Oh yaa.. mesti coretkan for the record. Masa masing2 sedang bersiap2 nak kerumah Ngah, D menyuarakan beberapa soklan. I tau niatnya, maklum I kan Uminya? tapikan tapi belum sempat I pakat dgn TB, D dah ngorak selangkah. Sukalah dia tu dapat drive keta berkonvoi dgn TB. Tak ke gatal namanya tu? I dah kata "apa salahnya pergi sama2". Yang TB pulak thot D reti jalan kesana, tu sebab dia tak membantah. Sigh...
Seboleh2nya I takmoh masuk dalam list hitam Abg Mat @ suami Ngah kerana tak punctual, no no no! Janji bertolak kul 3.30 ptg tapi biasalah kan? Pukul 4 baru membelah awan dengan D mengekori dari belakang.
I belum pernah drive sendiri ke rumah Ngah sebab madang tak sure routenya. Dlm setahun adalah 2-3 kali kesana dengan TB, so camana nak hafal? Bila kesana dgn Ndja, dia guna route lain, ikut jalan tu dan tu dan tu terus tiba kawasan Sri Hartamas. Sekali lagi dengan soalan yang sama, camana nak hafal?
TB mesti ikut jalan yang biasa dia guna sejak dolu kala. Zaaap, zuup, zoooom.. tau2 dah tiba stadium hoki, bulatan Jln Kucing dan bangunan IKIM. Belok kiri, terus, belok kiri, terussss pastu nampak jalan mati, belok kiri terus lagi sket; sampailah (takat tu memang I hafal tapi jgn ikut route lain.. sengsara wa cakap lu).
Tapi sejak MRR2 wujud (izit MRR2?), dah 2-3 kali juga kita tersasar al-tersesat! Sekali lagi berlaku semasa kitorang beriya2 nak tiba cepat. I thot my sense of direction is bad but when I thot TB should konar baring kekiri, dia terus meluncur tegak kedepan. Menyedari hakikat, I bersuara dengan lembut "you patut belok situ kan"? (sebagai isteri yg memahami, seboleh2 janganlah 'bubuh garam pada lukanya', bahaya beb!). Ahalahahahaiiii <- nangis dlm ati jer, sempat ke nih??
.
Memang tersasar to the max; boleh lalu pasar borong Selayang, juga dah dekat benar dgn Hospital Selayang *sigh*. Kawasan nih tersangat familiar sebab 3 tahun dulu selama 2 minggu kita selalu berulang alik ziarah (aruah) abang kat spital tu.
.
Merata2 jalan sendat cam nak rak maklum orang balik dari opes. TB kononnya nak berF1 whenever necessary tapi member tension aje sbb D punya pasal. Kalau TB laju, takut D terlepas pandang tetiba2 dia sesat ke Ipoh pulak, har3 (best gak, boleh kirim D belikan pau!). Ekceli I pun tension, mata I asyik mandang kecermin sisi just to make sure D tak jauh dari pandangan.
Sebenarnya bila pikir2kan balik, I terlupa D tu dah besar panjang. Takat sesat dalam KL, apa ada hal, khaan?? Makanya, I ought to praise him a bitlah, just as I menggelabah sebab D tak kelihatan dari cermin sisi, tetiba dia muncul boleh potong kereta Abah dia dari sebelah kanan!!! Har3 bertuah punya budak tapi cayalah... kahkahkah kihkihkih (memang tengah gelak nih sebab I terbayangkan Mr Bean drives a Kelisa).
Panjang cerita I ek?? Untuk catatan peribadi memanglah berjela2. Saper2 yg dah penat atau dah bosan membaca, pi rihat dulu minum jus ke, minum kopi Ali Cafe ke. Takper baca sikit2 dulu, petang or malam nanti, you boleh sambung baca. I janji tak prebetkan blog I nih *tersengih ala kerang busuk baru direbus*.
Dipendekkan cerita yang panjang dan akan terus panjang, akhirnya kita berjaya tiba kedestinasi just molek2 tak lewat dan tak cepat. Selesai solat Maghrib, seramai 30 wakil pihak lelaki bergegas ke masjid di Kota D. Ijab kabul diadakan disana selesai solat Isya'.
Tu diaaa.. dengan sekali lafaz aje, maka .. ehem ehem (sukalah tuu?).
Hantaran dari pihak lelaki. Cuba tengok hantaran mana yang paling lawa?? Keknya kah atau sirih junjungnya kah? Hehehee, takyah teka2.. Pandanglah.. lihatlah frame ituu ... Gigih I mencarinya malam2 hari, okay?? Saper plak yang pakai baju hijau tuu?? Abaikan.. sebab dia pemalu macaaaaam, saper ek? heheh.
..... and who are these two 'adik manis'?? Heheh, manis ke? Enter frame pulak dia .. ishhh..
Akan ada part 2 and 3 and 4 untuk coretan peribadi nih. Tungggu k .. tapi kalau tak nak tunggu, watken-aiduu, kaan??
Apa pun, I ucapkan terima kasih pada yang bertanya 'nape I tak bersiaran'. This is for you ..
12 comments:
salam petang jemahat...
bila i pergi taman tun sendiri, i tak tension.. tp bila pergi dgn TL (i guna which one???? TB?TK?TL..) i tension. Jln nak masuk taman tun dari LDP selalu berubah-ubah lebih2 lg kalau u jarang2 kesana....
tension kan bila orang harapkan kita tau direction.. tanya itu ini... kita jadi tak sure... padahal kalau kita yang bawak kereta sorang2, pandai jugaklah kita.. takderlah sampai sesat...
Apapun.. selamat menerima ahli keluarga terbaru..
Siapa 2 adik manis tu?...kakak u Ndja?
i punya word verification - belit.. kenapa? i mushkil....
sesat? hmmmhhh...I dah jenuh sesat kat Kay Ell...
ishh..avatar tu kenapa besor benor? You yang berdiri sebelah pengantin lelaki tu, kan? kan?
Salam malam Jemahat ...
Akak
I menci jalan kat TTDI tu. Sangat mengelirukan lebih2 lagi untuk I yang jarang kesana. Anak sedara menantu duk kat umah MIL dia sebelum terbang ikut suami lusa. Re: gambar tu, nape you kata itu Ndja?
Fa
Tekaan you tak tepat. Cubak lagi.. Gambar tu dikecikkan dgn sendiwinya by the system. Takde pengaruh dari luar; juga tanpa prejudis.
You yang bediri no. 3 dari kiri pengantin pompuan, yang bertudung gelap itewwwww....
Kirim salam kat Ngah... tahniah dpt menantu and dah jadi MIL
Fa
tekaan masih tak tepat. Cuba sekali lagi, kalau masih silap; apa2 yg you teka lps tu, I akan kata betul, gerenti punya betul, heheh.
Mama
Insyaallah. Umm..umm.. best ke jadi MIL?? Perasaan mungkin berbeza bila dpt DIL dan SIL, kan Mama kan??
kak som...
i meneka jer.. kalau betul, betullah.. kalau salah.. salahlah... serkap jarang jer.... hehehehehe
word verification i comerspi.. maknanya comel spy..
Akak
kengkadang serkap punya serkap, jarang atau tak, terkena gak kan?
kejap, i nak tunggu my eldest son balik minggu ni, dia boleh besorkan gambor2 yang kecik. Lepas tu bila dapat tengok gambor dgn sejelas jelasnya, boleh le I gunakan kuasa aura I!!! hahaha...
CS,
Saya dok tersengih baca bab tersesat tuh. Memang gitu, kan? Time nak cepat and dalam mode konvoi la memang akan most probably sesat :D
Salam kak..Lama sya tak jenguk sini, demam teruk minggu ni, baru hari ni ok, rumah dah baru ekk..lawa lak tgk blog kak..
rindu baca akak nya ngomelan..:)
Salam ..
Fa
3rd time cobaan meneka mesti tepat punya wpun you teka I pakai songkok dan berbaju Melayu, hehe.
Aida
Bila dah sesat dan kesuntukan masa, kita yg kat sebelah asyik tekan 'pedal angin' ajelah (konon dpt membantu pecutkan keta).
UmmiSya
Selamat kembali, cewah. Harap you dah sihat walafiat. Ya 'rumah baru'.. I baru jer 'pindah' ;-)
Post a Comment