Thursday, 22 October 2009

Hmm.. hmm.. hmm..


6.15am: Tak suka bila I kedapur pagi2 ada something dalam sink. Tak suka. Lepas jerang air, I terus basuh 2-3 mug, 1 kuali putih (ori jenis putih bukan putih sebab I rajin menyental) dan sudu garpu. Saper yg tinggalkan dalam sink? Memang tau!
.
I tuang detergent dlm bekas tapi I buat kerja lain dulu. Biasalah menyambil. Bila ready nak basuh, secepat kilat I buang detergent yang baru dituang tadi. Ehhh, membazir aje.
.
6.30am: I tuang sepeket neskopi dan sepeket kofimet dalam mug sementara tunggu air mendidih. I bubuh mug sebelah sink, tidak kat tempat biasa atas para. Ada ke para kat rumah tengah2 bandar sekarang nih? heheh.. memang takde kot? Sekali lagi tangan ni beraksi secepat kilat (asyik2 kilat aje dijadikan contoh), mug tu ditonggengkan maka you know what happenlah. Benciilah buat silly mistake cam tu..
.
Kedua2 aksi tu akibat I being absent minded atau habit? If I say absent minded surely ada oghang kata 'orang dah tua memang lupa', tapi I nak kata tu adalah aksi alah bisa tegal biasa. Sekian terima kasih.
.
Malam semalam I skip dinner. I buatkan TB mee su'a sup + sawi. Ada lebih, I thot I nak jadikan modal breakfast tapi D dah slurrp pulak. Dia konfiden tu hak dia (selalu I tinggalkan lauk kalau dia tak makan sama). Cakap benar memang I nak makan sup tu tapi takpelah dah rezeki dia..
.
Dan2 I terbayang NengYatimah sedang bertug-of-war dengan si Pekan ... Alahai.
.
Tiap hari I akan melawat blog kawan2 dalam kategori 'wajib'. Blog yang tak wajib I akan lawat selang sehari/beberapa hari. Kadang2 I masuk blog ikut pintu depan, kadang2 ikut dapur n kadang2 I selambadek trespass aje (terasa malu pada diri sendiri sebab buat keji cam tu), tapi takde sign kata 'trespassers will be prosecuted' atau 'trespassers will be eaten by dogs' (?), maka I pun menjadi2lah. I assure you perilaku I sangatlah berhemah (boleh percaya.. jangan ragu2).

Bila perlu komen, I komen; dan bila tak perlu komen, I komen juga, hehe.. (isolated cases dimana I rasa diri I dan tuan rumah ada that chemistry. Kalau nak ikutkan hati, semua2 tu I nak komen .. of course komen bukan for the sake of commenting, tapi ada bendanya yang I nak share, tu aje. Lagi pun, I ni terer menaip tau, wahahah.. in a split second siap komen I tu (tapi tengoklah juga kalau cik Net tak ngantuk tersengguk2).

Semua orang ada masalah ek? Dari baca pengalaman dan masalah bloggers, I yang lemah ni empowered diri sendiri untuk 'celikkan mata lebih luas lagi'. Satunya jangan berhenti berdoa dan bersyukur w'pun ketika tu keropok yang dijemur garing tetiba basah lencun kerana hujan turun tanpa warning. Alhamdulillah .. (nape I rasa sebak??).

Masalah I sekarang nih tersangatlah sulit (disamping 5-6 lagi masalah lain). Tak suka nak cerita pasal nih tapi I terFaksa luahkan juga, mana tau you all ada ubatnya, kan?

Ehhh .. kibod I kehabisan dakwatlaah you .. jumpa lagi.

6 comments:

Ibu n Abah said...

salam som,
akak memang suka menebeng kat depan pintu u....
kita ni kalau dah leka kerja,... memang jadi macam tuu.. habis semua kita curah. Ingatkan akak je makin andeh....

ain said...

kita serupa la kak CS. memang pantang sungguh saya bangun tido, dlm sinki ada cawan kotor pdhal seblm tido, saya dh clearkan everything!! dn sy tau sape punya keje. tp kena maafkan sbb hubby jrg tak basuh mug kecuali jika terlampau mengantuk. now no more dirty mud in the sink sbb hb x de!!

kak CS ada poblem apa..???

dina said...

saya pula kalau nak masak benda bersantan, selalu asingkan pati, kemudian tanpa disedari pati santan tu akan tertuang di singki... huhuhu... cekap sangat tangan nak basuh mangkuk yg disebelah singki kan... tu psl tak boleh letak dapur sebelah singki... kena letak jauh sikit dari singki...

lemongrass said...

Uwahhhh... Cik Som buat saspen aje N3 kali ni. I tensen ada ayat2 tergantung ni sbb buat tak lena tidur memikirkan apakah gerangan yang Cik Som nak khabaq kat dlm blog, hehehe. Cepat2 lah ye sambung citer :-)

somuffins said...

testing testing .. pisang emas dibawa belayar ...

somuffins said...

Tenet ni memang nak kena buang negara tau. Dari tadi kita cuba tampal komen tapi direjeknya kita. Bila 'testing' yg pendek tu, dia accept pulak. Grrr...

Anyway, salam kawan2ku..

Akak, sama2lah kita menebengkan diri, haha. Tulah leka, pernah terjadi berbagai2 insiden. Ajinomoto masuk dlm adunan bingka pisang dan kopi serbuk masuk dalam kueytiau goreng, muahahahaaa.. Handalkan??

Ain, what if tetiba ada mug dalam sinki tu tapi hubby masih disana..disana.. Amacam? Puteri Bun sudah mari ka? Seraam..
BTW, I follow citer tu taw, hehehe..

Dina, kejadian keji tu pun I dah penah buat. Nak marah kat sape? Cubit peha sendirilah jawabnya, hehe.

LG, jangan gusar dgn ayat2 tergantong I tu, saja nak menyedapkan jalan cerita aje, hehe. Apa pun, nantikaaan ya? <- lagilah tensen ek?