Monday, 26 April 2010

Wish you were here ...

Google: toonpool.com

Dear Ehem ...

Rasa cam smlm aje kita bersanding pakai sepersalinan rona pink panther. Camana you boleh setuju pakai rona pink sedangkan you kan rock? Nasib baik juga you tak buat hal tarik2 rambut retaliate tang rona baju tu. I think pink-pink semua tu influence dari Ndja kot? I pun tak berapa ingat tapi ada kita kisah blaming Ndja for that? Har3, janji kita dah naik pelamin, kaan? But I can't deny, Ndjalah pencetus ilham, penguat semangat dan macam2 lagi.
.
Soalan lewat beberapa dekad .. Apa you rasa masa duk atas pelamin tu? Gugup ke syok sementelah you memang menanti2kan saat tu? Hehe, guwau jer. Like me, I tau you pun tak gemar nak bersanding tapi dah kita nih memang jenis patuh (kekdahnya) maka bersandinglah kita. Kalaulah bersanding tu mmg kehendak Mak you, tentunya dia rasa puas hati dapat tengok kita duduk sedondon atas pelamin. Kalaulah kita engkar, memanglah rasa ralat dan menyesal seumur hidup kita kan Ling?.
.
Dah lama I nak tanya you samting. Nape you kurang nak senyom masa duk atas pelamin tu? Nak maintain macho or you perasan senyuman you kurang manis dlm keadaan tertekan? Tu juga sebabnya I tak sker nak prem gambar kawin kita. On the other hand bagus gak you serius2 cam tu, serius dlm senyuman (so that owang tak kata "komain kerang busuk lagi dia mentang2 dapat bini cute, comel, sopan lagi santun)".
.
I masih simpan baju bersanding kita. I think I better take a look ntah2 dah berlubang dikernaikan dek ulat baju. Kalau masih elok bolehlah T pakai buat bergambar. I boleh agak her reaction. T sure menjerit terpekik terlolong bila dia tak muat pakai baju tu. Ripley's Believe it or not .. alhamdulillah ada gak proof yang seketika dulu I memanglah runcing, lanky, slim, kenit lagi cenonit.
.
Pagi tadi masa I bitau you that my fren dah lose weight dari 70kg ke 55kg, you tanya camana I boleh put on weight? Camana you kata? Alahai you.. Bukan ke masa budak2 membesar I rajin memasak macam2? Dah I masak, takkan I tak makan. Lagi pun dah gene we all cam tu. Kembang mekar sekembang munger Kekwa Cina. Oh well, takkan now I dah gebu maka kurang pulak rasa kecintaan you kat I? mueheheh .. I tau you tak sanggup dengar bila I mula merepek2 cam nih. I tau pada pandangan you I masih seperti dulu, kan? haha .. let us be in denial together, yeayyy!!
.
Camana kita boleh ngam sedangkan banyak perbezaan antara kita? You ular, I monyet. You dacing, I ketam (sepit you kang). You extrovert, I introvert. You suka bubur kacang, I suka pengat. You suka roti keras, I suka yang lembut. You tak suka makan kat tempat posh, tapi I sukaaaaa *sigh*. You pening bila lauk banyak, I plak sukerr (janji bukan I yg masak). You suka electrical gadgets, I suka remote control aje. You suka lauk ringkas, I suka yang meriah, you suka ikan kecik, I suka ikan besau ... tapi bila you suka membaca, I pun sukaaaa (termasuklah suka baca blog orang; gate crash masuk ikut dapur, ikut tingkap dan ikut bumbung).
.
Banyak lagi perbezaan antara kita tapi kita tutup sebelah mata ajelah eh?? Janji you masih setia dengan cinta kita! Hadoiii .. menggeletarr I tulis statement tu taw. Berpeluh jari jemariku. Janji you sayang I dan anak2 lebih sikit dari you sayang kucing2 kat luar sana tu. Janji you bertanggung jawab dan foreva pemurah. Janji you bersabar dengan kerenah kitorang. Janji you harus lebih kuat dari kita bertiga part dalaman tu cos we really need you for the strength. I paham you manusia biasa tapi tulah tu .. I nih cepat goyah, cepat panik, cepat runsing, cepat tu, cepat nih. Semuanya cepat .. cuma satu dua aje yang tak cepat, shhhhh....
.
You ingat tak 2-3 hari lepas I berteriak dari dapur, I tanya "kita ada love letters tak?". Masa tu you tengah baca sokabar. You teruslah senyom simpul2 janggut kambing dan meniup ciuman kat I? Sib baek I tengah masak masa tu, selamat I, heheh. Yaa.. you kata kita mana ada surat cinta tapi kalau I nak, you boleh beri I surat tulis Iluvyou banyak2. Hehe, tak ingin I.
.
Memang kita takde love letters pun tapi kalaulah I nih jenis cintan cintun, mau gak you layan I sesama bercintan, ya tak? Tapikan tapi .. adalah juga dalam surat menyurat kita yang tak seberapa tu, tersisip juga kata2 indah yang I anggap sungguh romantika d'amour.. You ingat tak?
.
Masa you kat KL, I bercuti kat JB sebab jaga Mak I sakit. I tak cuak pun bila posman datang hantar surat dari you. Kalau Bak ada niat nak confiscate surat tu, silakan gua tadak gentarr, kekdahnya. You pun mmg tak tulis kata2 cinta penuh puitis! Dan Bak pun takkan kacau apa juga jenis surat yang I dapat. You nak tau tak apanya yang you tulis buat I romantika d'amour tu? Mesti you dah penat dengar I asyik tanya soalan yang sama dari tadi, wheehehe..
.
Masa I kat JB tu, memanglah I tak boleh lupa satu hal. Sori I melencung kejap. Bila I dapat surat dari you, Ndja pun expected to get hers tapi tak dapat2. Bila ingat2 balik, I rasa nak aje I lempang muka siFolan yang buat Ndja makan hati berulam jantong. Kalau makan rendang hati atau jantung pisang cicah sambal asam, ada makna juga. Ekceli geram I tak habis lagi, sorilah. How dare dia buat Ndja cam tu? Dah jatuh ditimpa tangga, Mak I pulak meninggal masa tu. Imagine Ndja camana? She was there physically but her soul was somewhere out there in the air ..
.
Yes, memang bukan jodoh Ndja dan dia pun dah maafkan siFolan tu. Mungkin cara Allah nak selamatkan Ndja, kita tak tau. Kot2 bila dapat suami dah bergelar jutawan akan lebih menyakitkan hatinya lagi, wallahualam. Apa pun, hajat I nak melempang siFolan tu stays tapi kalau you larang, benarkan I sepit aje dia tu *tooooot*.
.
I nak tulis lebih panjang lagi tapi terpaksa berhenti. Semalam I terlebih kunyah sotong nasi kandar, tetiba gusi I rasa denyut2 pulak. Now I kenot konsentret meluahkan isi hati. I sambung tahun depan ajelah heh? Insyaallah umur kita panjang dah tentu I akan kacau you lagi... kacau dalam persuratan bukan kacau fi zi kal li okay? Ishhh you nihhh.. malu kat bebudak taw ;-)
.
Since you dah lupa apa you tulis yang buat I gila bayang terkesima, now I bitau you. Ekceli takde apa pun, you jangan perahsantan lebih2 tau, you cuma tulis "wish you were here", simple and sweet. Auwww.. memang sweet!
.
happy anniversary to us

19 comments:

mr & mrs CW said...

Happy anniversary to Cik Li & Cik Som..moga kekal bahagia ke akhir hayat dan kekal anggun sentiasa :)

saya yang suka menulis - SHAHIRA - said...

happy anniversary cik som..ini adalah entry terchomel tersweet ever...i senyum sampai tersimpul simpul dah molot seksi i nih..ni sedang berusaha nak merongkaikan simpolan...

muah1 congrats to ciksom n hubby..

lili said...

Aahhhh....so sweet CS! You deserved all the happiness there is for you and your man. Just bear in mind, that when you love someone, and he loves you too, you'll never grow old.

All the very best and Happy Anniversary!

aintsuperwoman said...

Som,
teringat lagu ni,

aku sukaaa jaipok..kau suka disco
ohh...ohh...
aku sukaaa singkong, kau suka keju!
ahh...ahh...

hehehe...anyway, happy anniversary to both of you!

Semoga diberkati Allah sentiasa.

kakcikseroja said...

Happy Anniversary to both of you.. :)

Ibu n Abah said...

kak som,
cantiknya surat cinta u... sedap i kongsi baca... thank you share dengan we all semua...
u tau.. i seram sejuk jugak nak baca surat chenta u.. terasa macam 'private' sesangat.. i terasa macam i curi2 baca dari u...
apapun terima kaseh kerana berkongsi dengan kami.
Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan hari ini....semuga dipanjangkan jodoh, dirahmati dan dimurahkan rezeki.
Masa i punya anibeseri tahun lepas kan... suami i lupa nama i...?@#$$%^^&**&^%$#@! sedihnya... TB dapat surat chenta lagi.... jelezzzz i you....

Naz said...

Happy Anniversary Florence and Partner.
I had to read this post 2 kali sebab some of the points were gone due to laughing! :D

somuffins said...

Salam semua .. Terima kasih diucapkan. Kata2 manis dan doa semua tu, buat I terasa lebih bersemangat (ekceli nak kata 'rasa lebih muda', hehe).

CW n Fify, part anggun tu dah lama pencen. CW, jaga Fify baik2 jgn beri dia angkat 1 jari pun, ok? Kalau tak, siap you I piat tinger!


Shahira, senyoman dari bibir sexy mu dah dirongkai dgn jayanya lum? Bahahahaa..


lili, tak mungkin tak grow old tapi biarlah grow old gracefully, khan??


Fa, betullah tu. Dia mmg tak suka keju tapi dia suka singkong. Singkong tu sengkuang ke? ;-)


KakCik, timakasih. Diharap you sihat walafiat. Masih cuti ke?


Akak, tu bukan surat chenta I. Yg ditulis tu saja nak lepaskan perasaan untuk bekalan dan kenangan anak cucu, kekdahnya.

somuffins said...

Naz.. timakasih. Florence nak goyang kaki tengok cucu2 main kucing nama Lulu, heheh.

azieazah said...

Memang berbaloi baca panjang-panjang.. macam balas surat chenta zaman dolu-dolu...

perhhhh...! syahdu.

azieazah said...

Ops! Happy Anniversary buat FA dan pasangan...

Moga jodoh berkekalan.

somuffins said...

Azieazah, timakasih tapi I bukan FA taw, I, I .. I bukan FA.

You mesti balik dari ziarah blog FA kan? BTW, FA dan Fa berlainan orang. Haa.. mana satu Azie?

aintsuperwoman said...

koh koh koh...siapa sebut2 nama I nih??

From Far Far Away dok tedengaq org panggei2 nama I...hahahaha....

azie tersasul ye? (baru lepas kena cium tu!!!!!)

kak ja said...

I naik ketapi semlm, nak ke USJ tp terlajak ke Norway.. Jumpa kazen I si Aspalela tu, kami bersembang sakan, itu yg I baru balik sini..

Hepi eniberseri, Kandaku!! Sgt terhibur baca surat chenta terbukak tp tak terdedah ni.. Tpkan tapi, dinda sgt cuak dgn ayat ini..

"Semuanya cepat .. cuma satu dua aje yang tak cepat, shhhhh...."

Kenapakah kanda suka bebenor menggodek2 mengusik2 daya imaginasi dinda yg tersgt wild ni?

acciaccatura said...

Happy Anniversary Som!!

azieazah said...

Ampunnnn! Sori Berloriiiii...!

Kak SOM... Maaf. Memang tak sengaja.

Sejujurnya, saya rasa cara penulisan Kak Som macam nak sama mcm gaya FA...

tu yg selalu konpius. > alasan orang rabun lagi blur...

Maafkan sayaaaaa!

ehh saya cium saya tadi ha?

azieazah said...

Alahaii.. tengok! salah lagi..

sepatutnya begini:
ehh SAPA cium saya tadi ha?

somuffins said...

Fa, bacalah pendapat Azie tu. Adakah kita kembar siam tak melekat? Ada persamaan diantara kita.


Ja, timakacih. You nak tau apa yg 'tak cepat' ke? hahaha.. Rahsia ok? *bisik* 1. lambat mandi 2. lambat masak. Sama tak dengan imaginasi dinda yang wild itew? har3, mesti taak.. hehe.


Eleena, 'chirpy chirpy cheep cheep' = timakacih


Azieazah, hehehe.. no problem. Kitorang mmg kembar tapi tak sepusat sepusing ;-)

Aida Rezuan said...

CS,

Happy Anniversary! -> edisi terlewat nih!