Thursday, 28 June 2012

Misi seorang misi penuh dedikasi ...

3 hari lepas dah buat entry 'warm-up' dan entry hari nih dianggap sebagai 'warm-up v1.1' gitu..

Assalam pada semua peminat2ku sahabat maya seantero dunia yang mengenali diri ini dari hasil gedik jari-jemariku yang halus mulus ...

Seolah2 sepurnama Al-kisah tak bersiaran, kemana aje puan editornya menghilangkan diri? Kena buang negeri atau smelly2 pun kena buang daerahkah? ....... Haipp!! mana ada?

Al-kisah ...
Secara langsung aktiviti harian bertukar 180 darjah sebaik saja TB dibedah sebelah matanya (adalah iras MoshiDayan sket, hehe). Sebaik saja berkuatkuasa jawatan sebagai misi peribadinya, I dah tak boleh sesuka hati jadi LOL berjimba keluar masuk blog kengkawan. Waktu sangat2 mencemburuiku dan itulah setitik pengorbanan yang mampu dilaksanakan oleh seorang isteri mithali... *dlm ati "auwww"*

Post Op: TB dipaksa gandakan waktu rehatnya dan perlu berfikiran positif agar matanya cepat sembuh. (gitulah nasihat bernas dari Dr M, pakar mata 1Msia w'pun bukan beliau yg meng'op' TB). TB harus kawal diri dari keinginan membongkok, menonggeng dan melompat mengangkat barang berat (memang dia tak pernah angkat I pun, tssk..).

Pendek kata, no exertion whatsoeva even menyempu rambut pun ditegah. Selain putaran tangan pada rambut mungkin memberi impak maksima pada urat saraf mata, ditakuti juga buih shampoo akan menyebabkan mudarat pada mata yang baru dioperate. Pedih kalu, digenyeh2...habislah! Makanya, selepas seminggu barulah misi berani sengseng lengan sengseng hot pants, jadi shampoo gurl terjun (bukan bidan aje yg pandai terjun taw).

So apa tugasan misi sepanjang hari?? Selain menyediakan makan minum, misi juga menjaga pengambilan ubat2an mengikut jadual dan yang paling penting misi satu2nya makhluk didunia yang fana' nih dipinta oleh pesakit menitiskan 4 jenis ubat cecair kematanya. I'm honored, ahaks..

Nasib baik misi ada pengalaman 'bekerja' dengan Dr BenCasey dan Dr Kildare dolu2 (drama tv zaman Fred Flinstones kekdahnya) so rasa cuak bila mengadap sebiji mata yang baru dioperate adalah a piece of cake, wa cakap lu, huahuahua <- ekceli gua gerun to the max tapi bila lagi cita2 zaman silam nak jadi misi dijadikan kenyataan, kankankan? So ... the rest is history :-)


Yang paling tak tahan bila kena turun naik 17 anak tangga sebanyak 16x just to put eye drops pada mata anjer, auwww... Apsal 16x turun naik tangga you tanya ya? You see, ada 4 jenis eye drops. 2 jenis wajib dititiskan setiap 2 jam sekali; pastu sejenis lagi setiap 4 jam and then sejenis lagi ubat dititiskan sebelum tidur. Tu belum lagi diambik kira naik turun tangga extra sebab misi terlupa bawak ubatlah, lupa bawak hplah..

Kiranya tugasan berat adalah memanjat tangga, siang, petang dan malam. Tau2 ajelah kalau misi dah berpangkat matron (sila bayangkan rupa Ms Chantel DuBois of Madagascar 4, ngeri kan?), lutut, pinggang segala bukan boleh dipakai sangat. Tak makan keropok sambil naik turun tangga pun boleh dengar krup krup kekdahnya...kan?

Bila TB dah boleh bergerak dengan cergas lagi gagah, kah3.. maka dia bolehlah turun naik tangga so titisan ubat kemata dibuat kat bilik bawah aje. Misi dah takyah mendaki Bukit Broga lagi, ekekeke ..

TB tu sangatlah independent orangnya.. segala2nya dia buat sendiri melainkan memasak dan basuh baju. Lepas op., berbaringlah dia dikatil med. hospital tu .. First time I dengar TB bercakap dengan nada sebak bila dia kata dia helpless dan berkehendakkan my help n assistance.

Sebaik aje TB habis berkata, I pun meraong sekuat hati sambil mendakapnya dengan erat hingga bergegar katil spital... Yalah kan you? tentulah kata2 TB tu buat I sebak dan sedih lagi pun TB tak pernah sakit melainkan flu biasa (dan terseliuh pinggang, hehe). Ini soal mata, kalau matanya rosak, camana dia nak tenung I dgn penuh kasih sayang? kaaaan? <---- uuuwekkk!

OK now, jangan sedih2 ok? As you know I memang tak sker dan bukan hobby I bercakap bohong cuma I mengaku I suka berseloka berjenaka dan bergurau senda therefore sila abaikan perenggan hilited in pink itew sebab semua tu adalah rekaan semata2, heheh..gotcha!

TB is in confinement for a month. Sebulan cuti tapi kalau dia sihat walafiat cam hari2 biasa .. mau tak agaknya dia ajak I sama2 berjimba dengan Ndja n Teh ke Perancis?? Diorang kat Perancis tu kemain lagi. Dari Paris terus ke Lyon, dari Lyon ke Paris semula pastu merayap kekawasan sekitar. Ndja kata waktu subuh 3.05am, Maghrib 9.30pm dan Isyak 11.30pm .. "muai gitu ...".

Akhir kalam, I nak makan angin juga ........................... kemana lagi kalau tak ke Mydyn, kaaan?

18 comments:

Noir Hussen said...

I must have missed your earlier posts. Speedy recovery to TB and may Allah bless this Isteri mithali yang I kira pasti selalu membuat the hubby riang ria dengan keprihatinan dan gurauannya.

kakcik said...

Semoga your TB segera pulih sepenuhnya dan dapat kembali merenung you dengan pandangan kasihnya. Aminnnnnn...

m.u.l.a.n said...

moga TB cepat baik insyA..

sape yg sebak kan kalo buah hati pengarang jantung kata sebegitu.. he's blessed wth a lovely wife gitu..!!! moga kalian kekal bahagia, sihat & gumbira sentiasa hingga ke akhirnya...

Cat-from-Sydney said...

Aunty CS,
Adoi! Isteri mithali bertaraf misi gitu. Kalau misi zaman dolu-dolu kan garang dan menengking kekdahnya. Misi zaman ICT ni lembah lembut dan bersopan santun kan? Habis tour of duty nanti, pergilah ke Paris....purrr...meow!

Rima said...

Hmm whats the matter?? bila terbaca macam teringat my hubs waktu mata dia jadi one eye jack.. i know and i understand how he must hv felt.. my hubs also macam gitu.. dah biasa independent and selalu dia jadi captain.. bila dah one eye jack.. hati dia macam meronta ronta.. especially part kita yg drive.. dia yg duduk sebelah.. ade ajer yg dia nak tegur.. isteri mithali dia ni sabar but kan tertiba satu hari tu.. isteri mithali dia hilang sabar and terus stop the car and ask her hubs to drive.. ishhhh

Tak per.. insyallah ur TB will get better :o)

Queenie said...

patutlah you mneyepi sekian lama CS, Alhamdulillah terbukti you sebagai isteri mithali, harap berkekalan selama2nya ya...

moga your TB cpt sembuh dan kembali dpt merenung2 manja you seperti selalu!

Anonymous said...

Assalamualaikum CS

Get well soon, TB..my neighbour..ahaks..uweek

Ala, siapa lagi nak tolong TB, kalau bukan U. U nak dia ber... ke..
naubzubillah!.

Misi pencen, sila sabo jaga orang sakit. Semoga diberi kudrat, sihat walafiat. Turun naik 20X pun tak pe, lemak cairkannnn

Semoga terus jadi isteri mithali..I pun suker

Ahkak

Yat Maria said...

Cik SOm

layan lah TB dengan penuh kasih sayang & belas ihsan masa member really memerlukan belaian u cik som..pahala cik som!

suddenli i macam takut plak terpikir what is my two hands out of commissioned temporarily..macam mana lah nak menggaru belakang badan..suruh org garu tak sama cam garu sendiri even if menggunakan sikit..sebab org lain tak taw how hard or soft you want the garu-an to be kan cik som?..errr...cik sooommm, apsal i cakap pasal garu plak ni?..speedy recovery to tb ya.

Anie said...

Cik Som,

Adeehhh ur warm up v1.1 mmg terbaik...tergolek2 I ketawa baca esp part yg u ckp encik TB tak pernah angkat brg berat2 and tak pernah angkat u LOL!!

Mesti cfm dah kurus u Cik Som, turun naik tangga ;) thumbs up to the misi and speedy recovery to encik TB.

Anonymous said...

CS dah slim ler turun naik bukit broga neh?? wah jeles...jelesss!!!
biaq pi lah saya sorang jek selim!


AB maleh log in.

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

aslmkm..
Menjaga org sakit memang kena banyak sabar...esp husband, yg selalunya very independent. Paham sangat keadaan begitu.
Apapun CS..take good care of yourself, jgn sampai berlari turun tangga, jln perlahan2..nnti jatuh TB tak boleh nak dukung.

bintangjauh said...

Salam CS,

sudah ngerti sengertinya mengapa lama berdiam diri... rupanya menjaga kesihatan matanya suami... semoga akan kembali seperti sediakala dengan sejahteranya lagi-lagi dibawah penjagaan&perhatian sepenuh hati&kasihsayang darinya CS aka isteri mithali pasti cepat sembuhnya...

Gimana pun, apa-apa sahaja yang dicita idamkan seperti mana semenjak dua menjak nama Peranchis disebut-sebuti berulangkali sebagai anak panah tempat tujuan bercuti semoga-moga akan dimakbul-perkenankan, Insya'Allah...

A très bientôt (ada kah mungkin...???) salam manis semanis madu.

kak ja said...

hopefully TB sembuh 120% b4 14July..

Yong Kamariah said...

olohlohloh... tu dia calon isteri mithali gitew... tapikan CS, time gini le sebenonya time mengeratkan kasih sayang berhoneymoon berdua2an bermesraan dlm umah kekdahnya, selama ni bekerja siang malam kenkadang nak berborak pun tak menyempat (cam my caselah). TB tu pasal apa ngan matanya yeh? speedy recovery yah.

CS said...

Salam hormat kawan2ku sekelian ..
Terimakasih tak terhingga kerana ...... *malu nak cakap*, hehe..

Komen2 akan dijawab sekembalinya puan editor dari majlis walimatulurus dan majlis suai kenal anak2 bersama sepupu sepapat mereka.

Jumpa lagi, insyaallah :-)

LEEzasTOUch said...

Assalam
Memang gitu la kita para Isteri akan melayan n menjadi teman setia suami bila sakit...I' ve gone thru that when my hubby's kidney collapse n going thru with the transplant in China...it pays to be patient n kind to ur love ones or anyone...u'll see!

Lili d' emily said...

Happy Birthday Kander Som!
Ailapyu <3

CS said...

Assalaamualaikum ... MOHON MAAF SEBAB MEMBIARKAN KOMEN ANDA LEWAT DIJAWAB.

Ameen dan terima kasih kerana mendoakan kesihatan my laling cepat sembuh dan kata2 manis memertabatkan I sebagai isteri mithali, insyaallah *sambil senyom simpol*.


NOIR
Ameen to your doa n nice words. Alhamdulillah (seadanya).


KAKCIK
You percaya ke TB selalu renung I? *sambil jeling manja*


MULAN
Mekasih for the nice words.. Sebak kita awak tulis cenggitu. BTW, I tak sanggup travel jauh2 dan duduk lelama dlm perut kapalterbang.. tensyen aaar..


CAT
Kalau dah bertaraf mithali, tentulah memberi layanan lemah lembut, sopan dan santun tak kira pada siapa, waima pada sekor kucing, purrr..


RIMA
Muahahaa..isteri mithali pun boleh hilang sabar meh? ekekeke.. The 1st thing my hubby kata bila naik kereta I drive hari tu "bawak selow2". Tetiba rasa nak pecut aje, ngeheheh..*dengki gitu*


QJ
Alhamdulillah .. selepas 2 minggu, TB dah mula mengorak langkah merenung2 I dari jauh yg bermaksud "bila you nak masak?", harharharrrruuu..


AHKAK
Naik turun tangga 200x pun cam takde impak aje. Lemak tak juga terbakar dan cair, haiyaaaa... Haruskah daku naik turun naik bukit Broga??


YAT
I faham maksud you. Memang tak syok bila orang lain tolong garukan; nak2 digaru bukan pada spot yg gatal dan garu sambil lewa aje. Jari-jemari kita juga does wonder...tu sebab I bubuh sebatang garpu near my laptop ..bebila rasa gatal, I just use it, kahkahkah... mmg keji tapi smart thinking, kankankan?


ANIE
Masa tergolek2 tu, you pakai long pants or .........? Jangan sampai kambing sebelah rumah terexcited terus melompat kijang plak, hehe.. P/S: turun naik tangga tak memberi kesan apa2 pun, huwaaaa...


AB
Dah lelemak tu membeku tak mau cair, naik Mt Everest pun tetaplah cenggitu juga. Lainlah mcm orng kat Texas tu selalu berenang, pakai pink polka dot dot3 lagi, kenn??


ARTLOVER
Betul tu.. dlm pada nak jaga orang sakit, kita pun kena jaga diri kita juga agar sihat ceria lawa selalu, ahaks; or else siapa plak nak jaga kita dgn sabarnya, kan?


RATNA
Kata orang, sakit nih dtgnya mcm ribut, perginya mcm semut so haruslah bersabar mengendalikannya. Moi bercuti ke Perancis? huwaaa.. tidaklah rasanya sbb tak tahan duk lelama dlm perut besi yang berkepak itew, haha..


JA
Sekarang pun dia dah sembuh dan berharap by 14July kesihatannya terus mantap... tapikan tapi..on that day dia mula bekerja. Mana mungkinku kesana..kesanaaa..kesanaaa?? *wpun hati nih meronta2 nak dakap2 you, ekekeke*.


YONG
Kita semua memang pun calon isteri mithali, auwww..hebak! Selain cataract, mata TB ada luka sket. Luka hasil dari martial art... almaklum, dia kan Jet Li? erghherghherghh...


LEEZA
Whoaaa...kidney collapse n had transplant? Bukan calang2 punya penyakit nih. How did you handle the situation? Tabiklaa..and I agree with you that it pays to be patient..


LILI d'Emily
Haipppp..budak tecik bucuk colang2 nih...ailapyutoo...mekasih many2..