Friday, 30 April 2010

Bubur, biskut dan patong ...

Bila perlu, kami bertiga akan ke orthodontik/klinik doktor gigi yang sama manakala TB ke klinik lain. Masing2 seolah2 taat pada yang 'satu'. Berjumpa doktor gigi serupa juga seperti nak ke tailor buat baju, mesti ade kepercayaan dan keyakinan untuk nikmati keselesaan.

Duduk di KL tapi sanggup hantar baju ke Alor Setar atau ke Melaka sebab dah selesa dengan showworkmanship tailor tersebut. Harga sepasang baju kurung atau baju kebaya comparatively murah berbanding di KL. Keselesaan melebihi segala w'pun terpaksa bayar tol dan tuang minyak lebih.

Tu juga sebabnya ada orang dah lama menetap di KL masih beli kicap cap A1 di JB balik kekampong halaman atau ketempat yang pernah dia 'jelajah' semata2 yakin citarasanya ada disana ...

My breakfast pagi nih. Leftover bubur semalam. I masak beras 1 pot cenonet tapi hasilnya sungguh lumayan. Bubur nih I bubuh carrot, kentang, celery, lada hitam, stok ayam dan udang kering yang tak dihancurkan. Bubur tu disedapkan lagi dengan simbahan kuah lemak kacang panjang dan kuah kari sesudu dua.

Kalau dicampurkan daun selasih, rasa dan baunya.. whaaahh.. malas nak cakap tapi nak cakap juga .. pasti harum seakan2 bau bubur lambuk.
<
Mana cukup dengan bubur semangkok aje, ya tak? Maka perlulah ditambah kalorinya dengan celup2kan biskut (yang kat atas tu) dalam air neskefe. Celup lama sikit biar kembang supaya I tak perlu kunyah. Ngap, hempap2 dgn lidah terus telan. Ja dengan Akak punya influence cicah2 biskut dah menular kat kita. Acihhh...
<
Petang semalam anak dara CikSom dengan kawan2nya ke Pyramid Mesir hanya untuk makan. Komain lagi, dari SA .. jauh tu! Setiba dikolej dia buat video call saja nak tunjuk patong2 tu "Mi suka yang mana?". YaAllah budak nih pun, pilih ajelah haiii.. Soal negara family Umi dah penat pikirkan, janganlah ditambah dengan satu lagi masalah, T oiii!! (heheh, berdrama seketika).

Dia suka patong yang hidong bulat tapi I suka yang lagi satu. As usual, kita berdua memang berlainan citarasa tapi dia tetap nak tanya. Apakah maknanya tu? Nak manja ke? I thot hal memilih 'mana satu idaman kalbu' dah selesai, rupa2nya masih berbelah bagi. Dah tengah malam, dia hantar mms gambar patong2 tu lagi. Masih kenot decide. Boleh pulak dia kata kat kita "Mi.. susahnya nak pilih.. belum lagi nak pilih *lucky*"<- tukar sket ejaannya ;-)

Oleh kerana setiap room mate dah beli patong tu, mungkin malam tadi diorang tidor dengan nyenyak bertemankan patong; atau tak tidor langsong sementelah masa untuk mengulang kaji dah dihabiskan dengan membelek patong. Hmmm.. pepagi Jemahat ada exam. Belajar tak??

I tak pernah belikan T sebarang patong atau patong bear. Segala yang dia ada semuanya orang hadiahkan. Ndja tu .. bila dia geram dgn model baru Barbie doll, dia akan beli satu untuk diri sendiwi dan satu untuk T. Alhamdulillah sejak T meningkat dewasa, Ndja seolah2 dah bertobat, hehe.

10 comments:

kakcikseroja said...

Masih makan bubur ya CS?.. tak pe .. esok2 mesti dah boleh mamah tulang ikan yu.. :)

azieazah said...

Amboiii.. bubur yang sungguh menggoda kalbu. Belum lagi sukma digodanyaa...

Patong tu, lawo nyerr.. Pink karerrrr... Nape tak soh beli jer dua-dua? Puas hati..

tapi jangan guna idea ni semasa nak pilih “lucky” nanti...

somuffins said...

Salam semua ..

KakCik, mamah tulang ikan yu ka? Waah.. duduk bersilang panggung I nanti. Terpaksa makan bubur sebab gum masih memar..


Azieazah, kekdahnya duit mereka terhad gitu. Harga satu patong RM30; buy 1 free 1. Tulah diorang beli pakat2.

aintsuperwoman said...

Betul, Som, Kita kalau nak beli kasut kena gi Kuantan. Kat sini tak de. :)

Ibu n Abah said...

kak som...
i adalah orang ter'last'..ter'lambat'...
u tau.. i balik tadi.. terus makan nasi tomato..(blm muak lagi) lepas makan terus pergi kedai buku.. lepas tu.. kena singgah beli makanan kucing, arnab dan ikan.... itulah pasai i lambat... (u tanya ker????) tapi i tau.. u mesti kisah...
ok... semuga gusi u dah kuat sikit nak menggiiggit..

somuffins said...

Fa, resam manusia yang pernah 'berhijrah' macam tu kot? I pun cam tu dulu tapi tak laratlah nak travel jejauh..


Akak, memang I kisah. Tertanya2 juga kenapa you lambat ziarah Im rupa2 you beezee as a bee.
Gusi masih denyut2 ..

Mama said...

DC... terasa pulak bila U komen... I duduk Sban tailor I kat Serdang... dah 20 thn lebih....demi keselesaan

somuffins said...

Mama, janganlah terasa sebab perbuatan sebegitu adalah fenomena global, hehe. Semua orang buat cenggitu. My sis @ your fwen kat Sban tu, apa kurangnya. Duk Sban tailornya ada kat PJ/Melaka. Baru tailor aje tu :-)

Oh ya, lupa nak confirm. New shopping mall Empire mmg dekat benar dgn SubPred. Bila you balik Msia nanti, kita senggol2an dgn DN sekali. Insyaallah. Banyak tempat makan, I like.

ceriaWAN said...

err.. T blom ada 'lucky' lagi ker?? hehehe..
Eniwei.. kalau ikutkn kali terakhir cw jumpa cs, saiz nya kalau dari belakang tu mmg anak dara lagi getah lagi laa..(ini pujian ni..) Tapi lepas lama tak jumpa dan asik dok citer pasal makan..makan..makan.. dan makan jer.. agak-agaknya camne la ek??????

somuffins said...

ceriaWAN ..

Ishh.. dosa taw memandang orang pempuan dari belakang! Niway, keadaan sekarang dah seperti BARREL MINYAK DARI IRAQ.