Friday, 9 April 2010

Ubi vs durian .. (apa2lah kan?)

Semacam punya tension bila tengok plastik tu kat hujung dapur. Dah 2-3 hari dia bermastautin kat situ ...


Dalam plastik tu ada beberapa kilo ubi kayu dibawa balik dari ofis. W'pun ofis dia ada kena mengena dengan copper, tak pastilah pulak kenapa dia tak bawak balik ubi copper, haha .. lawak dipagi Jemahat ;-)

I dah game nak hantar seplastik ke rumah Teh, misi 'cuci tangan' kekdahnya. Kalau ubi kayu tu kesana, tentu meriah jadinya. Sure ada ubi goreng, pengat, lepat dan wangi2 mesti ada bingka ubi yang guna solely and whole-heartedly gula Melaka. I sker bingka ubi rona gelap gulita, tak sker rona kuning2 tu. Bila makan kek, I sker bahgian tengah sebab lembut whereas untuk segala jenis bingka, I sker bahgian tepi loyang .. garing2 liut ..

Sebaik aje misi cuci tangan dirancang, macam tau2 aje dia baca hati kita "bila you nak rebus ubi tu?". Aduh! I ke yang kena buat? Alaaa... "you tak tau ke I geli nak pegang ubi?". Sambil mengadap sokabar dan seketika menoleh kearah I "tak tau ... kenapa?". Ehh, apsal dia tak tau pulak? Bukankah tiada rahsia diantara kita? Har3 .. ATAU memang I tak pernah bitau dia bahawasanya I geli nak pegang 'hasil tanah' with my bare hands. Mengada2 aje kan? But that's a fact!

Yalah, memang I tak pernah bitau dia pun! Boleh dikira berapa kali I beli ubi kayu sepanjang hayat berumah tangga. No doubt banyak kali dah I beli hasil tanah yang bulat2 ditanam dalam tanah eg kentang, keladi, sengkuang dan keledek. Bila perlu I beli benda2 tu, if only people notice how I cringe masa memilih benda2 tu semua .. pilih tu pun guna 2 atau 3 jari aje pastu carik air.

Masa I kecik2 dulu, kerja dapur yang tidak dalam carta teratas ialah 'pilih beras'. Well, it was more buang padi, buang kutu atau apa yang bukan bersifat beras .. tapi bila terserempak dengan ulat .. whuhuhuh, menciii!!! Mak used to say "bila kawin nanti cam mana?". Masa kecik2 cam tu, mana sker dengar bab2 kawin, kan? So, sianak yang kian bijak menjawab "kita suruhlah dia buat". Tulah Mak, anak Mak 'bijak menjawab' sebab tiap pagi Mak paksa kasi makan telur setengah masak, kekaot dan PAKSA minum ovaltine, yuukkhh!

Setiap soalan harus ada jawapan. Berbalik pada soklan TB tadi "tak tau .. kenapa?". Dengan ikhlas dan jujur (mengharapkan simpati) I pun kata "sebab I geli dengan tikus .. rupa ubi tu hitam2lah". Kata2 simpati yang diharapkan tapikan tapi ...


Mau ke TB offer his kudrat? Heheh .. no way jose sebab dia tau I beri alasan aje tu (sumpah tak), dia tau I kuat semangat (memanglah but..), dia tau I boleh diharap (lain hal yes but not this) dan dia tau I boleh kendalikan sendiri (lupalah tu or tak percaya that I have 20% OCD).

TB will happily offer his kudrat bab kopek mengopek durian sebab dia tau I ngada2 nak manja, saja bitau dia 'Bak I takde kebun durian' maknanya I memang tak didedahkan dengan skill mengopek. Lagi pun mana ada mak ayah yang sanggup tengok anak dia cedera terkena durian yang memang sah berduwi2 tu, kan? Let alone membenarkan anak manja dia pegang parang, kapak, atau pisau hanya nak makan durian kucing yang sedang tidor (cam kat atas tu).

Alaaaaaahaaai, masa tengah sedap menaip nihlah dia confirm nak balik rumah. Siapa lagi yang suka balik rumah setiap hujung minggu? Mestilah Puteri Hang Za Li, isssh budak tu. I belum mandi lagi dan dia macam tau2 aje "Umi pakailah lawa2 sikit ehhh? Karang nak singgah SACC Mall nak beli track shoes".

OKlah .. nak mandi air hujan kejap (w'pun diluar tu panas teriq), tapiiiiiiiiiiiii, nih yang malas nih .. kena gosok baju, kena gosok tudung dulu... *sigh* Apsal 'bibik' tak gosokkan baju Mem? Nape? Malas ehh?

13 comments:

Ibu n Abah said...

kak som,
wow... i suker baca entry ni...
mood i boring td dah tersenyum semula...
thank you...
"bibik ! tolong gosok baju mem...."
i tolong u jewitkan kat bibik sebab u patut berkarya jer....
pengajaran entry u hari ni..
i kena 4/4 anak dara i, cabut ubi jiran biar nanti depa kawin tak geli nak handle ubi....

Ibu n Abah said...

kak som,
lepas rebus ubi, makan dgn sambal ikan masing....
kahar cukup suka...
masa kami duduk penang, kami cari ubi sampai balik pulau.....

acciaccatura said...

salam Som,
Waah, akak sebenaqnya tersenyum sebab dia dapt nombol satu dan nombol dua. Tapi ni sudah cukup baguih untuk I, kalu tidak i terlepaih top ten.
Teloq stengah masak memang everyday sini, maka semoga anak-anak pandai jawab jugaklah macam you. Jawab kertaih periksa lah Som.
Sorry Som, daripada durian lebih baik ubi utk I Som. Jadi seblom lektok (pinjam dari Akak's Aisyah)
berbau Som, I balik dulu nooo! :)

aintsuperwoman said...

eee..sapa tak suka durian tu? meh sini i nak habaq.

cik som, i pun suka `cuci tangan'. contohnya beli ayam sekor, tapi dapat `gulai kari ayam'. 1/2 ekor pun tak pe, sbb 1/2 lagi dah bagi kat yang masak tu.

haa jangan nak bagi alasan geli nak pegang ubi ye...sarung tangan belambak jual kat supermarket!! hahaha....

somuffins said...

Akak, tersangatlah wajar mengexposekan dara2 Akak mencabut ubi jiran sebelah, haha. Kalau ada keledek, keladi, sengkuang dan kacang tanah, ayuh apa lagi? ;-)
I suka makan ubi tapi I tak suka pegang ubi yg masih kotor dengan tanah.


Eleena, you tak sker dherian ke? hehe.. percuma hidup mu (statement my bro suka sangat guna setiap kali perli kitorang). Anyway, you wont go as far as no. 10 cos my viewers hardly touch that number.


Fa, cuci tangan penuh etika ie win win situation. Kita antar ubi, kita dapat kueh. You antar ayam, then you dapat rendang. Sewonok kan? ;-)

Sarung tangan mmg berlambak tapikan tapi perlulah u bayangkan keadaan orang yg geli dgn tikus. Bukannya tikus meluru kejar dia tapi sedar2 dia dah berada atas meja (kekdahnya gitulah keadaan I).

kakcikseroja said...

sedapnya durian.. :)

somuffins said...

KakCik, harap you dah sihat dan ceria seperti biasa.

Jom kita share makan durian tu?

aintsuperwoman said...

wah, kalo dah mcm gitu kekdahnya, parah tu. Mmmmm...what can be done, huh! That ubi kena diselamatkan dgn kadar yg segera tuu...hehehe

azieazah said...

Baca entri ni rasa macam nak nangis.. Adoiii.. kesian sungguh laaa...

harharhar..

Mama said...

KZ nak menyampuk... nak cukupkan 10.. mmg kelakar you geli dgn ubi kayu... first time dengar... so apa jd dgn ubi tu?.... meh bwk sini cepat KZ buat rebuskan utk Bang Li

somuffins said...

Fa, tolonglah selamatkan UBI tu dgn seberapa segera. Pls panggil SWAT team sbb depa dah biasa selamatkan ubi uban tu semua, haha.


Azie, entry Al-Kisah kali nih mcm program BersamaMu kan? Kesian ek? I pun turut bersedih ;-)


KZ, welcome to my rambling konar. I geli kat ubi kayu yg kotor hitam dgn tanah tapi kalau dah bersih, I can close one eye, hehe.
Apa jadi dgn ubi tu? Hehehe .. nantikan kisah seterusnya disini.. disini.. disini..

p/s: thanks for the offer nak rebuskan ubi ntuk Bang Li. Dia sure rasa touched

kak ja said...

Baru mkn teloq setgh masak, kekaot n minum ovaltine, dah pandai menjawab.. blom lagi dijamu dgn kismis 21 bijik sehari!!

*kalau I tekan punat tu ttp gak tak terpublish, I nak lari pi BBBB..

somuffins said...

Ja, kihkihkih...kuhkuhkuh ...

Ekceli kan kan kan ... *whisper* Mak I dah bubuh kismis dalam kekaot tu taw ;-)

Of coz time tu I tak minat kismis, so I kuis2 ketepi jer NAMUN kita juga boleh 'bijak menjawab' hasil telanan-tak-sengaja jus kismis terthebut ...