Monday, 19 October 2009

Cerita ceritot pengakhir Syawal ...

Makan2 penutup Syawal, kena juga buat kalau tak buat, issshh malulah; dan kalau bukan hari Ahad, bila lagi? Dah selalu sangat jadi tangan yang menerima, sekali sekala mesti juga jadi tangan yang memberi, kan?

Dengan waktu merancang sangat terhad (kalau ikut angin lembab I, seminggu merancang tersangatlah ideal, tapikan, tapii .. mana semua benda nak ikut angin lembab I aje, betul?), I pun congak2lah apa nak masak. Apendenya yang I nak jamu my adik-beradik, ipar duai dan anak2 sedara untuk sesi last kopek raya?

I hanya ada sehari nak plan bagai (hehe, bagailah sangat) . I plan nak masak lemak rebung cili padi dengan udang berenang2 didalamnya. Konfiden nak masak yang nih sebab setiap kali masak, it turns out vavavoom (baca boleh, percaya lagilah boleh, hehe).

17/10 9pm: TB n I gi Jaiyen cari rebung dalam tin tapi ishhh.. out of stock. Apahal kat China tu? Panda bear dah makan semua rebung sampai tak larat nak ekspot lagi ka? kakaka.. I suka rebung dalam tin sebab 'takde bau' yang mengancam hidung. Takde rebung maka takde chan I nak show off my skill masak lemak cili api ala noghori kat my siblings. Tetiba idea mari, yess! why not labu n jantung pisang? I then cari al-tempe and sotong radar since ramai yang ngidam sambal sotong versi CS. Sad, no tempe n no sotong (rupa sotong cam hidup segan mati tak mau aje).

Done @Jaiyen we detour to Mydyn. I hangkut 3 ekor very fresh looking sotong radar (Oh, btw.. katanya tak elok makan sotong besar tu eh? adaa.. ). Tempe masih takde. Bila dah balik rumah barulah teringat yang I sepatutnya cari rebung dalam tin kat Mydyn tu (sigh.. nasib baik ada Plan B).

Oct 18: Lunch @ 2.30 pm, ok lah tu. Bila tetamu dah penuhi ruang rumah yang tak luas, I mula rasa cuak n risau "cukup tak lauk2 yang I masak tu"?. Alhamdulillah barkat makan beramai2 dan juga dengan izinNya, amalan baca "inna 'aktaina kalkauthar..." sangat membantu.
.
I masak 5 pot nasi and Ndja bawak another 7 pots all the way from Sban. Gila kan? 12 pot nasi untuk makan <> 20 orang. My beras bukannya out of stock, cuma I takde extra rice cooker to cook extra rice. I appreciate Ndja's assistance very much, thank you!
.

Samsot radar belum siap lagi nih..

Labu Halloween n Jantung Pisang

Alhamdulillah lauk2 semua almost licin. Kesian setan menangis2 sebab takde pembaziran berlaku. Tak teringat langsung nak tangkap gambar lauk2 yang ooooohlalalaa.. sungguh mantap sekali. Perlu diberitau by 9am semua lauk2 dah siap dimasak except for tempe at 11am. I tidur2 ayam in between (bertambah2 beratlah my aibeg). Mula menumis sambal sotong pukul 3 pagi and soon after subuh I mula mengaum.. hehe. My friend QJ mesti ketawakan I. Baru masak setoet dah tak tidor malam. Oh well...

My lauk2: Labu masak lemak, jantung pisang pun masak lemak (kolesterol? abaikan), black pepper chicken (I make sure I ragut all the skins), sambal sotong, tempe kicap and last but not least I fried papadom. I suruh TB keluar beli ayam goreng buat tambah lauk tapi katanya "I konfiden semuanya cukup". Alhamdulillah cukup, kalau tak? mau I jeling jer TB sepanjang malam.

Desserts: I made peach pudding, my brother brought caramel apple/bread pudding + icecream and Teh brought bertin2 longan/lychee with 3 tubs of Viennetta ice-creams. Since both my freezers are full to the brim tak boleh nak simpan even 1 tub pun, maka kita cam nak gila cuba habiskan aiskrim tu; tak cepat kalu .. tak best lagi sebab dah cair.


Ni apa pulak nih? Haa.. soon after my siblings beredar, jiran yang selebret their wedding ann. last Friday tu jemput I berdua kerumahnya. Aduuhh malasnya nak bergerak sebab I baru aje meluruskan sendi dan urat2 terpintal; longgar apa yang patut dilonggarkan. Managed to have 120 winks. Dah orang sudi menjemput maka kita patutlah meraikannya. Kita dijamu laksa Penang. I suka aje but not TB .. hehe..

8 comments:

ceriaWAN said...

semua tu ciksom masak sendiri?? UNSANGKARABLE.. err.. apa yg adik T tolong umi dia masak lak?

somuffins said...

Tulah, I pun tak sangkha cempedak menjadi nangka.. dan errr... T tak tolong masak tapi tolong makan, tolong siapkan meja, pinggan, gelas serta buat air dan layan kazen2 dia yg syomel2 tu. Dia juga jadi fotografer. Errr.. dia rajin kan kan kan?

ain said...

kiranya kak CS ni pun ala2 superwoman gak la. semuanya buat sorang2. saya pulak seboleh2nya mengelak memasak utk tetamu ramai. takut x sedap sbb x konfiden dan tak reti budget pun ye gak! normally sy akan buat 1 main dish mcm mee ke, soup tulang ke (nasi n lauk pauk totally no lah). then suruh hubby call satay man or pizza ke domino ke utl top-up!!. paling bagus, order je nasi beriyani ngan kuncu2nya!! rajin kan saya..????hihihihi

Cik Som said...

Waaa, esok-esok.. kalau nak buat open house boleh request chef som laa masak... ermm sedap sedap sedap ... hehehe

3E said...

Walllaaaa....aunty pulun masak tu...
tu dia....sekali pegang piuk dan kuali macam2 keluar...caya la....

Aunty....u tinggal kat usj 'kan...belah mana? Esok I nak usj4...blaja decorate cupcakes...
mana la tahu kut2 ker boleh terserempak ke????

somuffins said...

Ain, I TERrajin setahun sekali aje; dah program diri I cam tu, hehe. Selalunya I buat cam you gak. Either beli aje, beli tambah lauk atau ajak makan kat luar. Maaflah kalau depa2 tu ada yg kecik ati dgn 'kelakuan I yg tak sama cam orang Melayu lain'. Aduhh.. statementku yg boleh disalah ertikan.


CikSom, nak suh I masak apa ek? Alaa.. janganlah test I cenggitu. I dah nerbes nih...


3E, setahun sekali kena tunjuk bakat terfendam, auww. Ehh, u nak dtg kearah sini kah? Wat time? malam ke siang? BTW, kat mana u belajar mendeko deko deko kapkek tu??

Ibu n Abah said...

Pn Som,

rajinnya..cekap masak banyak2 lagiii... bila lak nak jamu kami?

somuffins said...

cikAkak, heheh.. rajin memang rajin, cekap memang cekap, tapikan, tapiii ...

Bila nak jamu? Kita pi makan kat JM Beriani aje, boleh??