Friday, 2 October 2009

Murphy's Law ...

Pemandangan menikam kalbu

Dah banyak kali bitau D&T 'kemaskan' sikit alas kaki setiap kali habis guna kereta. Jawapan yang sama dari budak berdua tu "dah.. dah kemas dah" tapi bila time I nak guna, itulah rupanya. Sakit mata ubatnya O*trex atau I-Mo tapi sakit hati? Haa.. astarghfirullah .. terus tarik nafas panjaaaaaaaaang!

I tersangatlah heran cara diorang drive. Tang mana yang ditekan untuk gerakkan kereta? Why and how come the alas kakis move from its original spot and somemore got crumpled? Kenapa umi aje yang bersihkan alas kaki tu. Kenapa umi aje yang kibas2 alas kaki tu? Why why why oh why?? Need I ask another 'why'? Adui, semput I..

Sebenarnyakan, alas kaki tu have seen better days; dari tebal dah jadi nipis (rhyme ek?), memang patut diganti baru, tapikan tapii.. tiap kali I nak beli sendiri, TB kata "nanti I belikan..". Nyaman seketika hati dan jantung dengar kata2 romantik cam tu.. tapikan .. tapiii.. (QJ pls take note, kata2 tu oredi patented, ehem).

Last week masa T n I ke PJ, kitorang perasan radio kereta tetiba bisu. Angkara siapakah itu? Tiap kali ada benda amiss dalam kereta, tak SAH kalau D tak tuduh T dan kalau T tak tuduh D. Gitulah 'akrab'nya dua beradik nih, saling tuduh menuduh diantara satu sama lain. Kebetulan pulak memang D guna kereta sebelum tu. Kadang2 tuduhan tepat pada sasaran, kadang2 tak tepat.

Setiap kali ada 'benda tak kena', dengan nada terkilan I pun bersuara pada D&T "kita kena hormat bila guna barang orang, jangan ikut suka hati aje w'pun guna harta mak bapak sendiri" <- haa.. kan dah lain bunyinya tu? But worry not, I berkata dengan nada lembut jer.

Sejak tau radio kereta 'rosak', I dah tak sabar2 nak bitau TB tapi tak sampai hati pulak bila tengok mood dia tengah memberangsangkan (read: happy n ceria). Pendek kata, takde masa yang sesuai untuk diberitau (kesian punya pasal) namun I paksa gagahkan juga sebab I tak sedap hati macam ada premonition aje (wah!).

Senario: lepas makan malam ngadap TV..

"Ling, camana kita nak tau bateri keta full? Ada indicator tak?". Slamber jer "selagi boleh jalan, fulllah tu". Sigh.. tu bukan jawapan yang I nak dengar. Tu kan jawapan untuk budak 5 tahun setengah? (berkata2 I dalam hati). I tanya lagi "camana tetiba keta mati bila I tengah drive?". "keta tak mati masa you tengah drive.." <- sambil mengunyah biskut raya. "yalaa you, mana tau I stop kat kedai mana2 ke, pastu nak stat balik tak boleh". "kalau cam tu, you call AAM ajelah"<- krup..krup..krup (bunyi biskut raya yang kuantitinya semakin pupus dari balang lutsinar berpenutup merrah).

I tau TB sengaja tak nak explain lelebih walhal dia arif hal urat saraf kereta. I ni suka bertanya selagi tak paham manakala masa bertanya tak berapa sesuai as 4-mata TB dah tertumpu kat Shaolin Soccer.. (heheehee.. movie tu memang kelakar n gilerrr, yet I boleh terlelap. Well.. ).
.
Nota penting: Sejak bila I panggil TB tu 'Ling'? Hehe, mana ada. I telah berdusta.

I perlu ke PJ hantar tepak sirih (taken from Ndja's hse) to Teh's hse so that Ngah from KL boleh ambik benda tu dari situ. I kena drive sensorang sebab masa tu TB baru nak pasang layar (baru balik kerja malam, syian kan?). No matter what, I kena F1 kesana sebab Ngah takleh lama kat situ. Mak pengantinlah katakan, beezee bee..

At 1030am bila I pintal kunci kereta, lemau aje bunyinya; pastu alarm kereta pun nongneng nongneng. I fone aje TB mintak dia tolong check apa halnya dengan kereta tu (walhal tak syak lagi, I dah tau sebabnya). Syian juga kacau dia nak tidor, tapi terpaksalah, kan? Ni bukan kacau sebarang kacau; ni kacau untuk buktikan betapa kasih dan sayangnya dia kat I, hahahah .. goli den berkata sedemikian rupa. Lepas check lebih kurang, TB syorkan fone aje workshop atau AAM. I fone workshop and in no time at all .. AhLong tiba dengan bateri baru tapi tak pulak bawak $$$, heheh ;-)

My so-called premonition jadi kenyataan juga, ngeh3. 'Radio rosak' sebenarnya petanda bateri kereta dah sampai kepenghujung hayat. Mungkin macam tu untuk kereta J-gua I aje kot? Apa pun I kata tentang kereta2 I, perlulah kengkawan ingat, I memang takde kereta Jaguar..

Betapa senangnya $$ beralih tangan secepat kilat; tepat sekali rezeki kita bukan semata2 untuk kita. Terkopak juga duit TB RMxxx incl. service charge. Mr Lim taukeh workshop mesti hepi.

Camana dengan you Mr Li? Are you happy?

9 comments:

Spices of Life said...

camner mat kerta can ubah tempat? bawak kerta cam grand prix ke?

Spices of Life said...

ok one more thing, ubat sakit hati ke BBBBertangkup aka Starbucks..

ain said...

sy pun tak tau apa2 benda psl kete ni. tau bawak aje. Ni hubby x de 3 bulan, hopefully kete tak buat hal lahh. klu tak AAM lagi laa.

psst..teringat dulu..masa hubby x de gak, kete sy berasap, pdhal baru beli, punyalah klm kabut, call AAM. bila mamat AAM dtg, cek2...upernya ada pastik terbakar bwh body kete.hehehe

kak ja said...

I baru nak teruja baca u panggil TB, LING.. U putun setim betoila, Cik Som oooiii!! Tanak wawan aaahhh!!

Keta I semlm pun terpaksa ziarah Joj Kluni kat workshop..

QueenJah said...

I takder keta, tak reti nak ceta pasai keta, pasai centa bole la gaknyer...(baca ngan penuh ngader2 ek).

Taktau la naper...masa tecit dolu I suker men tapis2, dah becor suker makan tapaiiie2, dah nak megrib suka kat u punyer tapiikan tapiiii...ha, jgn pasni u pass kan I kat tapir udahler...

Ibu n Abah said...

Salam somuffins,
untung ada kawan Ah Long... dapat juga dia tolong antar bateri...
Akak, panggil AAM je.

Anonymous said...

Salam Cik Som,

Tadi I pegi servis kete. You know what I saw? Ada satu kete yang juga nak servis. Masa dia nak parking kat situ, tiba-tiba terjatuh la 3 ekor anak tikus dari bawah enjin. Masih hidup, masa anak tikus tu nak lari, syian dia kena gelek dgn kete lain.

Yang pelik tu, masa org tu dribe dari rumah ke servis center tu, di manakah anak2 tikus tu berada? Tak panas ke dia? Or duduk dekat e-con? Adik ipar wa, satu hari e-con berbau teramat la busuk. What hepen? Ada tikus mati kat situ?

So, as conclusion, tikus suka menginap di sekitar enjin kete.

mrswongjowo said...

SOmuffins
u bercerita cam penglipur lara...Cara you marah yr kids sama je mcm my hubby...kalau naik keta dia makan pun tak boleh tau...sebiji habuk pun tak de...tapi kalau keta me & the kids..ha..ha..nasib baik je tikus tak duduk!

somuffins said...

Salam to all n thanks for the comments:

Azieda, I pun tak faham camana diorang drive (walhal I did bedung them when they were babies).
P/S: BBBB=Starbucks? Been once only


Ain, kita kan Mem? Mem memang patut bawak kereta aje (yg lain2 tu hubbylah yg uruskan, tak gitu? hehe)


Ja, Joj Kluni atau Joj Kong? Mesti mekanik versi sepet tu.. kan? kan?


QJ, yalah tu. Habis caner you transport juadah2 ke rumah your clients? guna khidmat magic David Blaine ka? :-)


Ibu n Abah, betul kata you. Memang untung berkawan dgn AhLong esp dari workshop; bukan dari bank tak bertauliah.


Anonymous, you ni pencinta tikus ke? heheh. I goli dgn tikus melainkan Mickey/Mini mouse. My fobia -> a tikus semunyik inside my w.machine tatkala I nak basuh baju. The thot is very mengerikan..


MrsWJ, I tak strict dgn anak2. Diorang boleh makan boleh minum dlm keta I. Cumanya I rimas bila tengok alas kaki tu tak semenggah. Sakit mata I memandangnya.