Sunday, 25 April 2010

Chirpy chirpy cheep cheep ....

Bila Teh beritau (over the phone) ada sekor burung buat sarang dan bertelur dua biji dicelah2 pokok berpasu (just depan pintu sliding), I pulak yang terlebih excitednya w'pun baru telur burung aje pun..

"Tak taulah burung apa, telur dia warna coklat2" Teh beritau bila I tanyakan species burung dan warna telur tu. Apa signifikannya I perlu tau tu semua dan tanya soalan cam tu pada Teh as if dia pernah jadi Ranger perhilitan? Hehe, saja suka2 nak tau, kot2 telur burung puyuh ke, bolehlah I ngecek :-)

Sebenarnya dari dulu lagi, I marvel dengan rupa telur burung yang comel lagi berbintik2 tu. Bila Mak masak sambal tumis udang bubuh telur burung sekali, I dah mula seronok dengan lauk tu. Bila sedang tekun makan, I tak pandang belakang lagi dah. Pastu atas saranan Bak, Mak bubuh telur burung dalam lauk beriani maka bertambahlah seronoknya I (kalau tadi tak pandang belakang, kali nih tak pandang mana2 pun sebab Bak kata masa makan kena konsentret kat makanan, so wajiblah pandang makanan aje).

Katanya telur burung banyak ko les te rol? Ko apa? Ko-les. Les apa? Les-ter. Ter apa? Ter-OK <- bunyinya bukan 'terok' ya? Ter OK (mcm tak sengaja nak OK). Hehe, sajalah nak me ra pu. Me apa? Me-ra. Ra apa? Ra-pu. Pu apa? Puakakakakaaa.... <- QJ n Ja gelak cam tu..

Masa kecik2 dulu bila makan telur burung ralit aje kitorang membelek "ehhh, comelnya, kuning dia keciknyaa". Pernahlah out of curiosity, kitorang (partners in crime) memandai pecahkan telur burung saja nak tengok kuningnya. Ishh.. gewam!

Dah lama I tak beli telur burung puyuh kerana beberapa sebab. 1stly sebab TB tak suka (jaga kesihatan kekdahnya); 2ndly n 3rdly, biarlah I sorang jer yang tau; kalau I dedahkan asbabnya kang, surely I dikecam hebat oleh pencinta telur buWung.

Siang tadi kami adik beradik berkumpul kat rumah Teh; sama2 pergi melawat kawan lama (family friend) yang kematian isteri akibat barah.

Kalau dah jejak kaki ke rumah Teh mana boleh jejak 5-6 minit. Pulak2 tu Ndja ada (dari Sban dia singgah SJ cekut I sekali). Abang2 dah melawat dulu, diorang hantar jenazah hingga kekubur. Teh, Ndja dan adik Ndja (ehem) pergi kemudian. Charlie's Angels nih betul2 mak andeh.. Dari SS1 ke SS5 Kelana Jaya boleh sesat. Tulah, kononnya dekat tak mintak alamat betul2.

Pusing2 cari rumah like forever! Cari landmark FAM, sekolah, kedai mamak, bas sekolah .. ishhh, macam2. Teh dah mula fuming, fone abang 3-4x tanyakan arah namun tak jumpa2 juga hinggakan tersasul bila dia sebut 'wisma FAM' jadi 'wiithmafuhfuhfam'.

I dengan Ndja kenot tahan gelak tapi gelakan kitorang guna silencer (katop molot takut Teh marrah); memang tak kedengaran langsong tau2 dah keluar airmata.

Nasib baik kejap aje kepulan asap Teh maka dia pun join sekali "muahahaha + kiah3 + kih3 + kah3 + har3" <- semua jenis gelak bersatu padu. Astarghfirullah ..

Pic taken by Ndja on April 17, 2010

- Ayang dan Anjer -

O Ma .. O Pa.. kita laparrr...

Rezeki I dapat tengok anak burung yang baru menetas. SeWonoknya dan betapa jakunnya kitorang, masing2 terkedek2 capai HP, klik klik, klak klak. Belum lagi tengok anak burung hantu tuu .. Woooo... harus talipon tv9 gamaknya.
.
Bila nampak ibu burung datang nak beri makan kat Ayang n Anjer, I angkat tangan sebelah sambil berteriak "kejap ehhh mak burung .. kitorang ambik gambar kejap".
.
Dah kesukaan gelak hilai tadi namun Teh tetap sedih .. 25 April kebetulan hari jadi aruah suaminya. Semoga Abg Rahim tenteram disana, amin.
.
... dan 26 April adalah hari paling signifikan untuk penulis Al-Kisah ;-) Apa pun, timakasih timakasih .. heheh.

9 comments:

kakcikseroja said...

Salam CS..

entah kenapa.. tiba2 rasa teringin nak jadi anak burung!

lili said...

Salam CS,

Hehe, Haha, Kahkahkah)))
Lawak baca al-kisah kali ni!
(not that other al-kisahs tak lawak, but this one lawak lebih sikit!!)

Telor buwung manyak kole kole kan, CS? Tapi I suka. Makan sekali skala ok kot!

azieazah said...

26hb? Selamat Ulangtahun Kelahiran Kak SOM.. hehehe.. lucky guess?

Amboiiii dapat anak burung dah kelincahan cenggitu. Kalu dapat cucu, agaknya tatang pagi petang siang malam subuh senja.. harharharhar!

Ibu n Abah said...

salam kak som,
semlm bizi juga u jd jurugambar... seronok kan melihat lg satu kejadian Allah depan mata...
i suka ayat 'cekut...'. mak sedara kahar suka guna ayat tu...

aintsuperwoman said...

Top 5. Boleh laaaa...sebut pun bunyinya best. Top 5. Tapi kalau Top 4 macam rasa tak berapa sedap, sedap lagi dengar Top 5...lebih kurang macam...Give Me 5!!! heheheh...

26hb? Apa tu? Ulangtahun ke? Birthday ke? Story story laaa...

3E said...

Aunty Som...
Ayang & Anjer tu so cute...
tu u baru tgk burung menets 'kan...kalau tgk org bersalin tak macam manalah reaksi u yea...:-))

Mama said...

DC....Charlie's Angel sesat kat Wisma FAM....mmg kelakar sbb belakang rmh Teh je....

Semlm my mum 100 days.... sedih tak dpt tengok kubur lagi..

BTW hepi ann...kirim salam kat Anjer

kak ja said...

Hepi eniberseri, KS!! (serkap jarang, untung2 mengena..)

U sebut nama QJ, i terasa rindu sgt kat dia.. Mana pi dah kwn sepuakaaakaaa I tu.. Bahagiakah dia? sibuk sgtkah dia?

Kalau I yg tgok anak2 burung tu, mesti I tutup mata I mcm tgok citer antu.. I sgt2 geli!!

somuffins said...

Salam semua, maaf terlambat jawab komen2, hehe..

KakCik, you nak jadi anak burung species apa? Jom kita kawan dan terbang togeder2 ke langit nan biru.


Lili, kole as bekas minum air atau kole kacang? Yeslah, sekali sekala berkole, okay whaaat. Kan?


Azieazah, tekaan tak berapa tepat but all the same, tima kasih.
Cucu? I harap takde saper lantik I jadi bidan terjun.


Akak, selalunya burung buat sarang tinggi atas pokok kan? Yg buat kitorang excited sbb siburung buat sarang depan mata pada paras dada.


Fa, top 5 memang sedap bunyinya macam 'Fa..fai..faiv'. 26/4 is my wed eniberseri2.


Asilah, gigil2 si Ayang n si Anjer bila bergerak. Kiut sangat. I pernah tengok org give birth on tv. Memang scary..


Mama, timakasih. Tak sangka dah berdekad2 tapi rasa cam smlm aje, uhuk2 (batuk gatal). Your mum dah 100 days? Kejap aje masa berlalu. AlFatihah untuknya.


Ja, timakasih.
Kawan2 yg pernah bertahta dihati, tak mudah kita lupakan.. Azieda, QJ and Ain.
You geli tengok anak burung yg tak berbaju tu eh? hehehe.. Kalaulah dlm sangkar tu ialah anak tikus ke, anak beruang panda ke, jgn harap I datang dekat tapi tak taulah, I rasa OK aje dgn dak Ayang n Anjer tu :-)