Tuesday 5 June 2012

Quite productive ...

Masa I dalam keta
* tengah ngap cream puff, Ndja telepon.
* tengah ngap donut, Ndja telepon.
* baru habis bayar bil bagai, Ndja telepon.
* tunggu TB beli troli, Ndja telepon.

Apsal dia asyik telepon I aje? Dalam sehari, tak sah kalau dia tak call atau sms I, juga adik beradik lain. Imagine I ada 8 siblings duduk diKL nih dan dia akan bergilir2 telepon kitorang. I sempat tanya dia semalam "you nih rajin ek telepon adik beradik? I tak berapa rajin .. dah lama hilang 'the pleasure' of calling people tapi kalau sms I ok aje sebab boleh ulang2 baca message".

Jawapan Ndja short n simple "sebab I sayang adik beradik". Hmmmm... "I pun sayang adik beradik tapi tulah..." so says CikSom. I can think of 2 reasons why Ndja begitu. 1st: sebab dia sorang aje duduk jauh dari kita semua and 2nd: sebab dia memang perihatin termasuklah perasaan belas/sayang yang melimpah ruah pada adik-beradik. Hmm..

So, as soon as I reached home, I sent Ndja a report of the things I did from 9-11am just now.
"I'm back. Dah gi klinik, bayar bil, gi bank, gi patisfrance (beli donut etc), gi hw shop beli troli, gi lunch @10am but I had lauk jer no rice, gi kedai oder gas n beli coke for 'pencinta cicak'. TB sent me home n dia gi basuh keta. Are we not very productive?".

TB cuti hari nih sebab nak jumpa Ophthalmologist <- cewah! 2 hari lepas pergi Menara nak buat specs baru tapi ada masalah sikit so dia disarankan jumpa eye specialist <- dah set appmt berjumpa hari Khamis. Yang pasti minor op. harus dilakukan juga. Semoga dipermudahkan olehNya, insyaallah.

Bayar bil api, air n telepon. Bil api dua bulan mencanak2 & melambong2 naiknya. Menciii menciii menciii!

Pegi bank kejap.TB ambik buku ceq baru dan I hantar ceq ..almaklum I got debt to pay, auwwwm...

Keluar dari bank singgah bakery beli donut n cream puff - mem lapor! Mem ngap chomp2 puff/donut sensorang dalam keta while waiting for TB pegi kedai hardware cari troli tapi trolinya tersangatlah buruk rupanya maka terpaksa cari kat kedai hardware lain ..

Troli meant for T.. kesian dak tu bila hujung minggu akan berangkut dgn bermacam2 manikam balik kemarkas. Troli yg disediakan oleh markas alahai... gerun kita tengok, kah3.. lagi pun troli markas tidak selalu available.. Ayahanda amat bersimpati bila tengok bahu anak daranya menyenget angkat barang2 berat. Sungguh tak molek kalau jadi pengantin senget, tak gitu u'oll?? dan semenjak kereta tak dibenarkan masuk dlm kawasan markas kerana 'arahan pihak atas' maka bertambah semarak siayahanda mencari troli untuk kegunaan daranya itew. Soklan cepumas "adakah dak T akan guna troli tersebut?"..

Sebaik dapat troli yang diidam2kan, TB bersuara "I laparlaah...". I sukerrr aje sambil bertepuk bersorak dalam hati, yaahooooo wpun sebenarnya I tak lapar almaklum dah ngap donut/creampuff, kan? NAMUN... bila tengok lauk pauk yang OMG tepuk dahi jap, I teruja juga!

Pemakanan sihat kekdahnya...
Balik dari lunch singgah kedai runcit dekat rumah. Mintak tolong diorang hantar kerumah tong gas (oredi paid) dan beli 2 botol coke atas permintaan D a.k.a. pencinta cicak.. akakakaaa...

Why pencinta cicak? Al-kisah semalam.. sebelum I keluar melawat kematian, I dah pesan kat D mintak dia basuh segala apa yg ada dalam sinki (ada 1-2 pinggan, cup n fork/spoon). Tup2 I dapat sms SOS dari D mengatakan dia tak dapat habiskan basuh mende2 tu sebab terlalu trauma akibat terserempak dengan sekor cicak hitam yang owhhh so euuuwww... *geli gelemannya masih ON sampai hari nih, kah3*

Hapalah McGyver boleh kecundang dengan sekor cicak??

Selesai segala errands, TB hantar I balik rumah (wahhh...macam boifren hantar gurlfren balik selepas berdating gito) sebab dia tak nak I cair berada lebih lama dibawah pancaran mentari. Ohh how sweet and thoughtful of him. Sebaik saja I keluar dari kereta, dia terus beredar hantar basuh my kereta yang dah berzaman tak kena air. Just like tuannya yang tak sker kena air, mbekkk...mbekkk...tapi tetap wangi *sambil kembangkan hidong hidu2 kawasan tiak, heheh*..

Wassalam.

P/S: Oh ya... ada sebab Ndja berulang kali telepon I sebenarnya. Akan dikongsi ceritanya, insyaallah.

8 comments:

Cat-from-Sydney said...

Aunty CS,
Cicak? Kami di sini sungguhlah deprived. Tak pernah jumpa cicak. Tikus jangan ceritalah. Tengok kat TV saja. So, kalau terserempak lipas barang seekor, habis hancur lah alamatnya. purrr...meow!

Anie said...

Cik Som,

Semoga minor ops encik TB is successful, insyaAllah ;)

I also geli with cicak and lipas and segala mcm insects and animals. Ada satu malam tu I pegi buang sampah, nak panjat tangga masuk rumah sekali ada seekor hedgehog....menjerit giler I, sampai sanggup I panjat the sides of the deck yg almost as high as me tanpa menggunakan tangga. Terkangkang2 I.....hehehez :ppp

Mulan said...

eeeyyy.. geli geleman i dengar cicak.. sini pon depa selalu main2 dlm sink.. tu tempat keje kita, tu jgk la tempat dia buat ala2 accident jatuh dlm sink.. sah2 tunggu hubby balik buangkan..

moga cepat sembuh encik TB..

CS said...

CAT
I take it that your only skill is just to gobble lipas? Alaaa...tak mengancam langsonglah. Cuba berani sikit. Asah your fangs and go look for harimau sekor dua ke..


ANIE
Thanks for the wish/doa. Mcm tak logik my son geli cicak sedangkan dia boleh mengulit iguana dgn begitu intim. Patut you tangkap hedgehog tu.. tarik bulunya untuk Jannah gunakan semasa mengaji (dulu I guna bulu landak as penunjuk bila mengaji, heheh).


MULAN
Thanks for the wish/doa. I pun geli dgn cicak micak nih tapi still bearable bolehlah shoo shoo diorang tu. Dont give me cik Siti, boleh lari lintang pukang atau kalau panjat tangga boleh telus bolos terus keatap, kah3.

Bintangjauh said...

Salam CS,

tiada apa yang seharusnya Ratna komen kan dengan entry dihari ini karena sudah memadai membuat rasa perasaan hati gemilang sekali, di-iringi senantiasa dengan senyum-senyum ala Mak Enon...

Seperti disetiap penulisan CS boleh di-ibaratkan "the best sense of humour" gitu...

Salam manis semanis madu.

LEEzasTOUch said...

Cik Som
It's good to know that ur sis sayang sgt.kat u. I pun sayang sgt2 kat all my 3 sisters....*wink* Hopefully ur TB will hv a successful surgery.

Ibu n Abah said...

Wow!!!
Mc Gyver tu takutkan cicak???
Aisyah takutkan lipas..
apalah budak2 sekarang ni kan???
kita kecik2 dulu, buat main jer kan???
ekekekeke

CS said...

RATNA
Senyum2 ala Mak Enon dengan bibir disentil segumpal tembakau ke? hehe..
Alahai..kalau sedikit coretan tu boleh buat siBintangJauh rasa gemilang dan ceria, alhamdulillah. Merci/kesuwon/kamsia :-)


LEEZA
My sister yg sorang tu tak jauh beza umur dia dgn umur I; so in a way kitorang mmg kamcing and both of us can get away with murder, whoaa..


AKAK
Masa kecik dulu I main batu seremban dan daun terop. I tak main dgn binatang2 kecik2 tu, goli den tapikan tapi masa dulu tak geli nak pandang wajah tikus. Sekarang OMG, no nehi nehi thank u.