Tuesday, 13 December 2011

Baulu benjol aka Madeleines ...

Bulan Oktober beli 2 acuan, bulan November dapat lagi 2 (D yang belikan, hehe..) pastu haruslah 'show off' airtangan dari bakat terpendham, kaaaan??

Nak buat baulu versi Perancis nih lecehnya ialah kena simpan adunan beberapa jam atau simpan sehari semalam dalam esbok sebelum dibakar. Ada juga resipi yang membolehkan adunan terus dibakar, no need to wait wait one.

I pulak dah teroverzealous.. paling lama simpan dalam esbok sehari semalam tapi dah terover shot sebab mood tetiba merundum!

So on 17th November terjadilah ia ...


Ciri2 yang perlu ada pada madeleines yang berjaya dibakar (ehem) terbukti pada benjulannya. Omputih sebut 'hump'. Kalau takde 'hump'? Sila 'hampa'kan diri, ekekeke..


Sepatutnya gula halus bak salju tu ditaburkan pada bahagian takde benjulan tapi ada I kisah? ngeh3.. ekceli I nak kaberline jer memandangkan bahagian tanpa benjulan, rupanya tak berapa menjadi. Patut rupanya berjalur2 gemilang serupa cengkerang, sea shells on the sea shore :-)

Bila perasaan tamak dah sampai keubun2 maka syoitan pun menghembus kata2 semangat "buatlah banyak2...kalau tak jadi, buang jer!" .. Somehow, hembusan keji tu menginap seketika kat ubun2 yang masih lembut nih, heheh..


Dah boring makan baulu benjul berketul2 maka "nak buat apa dengan adunan yang lebih nih?". Takmoh kalah dengan hasutan syoitan hence I have to think of something creative. Yess... maka jus kreatif pun menyerlah, dari baulu benjul jadilah ia biskut cornflakes. Yeehaaa ... hahaha (terlebih gelak sebab ............. rahsia!).

Jap lagi nak F1 ke SA untuk menjemput puteri Hang Li Po. Cuti 2 minggu .. I macam dah tau apa plannya selama bercuti nih. Belum apa2 dah bitau lepas jemput dia nanti, nak singgah kat restoran WS nak makan samting.

Bagus ... I pun nak rihatkan periuk belanga kuali hitam I juga.

11 comments:

Noir said...

CS, i believe creativity ada dalam diri setiap insan cuma banyak yang terpendam atau tak realise :)

have a wonderful 2 weeks with the Puteri.

somuffins said...

NOIR
re: creativity, I suppose so too ...
Btw, I silap typed. 3 wks bukan 2wks..

Mira Marlena said...

Psst...Cik Som,
Mana CS beli pan tu?Yang bersalut cornflakes tu camana rasanya?Garing and lembut at the same time ke?

somuffins said...

MIRA
Acuan tu I beli @Daiso Sunway Pyramid. It costs RM5 each. Yang bersalut c'flakes tu kalau buat comel2 maka garinglah dia tapi I terbuat tak berapa comel so rasa biskut tu a bit 'cakey'.

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Salam..
Cs, rajin jugak you.. buat madelines tu kira ok la.
Hve a good 3 weeks hols with your Hang Li Po. Nex week start la my doter bercuti pulak..now tengah exam.

somuffins said...

ARTLOVER
Salam.. Bukan rajin sangat tapi lebih pada curious; nak tau apa rasa n texturenya. My doter tengah berjimba dgn kawan2 skrng nih maklum exam is over. Good luck to your doter..

cahya indah said...

ohh auntie..nak pindah rumah auntie la macam ni. selalu ada yummy treats.

somuffins said...

CAHYA
...kena jadi menantu I dulu baru boleh pindah duduk rumah I, hehe...

Rima said...

CS
Jadi jadi jadi.. congrats! ku suka yg buncit buncit.. wonder how that sekut taste like.. hmm

Hv a good rest! i need it badly lah

Yat Maria said...

Cik Som

that's a wonderful mads...siap buncit2 lagi! and that biskot too!wayyyyy to go CS..kalo ai ke PJ or is it SA? bule lah u bungkuskan ai...the mads arr, not me :)

somuffins said...

RIMA
Mekasih.. kek yg simple mimple, bolehlah I buat, tu pun tak pasti camana rasanya, hehe.. Sekut tu oklah juga rasanya (alhamdulillah takde pembaziran). Have a nice holiday in kay ell..



YAT
Mekasih.. curiousity kills the cat in me, hehe. Dah buat sekali tu, jadilah. Jom kita tukar suka sama suka. I want your cupcake yang ada kepak tu..