Monday 19 April 2010

Hari nih ...

..... takde Monday blues tapi mood sejajar dengan ledakan gunung berapi kat Iceland tu cumanya I cuba maintain sedaya upaya agar ledakan dari gunung berapi versi CikSom remains dormant.

Al-kisah... (tetiba tukar mood) Iceland adalah sebahagian dari negara Scandinavia dimana penduduknya ramai berasal dari Norway (tepatkah fakta nih wahai Miss Lulu?). Bangsa Iceland dipanggil Icelanders. Mereka guna bahasa Icelandic but since Scandinavia terdiri dari beberapa buah negara maka mereka guna berbagai bahasa - English, Norwegian, German, French, German dan Swedish <- Kenapa I type 'German' 2 kali? Yaaa, memang sengaja tinggalkan 'Danish' sebab I masih dendam kesumat dengan Danish yang sorang tu. Ehh, make it 2lah, his wife as well. Having said that, tak pulak I tak suka Danish pastries sebab ia adalah 2 perkara berbeza, khan? :-)

I agak, orang2 Iceland semuanya mesti terer bab eja mengeja. Senang ke - w'pun tak mustahil - nak ingat ejaan cam nih -> Eyjafjallajokull. Ey-jaf-jalla-jo-kull. Bab nak menyebut dan maknanya maybe Miss Lulu of Norway boleh tolong. "Tanpa charges ok? tq" .


Soon selepas subuh, in fact ayam jantan lum puas berkokok lagi, I dah memproduktifkan diri. Apa hal dengan kipas2 nih ehh? Lagi ligat dia berpusing, lagi banyak habuk dia sapu. Mulanya nak vacuum aje kipas berdiri tu tapi tak boleh jadi, terpaksa buraikan juga. Let's have a good scrub, kekdahnya! Sebiji lagi kipas berdiri baru jer dihantar repair sebab dah terbatuk2. Fuh! nasib baik.

Done with that standing fan, I vacuum ceiling fan pulak. Yang nih seksa sket; kalau Santi ada, dia sure panjat tangga dan terus lap. I tak yakin tangga tu sanggup menampung sesuatu yang beratnya OMG berkilo2 *uhuk2* maka I ambik jalan selamat, guna vacuum aje. Sengal babe leher jinjang I nih duk mendongak tadi. Kalau lebih seminit dua mendongak, peluang untuk genjatan kuali dan periuk memang sah terbuka luas *scheming*.


Ishh, ishh, ishhh I vangga okay? Just b4 8am, dengan segala kerajinan dan kegigihan, sepinggan pancake siap dimasak. Sebenarnya taklah rajin mana tapi kesian kat T; tu untuk alas perutnya sebelum I hantar dia balik ke SA. Budak tu plak komain .. dia tanya ada honey tak? I kata dah habis. Mulalah dia whining .. tak suka makan pancake dengan 'phutter' n jem tapi kalau ada maple sirap best juga. Yalah, nanti Umi tanam pokok maple belakang rumah siap install kepala paip sekali, ok sayang gunung payung intan berlian Umi? <- heheh, tak cakap cam tu pun. End up dia makan pancake bujang aje.

Gebunya tangan!

Saja nak tayang kecederaan tapi bukan nak menagih simpati k? Belum sempat kulit tu kering, I dah mula menggaru walhal rasa gatal bukan dari luka tu pun. Alamak!! sure berbekas nanti, cacatlah I cam nih. :-)


Bila I merayap kat blog Inahar, terkesimalah pulak dengan lauk ayam yang dia masak. Tengok pada ramuannya alahai ez pz .. kejam mata pun boleh buat *riak*. Dia pun kata mudah so takdelah I riak, kan? Gambar lauk yang beliau tampal sungguh menyelerakan, tapi apsal I punya kureng?? OK, I mengaku I dah berlaku curang sebab tak guna kicap pekat but taste wise, bolehlah dipuji (masakan I itew). Masakan nih tak guna bawang pawang pun; atau I terlepas pandang?

Since TB tak suka ayam masak kicap, I kenalah bitau dia serba sikit tentang masakan tu. Yang penting dia mesti tau tu bukan ayam masak kicap per se w'pun guna kicap. Nama lauk ialah Ayam ala Kassim (Selamat? Masdor?); repeat .. a..yam.. a..la..kas..simm!

Coincidentally I pernah masak mee Pak Kassim dan pernah uar2kan dalam Al-Kisah. Siapa tak ingat?? Ehh, ramai yang tak ingat rupanya.. huhuhu .. nak nangishlah (I takde peminat setia rupanya, huaaaa)..

9 comments:

FaAtip said...

ooopppsss...tak sempat baca lagi, tapi nak duduk kat no. 1!!!! heheheh...

(okay, baru nak baca sat no!)

FaAtip said...

Waa..subuh2 dah kena belajar Sejarah Iceland...hehehe. Apasal tekak I takleh masuk dgn pancake, huh?

Ibu n Abah said...

KS,
orang sinun tu, macam tu cara nak berebut tempat nombor satu... antar komen kosong dulu. C H E A T I N G... Foul... Fa.. U foul...
Pagi2 kita belajar sejarah.. matapelajaran pertama...
masak tak pakai bawang? Ain dan Zahrah sure seronok masakan ni.. nanti i nak tiru lah..
pancakes pun tak berapa nak masuk mulut i.. kalau bersambal.. segala... harus juga...

FaAtip said...

amboiii...foul segala....hehehehe....tempat no satu tu baru intro je. (sambil goyang2 jari telunjuk ke kiri dan ke kanan dengan kening yang diangkat2 secara kecil kecilan) hahaha....

Kakcik Seroja said...

Salam CS...

puas kakcik tenung2 gambar tangan you yang gebu tu.. sahlah kakcik dah rabun.. berkali2 tengok, baru nampak.. ingatkan pancake yang dipegang atas tapak tangan! Punyalah gebu tangan you.. :)

CS said...

Salam semua ..

Fa, I nak bitau your students that they have a very noty teacher. Pankek tu? Sekali sekala makan dgn jam n butter or honey n aiskrim memang mengasyikkan, slrrrowyhh..


Akak, owang perancis panggil lempeng crepes kan? so sekali sekala nak gak jadi mademoiselle, heheh. Lauk ayam tu, memanglah I nih andeh, dehahahaharr...


KakCik, harapkan gebu aje tangan tu tapi masih kekok pegang sudip, ahaks.

kak ja said...

AY-yah-fyah-lah-YOH-kuul.. Hasil siasatan I, gitulah cara depa sebut..

Sampai ati TB mendera tangan gebu iTTew.. Dia pakai iron cap apa, CS? National? Sharp? Phillips? Black n Decker? Manyak kijam!! Tamau wawan aahh dgn TB.. (apa kes plak nih? hehehe..)

PatinPasta said...

CS,

Rajin sungguh sampai kipas pon dicuci abes ye?

* Kipas sy mmg tak penah dicuci sampai tekan no 3 pon mcm angin sepoi2 bahsa jek (tp bila Mak enterframe, paksa rela la cuci)

CS said...

Ja, timakasih. I terpesona dgn hasil siasatan you :-) I think dah sampai masanya I fone you. Nak benar dengar camana bunyinya thebutan AY-yah-fyah-lah-YOH-kuul..

TB mendera I selembut cotton candy, auwww.. (sila bayangkan yg indah2 aje taw).


Aida, bukanlah rajin sangat tapi bila mood sudah mari, kereta kebal pun tak dapat menahan semangat yg sedang bergelora, rah3.