Wednesday 19 October 2011

Takde senyuman, takde terima kasih..

Rest assured if I were the one who fried these wontons, I would not have been daring enough to have the pic posted here. Malu aaah ... ada ke goreng hangus2 cenggitu. Mak mentua sure kensel nak jadikan calon menantu, menggoreng tanpa seni. Mak mentua cerewet tu I lerr... hehe...


Venue-Kopitiam: Bila pekerja Nepal menghantar sebakul wonton kemeja, mulut I terus terlopong sebesar penutup botol air mineral 500gm. Eiiii... tak moleknya wonton nih? Why is it burnt? Did you put cocoa? Pekerja Nepal terpinga 30 saat tapi tetap tersenyum simpul mempertahankan produknya "it's like that".

Dia jawab dengan yakin 'it's like that'? Pfftt!! Sah dia tak tau dia sedang berdepan dengan penggoreng wonton paling handal dalam donia keluarga 4-kerat CS, haha.. riak seketika. I bitau dah banyak kali I buat dan goreng wonton tapi takdelah I 'bubuh koko' sekali. Dia tetap tersengih. Pang kang! ekekeke..

Istilah 'bubuh koko' diplagiat dari SK, my friend. Bila kueh rayanya hangus, dia mesti kata dia bubuh koko, coverline kekdahnya.. but now ungkapan tu dah jadi milik kekal my family.

Al-kisah ...

1. Masa menunggu wonton tiba, I terpandang sorang jejaka keluarkan file dan kertas dari sampul surat. Terlalu fokus dengan aktiviti tu, dia tak perasan walletnya jatuh kelantai.

I tak tunggu lama untuk bertindak. Macam 'super mak' kekdahnya, hehe. Teh n Ndja kehairanan "apsal? apsal?" namun I make dono terus mara 7-8 tapak kemeja jejaka tak ensem itew, terus bitau walletnya dah jatuh kelantai. Tak cukup mulut bercakap, tangan pun sibuk tunjuk kelantai tapi dia pandang kat I setengah saat aje you ...

2. Masa makan aiskrim 31-rasa dengan TB kat SubPred, I nampak sorang lady tu sibuk kekaunter beli aiskrim untuk dirinya sementara 2 anak dan bibiknya dah selesa duduk menjilat aiskrim. I nampak handbagnya tak berjaga atas meja. I bitau bibik, bahaya tinggalkan handbag cam tu. Anak lady tu angkat handbag untuk diberi pada bibik. Bila lady tu balik kemeja dia terus tanya mana handbagnya... bibik kata "disuruh simpan orang boleh ambik".

I was hoping either the bibik or that lady would toleh atau lemparkan senyuman kat I, namun harrram takde. Rugilah diorang tak dapat tengok betapa manisnya lemparan senyuman I .. kaaan? haha.. *pun intended*.

Anyway, I bukan nak cerita pasal makan wonton per se (atau makan aiskrim for that matter), tapi saja nak share perihal betapa tamadunnya manusia masa kini.

Belum lagi cerita pasal tatasusila dan hemah pemandu dijalan raya. Hadoiii... sakit hati n sakit jiwa dibuatnya tapi ustaz kata "sabarrrr... berzikirlah, bertahmidlah.. tukar kata2 negatif jadikan positif". Baiklah ustaz, saya akur. Syukran ..

24 comments:

Anonymous said...

Me. First again. Muahhahaha

Ahkak

Lili said...

Akander,

*harap Ja tak 'blueekkk'* Akander, maknenye, betullah keadaan kat kota besar metropolitan tu ye?
From where I come, orang sini sangat peRA(H)MAH. Kalo kita bitaw macam yang you cakap tu, harus tak renti terima kasih yang keluar dari mulut. Silap haribulan boleh kamceng terus!

Anonymous said...

CS, u & I selalu saja punya citarasa yg sama.

Selain wonton, U suka tak mee kolok? I suka. tadi tengahari bungkus bawak balik dari Restoran Akhasia, TP Tu.

Skrg ni dah nak akhir zaman. Akhur ajelah aturan Allah. Manusia memang semakin lupa daratan. Tak tahu bersyukur. Sombong & bongkak semuanya jadi kerana kufur nikmat.

kekadang I takut benda perkara-perkara ni terjadi pada diri I & keluarga. Masa kat Padang Arafah, hari tu berdoa sakan "janganlah kau ambil aqidah ku setelah kau berikan" (ini antara doanya lah). I takut bebeno ler kalo dah mata bertukor jadi hijo.

Maka bersyukurlah kita kerana masih diberikan pengajaran. Cam ustadz tu cakaplah "sabarrrr...Syukran.

blu4sky said...

cs, rasanya orang barat lagi ringan mulut nak ucap thank you dan bagi senyuman compare dengan masyarakat kita yang dikaitkan dengan budi bahasa yang tinggi.. i wonder tinggi mana lah budi bahasa tu.. kalau zaman nenek moyang kita maybe kot..

DeLancrettLurpak said...

Good idea ciksom.. I nak guna la gak alasan tu..hehehe.. i kadang-kadang terlalu amazed dgn kerja kerastangan karipap I, lalu tercoklat pulak karipap I hehehh

Unknown said...

agak2 diorang baru lepas gaduh dgn partner kot? itu yg tak ingat nak bertatasusila dgn manusia yg telah menghulurkan bantuan ikhlas dan dekat.. on a serious note. this is serious! abihla lepas ni foreigner yg dok puji2 malaysian very courteous akan kutuk2. or isit they were being double stended? dgn foreigner senyum sampai gusi.. tengkiu siap angguk2 tunduk2.. dgn sesama malaysian.. no way jose. no smile. no thank you. cenggitukah adatnya kini?? ngeri!!!

Cat-from-Sydney said...

Aunty CS,
Tapi janganlah give up berbuat baik sesama manusia (dan kucing) walaupun tidak diucapkan terima kasih. Sebab akan ada orang lain di waktu lain yang akan melakukan kebaikan untuk kita pulak. Percayalah. Sabor ajelah ye? Saya percaya senyuman anda sangat manis. purrr....meow!

CS said...

I suppose 1st & 3rd komen datangnya dari ...
AHKAK
Lajunya you berlari sampai tercabut tapak kasut, mueheheheh..
Citarasa kita sama ke? hehe.. Bolehlah kita makan 2 pinggan cucur kat Akasia tu, tak gitu? I lum cuba diorang punya mee kolok. Dekat situ ada 1 lagi restoran khas jual masakan Swak. Dah try lum?
Yaaa, tetap bersyukur dgn segala dugaan sebab Allah akan gantikan dgn hikmah yg kita tak pernah duga. Sekian, berakhirnya sesi tanyalah ustazah :-)

CS said...

LILI
I beg to differ 80%. Ramai juga warga Metropolitan yang peramah, baik hati, pemurah, berbudi bahasa dan berhemah. Surely you kenal sorang dorang yg cam tu, khaaan?? *hinting, hinting*


SUE
You are so right. Heran juga those yg interact directly with customers, nak ucap terima kasih pun susah. Memang ada yg pilih bulu (musang).

CS said...

DLL
Alasan tu harus diguna-pakai bila ada tetamu berkunjung kerumah supaya dapat menutup ketidak efisensan kita. But then I tau you pandai buat karipap......kaaan?


JUNE
The jejaka was with a lady. I dont think they were couples. Jejaka tu looks more like an insurance agent jer. Tulah tu, nak close deal cepat punya pasal, terlupa terus 'jadi gentleman'.


CAT
Yes, I'd never give up. It's in my blood to always be nice, auwww!! Dengan kucing apa tah lagi. Mmg tak sampai ati, purrr.
Betul tu, Allah aje yg balas setiap kebaikan yg kita buat dgn ikhlas *sambil menggentel tasbih*

ahkakbatik said...

CS... depa tu semua muda lagi kaaaa?
salu org muda memang camtu..
kita dah kertu-kertu ni sensitif manjang...
apakah syndrome.... errr....errr.....
(jawab sendiri...)

harap2 depa tua sesitif gak ler... bukan sebab we've lost our sense of humanity...

kak ja said...

thank you, Kak Thom!!

Thank you sbb sudi jd kawanG I walopon kekdg I ja-aaatt n syakali syakala I ja-saint..

Bbbbllluueeekkk kat Lili!!


*menaip dlm gelap

CS said...

AB
Yes, diorang semua tu masih muda TAPI!! *sambil ketuk meja makan berusia 25 thn*, tulah tuu, diorang buat tak tau aje. No excuse samada org tu muda/tua, I nihaaa.. masa masih nenen kat emak I dah reti syakap mekasyih taw *harap ada ler org percaya, tssk2*


JA
Syama2 kasyih.. I blueeek pelan2 kat Lili juga eh? (tapi semunyik kepala dlm t-shirt..shhh).
Psst..menaip dlm gelap dibantu oleh TK ke? Auwww..

Fadhil said...

Salam Cik Som,

Tak kisah lah kalau orang tu takmo bagi senyuman ke, cakap mekasih ke... yg penting Cik Som ikhlas. So teruskanlah niat baik itu. Mana tahu, satu hari nanti Cik Som beri teguran pada saya... maka akan saya balas dgn ucapan terima kasih serta senyuman manis yang lebih manis dari gula kabung. Pastu saya belanja kat resipi rahsia lagi....

cahya indah said...

auntie..betul la kan. Kalau orang dah tolong kita tu, at least la tak say Thank You pun senyum dah cukup. Kalau macam ni, rasa kita ni macam memang kerja untuk ingatkan orang. sebab tu diorang rasa tak payah nak feel grateful kat orang yang tolong tu kann..huhu.

Anonymous said...

CS 1st para tu dah di vetted ke?

terkadang i'm guilty of perkara2 diatas bila i leka.

that's why posting sebegini is always a good reminder.

CS said...

OLDSTOCK
Waalaikumussalam.. Insyaallah I cuba jadi muslimah contoh seMalaya *grin*.
Kalau you senyum manis gula kabung I balas senyum semanis kurma (disebalik purdah).


CAHAYA
Angguk kepala sebagai tanda timakasih pun dah cukup. Bukan kita nak lebih dari tu pun, kan? Small things like that boleh naik turunkan mood kita.


NOIR
Notchet vetted. Masih lum yg berkenan dihati bakal mak mentua. You ada calon baek punya tak?


NOTE:
Friends, thank you for reading and commenting *cewah, serta merta ucap thank you, hehehe*

Rima said...

cik som
i second ya! kadang tu bukan nye kita minta diberi satu tanda penghargaan but kan if only they can just senyum out of courtesy.. tu kira dah more than enough.. honestly u know what i will do kan.. both me and hb will selalu say out "THANK YOU" kuat kuat .. whether they all terasa tu belakang cerita! ahaks

CS said...

RIMA
Nampak gaya senyuman dan ucap terima kasih semakin NAIK harga walhal it is FOC, doesnt take much effort pun.

Both of you just like my doter. Dia tak keberatan cakap TQ/TKasih kuat2 biar orang berkenaan dengar.

Ibu n Abah said...

kak som...
kemarahan u dgn bangla tu sama mcm kemarahan i dgn vivik kat rumah ni... dia dah buat salah.. tp tak mo mengaku... lepas u dia 'bodohkan' kiter pulak...
masalah ketamadunan manusia jugaklah ni kan?

Ibu n Abah said...

kak som..
masa komen pertama, hati i tengah hangat...
masa komen kedua ni.. i baca komen Lili dan Ja..
U nak blueeek kat lili???
Blueek ler....hehehehehe
Ja menaip dalam gelap tentunya dibantu TK... hahahahaha....
Pentis... Pentis... Pentis...

CS said...

AKAK
Sah you sedang HOT MAMA masa mengomen kali pertama. I tulis Nepal tapi you baca Bangla, ekekeke.. Enivey, apa itu vivik sudah buat kat you?

You nak kitorang ikat dia kat pokok mangga tak? BTW, your pokok mangga tak berbuah2 lagi ke? "tis, tis, tis" (ehh..ada 'tis' laa, auww..)

Ibu n Abah said...

hhehehehehehehe...
bangla..nepal.. sama jer hitamnyer...
vivik i suka menjawap sebab nak tunjuk FAndai..- tp jawapan yg sgt bodoh dgn niat nak membodohkan i...
itu yg i jadi mcm HOT MAMA...

Jayanthy Kumaran said...

wow...sounds scrumptiously tasty..
lovely space you have..
very interesting posts..
happy following u..;)
do stop by mine sometime..
Tasty Appetite