lagik yang buleh nih..

DrSinga said...

rottel...roti gentel..
dulu2 kita ingat 'beras mati.
panjaaaang punya.....

CikLina said...

Cik Som, b4 wa baca reply ni, wa teringat rotitel tuh.. wa punye assumption - roti gentel... hehehe.. pas tu terkonpius sendiri... haha..

kucingorengemok said...

kami suka rotipal - variasi rotitel ;)

eh chup, memang orang johor pemalas sebut benda ke? kita orang selalu sarap nasilem atau nasigor, hihi

somuffins said...

Salam ..

Aida
Rotcan, rottel .. apa lagi rot? Rotweiller boleh ka? akakakaa...


DrSinga
Selepas rottel kita jadikan rotpin/rottal
*rotPIN@rotTAL = roti pintal


CikLina
I turut konpius, maka perlulah glossary.. kan kan?


KOG
Apa plak rotipal tu? Hmm.. *pedih mata duk memikir nih*

Har3.. orang Johor bukan aje pemalas nak sebut panjang2, banyak lagi benda yg diorang malas nak buat.
Kita pun guna short form untuk nasi lemak/goreng. Version kita cenggini => naslem n nasgor (omit huruf 'i' dari ejaan nasi, kih3.. sikit punya malas *tapi kreatip khaan??*

Aida Rezuan said...

CS,

Alahai tapi Rotweiler tak buleh makan la pulak. Hehe!

somuffins said...

Aida,
I keji kan? ngeh3..