Wednesday, 21 December 2011

3 stooges berpoya2 ...

Kakak dari Sban masih tak puas berjalan pada hari Sabtu so hari Senin dia ajak keluar lagi. Kali nih kita keluar bertiga terus ke d'Curve. T tak nak ikut sebab katanya 'kalau keluar mesti balik lambat', hehe..

Bagus gak dia tak ikut sebab sesi perbualan kita tiga beradik tak terbatas dan tak perlu ditapis2 (boleh bercerita hal2 sensitip n sensentap yang tak patut didengar atau diketahui oleh budak2 bawah umur).

Tujuan keluar tu semata2 untuk makan tapi bila masuk Living Qtrs, tak dapat tidak terpaksa juga beli, hehe.. Nak cari tempat makan pun satu hal juga sebab semua tempat makan kat situ nampak macam beshhh jer. Memang spoilt for choice!

Cari punya cari, terpandang plak si Chomey nih. The 3 stooges sehati sejiwa setuju makan kat sini ...


Restoran yang baru dibuka tak sampai setahun.


Hangatkan selera dulu dengan finger food @ sardine rolls. Kunyah sambil senyum2 simpul tanda puas hati sebab todap! *sepatah kata Aida*


Teh & Ndja each had a plate of nasi kerabu. In fact the nasi kerabu here is much better than that @Delicious. Everything from solok lada, serunding kelapa, keropok n ayam percik are nothing but marvellous. Of course part budu tu was not touched at all by Teh n Ndja :-)


... and I had laksam. Wpun rupanya kurang menyerlah tapi rasanya ohh me ohh my! Takde rasa hanyir ikan langsung. Sila oder kalau kesana, okay??

Dah kenyang sesangat namun mana boleh tak oder pembasuh mulut, tak gitu u'olls?? So kita oder secara hemah .. cukuplah 2 jenis aje, lompat tikam dan puding raja. Verdict: Nikmat! Segalanya cukup baik manisnya, lemaknya, pekatnya dan teksturnya ...

Sebelum berundur diri dengan perut memasing terasa OMG tegang, sempat jugalah kita beramah mesra dengan tuan punya kedai yang kelihatan so anggun (pekerjanya siang2 lagi dah soksek dengan kita yang bossnya tu ialah mak sedara to the present Sultan).



Sempat bercamwhoring jugak dia nih ek?? Hehe.. dia tumpang semangkok menceriakan diri, biarkanlah. Penat jer diorang mendeko bagai sempena hari Natal, kesian taw kalau takde siapa appreciate their artistic work. Tul tak?

Jingle bells jingle bells, jingle all the way ... oh what fun it is to ride in a one horse open sleigh. Lagu nih memang mengimbau my childhood dream - memang terasa2 nak naik sleigh yang boleh terbang. Sekarang nih impian tu masih ada sakibakinya tapi mana nak carik sleigh yang boleh terbang?

Haippp!!! Sape kata I berat? I masih feather weight kalau nak dibandingkan dengan SantaKlos okay??

30 comments:

Noir said...

waahh CS enjoy terus gitu. btw do you know of any software to see through that hati image?

mrs plain-june said...

oh my oh my.. empangan airliurku hampir pecah nengok gambar nasik kerabu + laksam itu! dlm curve ek? nk kena g cariklah :D

cahya indah said...

dah lama tak makan nasi kerabu yang sedap, auntie. jealous..hehe

Sizuka said...

Cs!! Rindu tak kat i? Heheh.. Soalan mengadakan? I tgk sardine rolls tu, terus terbuka hati utk membuat sardine roll ptg ni. Err.. Maybe buat dlm mimpi dulu sampai la i balik kl. I am still in trg :(

blu4sky said...

ewah CS, bkn main berfoya-foya..hahaha

Mira Marlena said...

Vavava..hebat sekali CS berfoya-foyaan eh? Besok kita pun nak jenjalan jugak tau!Tapi tak taulah dapat singgah mana2 ke tak nanti.
Kenapalah ditampal heart shape wajah mulus Cik Som itewww?Kasilah sneak preview sket wajah anggun ayu Cik Som kita neh.

p/s- Sunday ni wedding anak Puan Nani,CS pergi tak?

Anie said...

CS...

Walaupun rupa u I tak nampak, badan u I tgk mmg feather light pun. I tak pernah lagi lah mkn nasi kerabu and laksam and budu and solok lada and semua yg ada atas meja tu hehehez. Tapi the pencuci mulut alamak sodapppnnyyya ;)

zarin said...

hi CS
i tkleh lelama kat sini sebab tk tahan terliur tengik nasi kerabu n laksam tu.. ehehe :D

Anonymous said...

Masih duduk dekat dgn u, tapi lepas keluar spital minor operation. Tak tinggal jejak tapi baca setiap en3 u. Belum boleh pergi cuti 1Msia sbb nak simpan duit anak nak masuk kolej/u. Pasal makanan tu, memang benar Tidak Melayu Hilang Didunia. Mengancam diet I.

azieazah said...

Okey okey! I percaya... tak yah ler timbang lagi.

Laksam?
I suka giler. Sampai sanggup upah jiran buat. > alasan tak sempat tapi yang lebihnya, malas dan tak reti!

Yat Maria said...

CS

ai ada taw..software nak kopek tu "heehee"..;)

Yong Kamariah said...

omegod...nasi kerabu? laksam? kt mana? kt mana? musti pi cari nihhhh....

somuffins said...

NOIR
Softwarenya masih dlm perancangan but soon the idea was aborted sebab tak balik modal. Selamat I, haha..


JUNE
Empangan pecah? Lap jer kat tepi tudung, hehe. Tempat tu kat d'Curve, 1st floor berhadapan dgn restoran BubbaGum.


CAHYA
Sila lawati Chomey dengan seberapa segera. Ada waiter ensem kat situ taw :-)


SHIDAH
Rindu dendam kekdahnya, hehe. Kenapa lama benar balik kampong? Tell me why, tell me why. Anyway, dah buat sadin roll??

somuffins said...

SUE
Berfoya2 dengan adik beradik sendiri adalah nikmat. Bukan selalu dapat buat cam tu sebab schedule memasing asyik bercanggah aje.


MIRA
Berfoya2 sambil merapatkan silaturrahim kekdahnya. Cover muka tu sebab 'terlalu' mulus dan anggun kot? haha.. jgn percaya. Jemputan Puan Nani as in Marina Munro ke? Tak tau pun dia nak kawinkan anak dia, hehe..

somuffins said...

ANIE
Sebenarnya I boleh jadi sparring partner SantaKlos; sama berat, sama besorr tapi tetap tak ingat dunia bila berdepan dgn makanan, haishh..


ZARIN
Tulah I garu2 kepala meneka siapalah yang melelehkan airliur terkena kat my kibod nih, rupa2nya you ehh??? :-)

somuffins said...

AHKAK
Diharap kesihatan you kembali sihat walafiat; bolehlah nakal2 selalu kat sini, hehe..


AZIE
Jangan cepat percaya orang, bahaya taw. Lebih2 lagi kalau orang tu cakap pasal berat badan dia, memanglah 98% bedek, hehe..

somuffins said...

YAT
Serius you ada software itew?? Pls destroy it before the clock strikes 12, pls pretty pls if not, habislah ai..


YONG
Buat bertenang Yong, bertenang..
Tempat tu kat 1st floor d'Curve, opposite Bubba Gump Shrimp Co. Pegi taw ..

Mira Marlena said...

Ala Cik Som ni,maknya si Hanis Zalikha yang senantiasa muda ayu dan jelita.Pn Nani tu ada cakap sapa2 nak ke wedding anak dia sila SMS tapi ai maluuuuu nak pegi..heheh...

somuffins said...

MIRA
Owhhhhhh... U mean NaniRostam ehh? HZ ada datang rumah takat gate aje nak menjemput my doter tapi masa tu kita takde kat rumah. Maybe my doter jer yg pegi. I tak dpt jemputan khusus, so malu arr nak pegi...

BTW, Marina (@my bloglist) pun org panggil kak Nani, kan?

Maya Marisa said...

i belive you cik som. cos i pun as light as feather weight....hehehe

p/s: kalau dah jumpa flying sleigh, jgn lupa holler kat i ok. i pun nak join skali.... :-P

somuffins said...

MAYA
20 thn dulu I ngaku I was feather weight but now? errrrk..!!
Baju apa bagus dipakai bila naik flying sleigh nanti? Kena oder helmet juga, biar sedondon :-)

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Hi..
Memang seronok keluar dgn sisters.. I have 3 sisters, campur I 4. Sembang boleh sampai pagi..besok sambung lagi.

I pun nak ikut naik flying sleigh.. I nak pakai baju kurung..ayu tau!

dina said...

nama restoran pun chomey... suka2... nanti kita nak pegi... saya memang penggemar nasi kerabu... takat skang ni, tak pernah lagi makan nasi kerabu kat restoran lain melainkan kat pasar malam n warung2 kat kg baru...

Cat-from-Sydney said...

Aunty CS,
Menci tau! Geram tengok nasi kerabu and laksam tu. Selain dari Chomey, kalau kat level G, ada satu restoran called Teh Tarik Place, pun ada nasi kerabu juga. Tapi dikaui, Chomey punya sedap and chomey (sbb ada waiter encem tu)... purrr...meow!

cahya indah said...

wah auntie, ni yang sayang lebih ni. kenapa tak mintakkan number sekali? hehe.

somuffins said...

ARTLOVER
Memang best duduk bersembang sambil makan2 dengan adik beradik pempuan esp kat tempat makan yg ambiencenya beshh! You ada 4? I ada 5, muai gitu..

P/S: 1st Msian made flying sleigh will officially be launched on 2nd July ... tapi tahunnya tak tau bila. Anyway, siapkan aje baju kurung kasa rubia ok?


DINA
Kadang2 makanan yg dijual diwarong2 lebih sedap rasanya; apa pun silalah kerestoran Chomey. Diorang memang tertunggu2 kehadiran you tu, hehe..

somuffins said...

CAT
Janganlah menci2 kat kita, kita cabut misai awak kang, hehe..
Dah 2x I makan kat TTPlace @Empire. My doter tulah, katanya mee goreng mamak kat situ sedap sangat. I saw ramai yang oder nasi kerabu. Maybe I shd try one day saja nak compare which one is more superb, either Chomey, TTP or Kelantan's Delight.


CAHYA
Bila dah kenyang dan pinggan pun dah licin, terlupa terus nak mintak nombor telepon dari waiter ensem (maybe CAT ada nombornya kot??)

mela said...

ur doter kawan HZ! Nasi kaler biru! I jakun.

mela said...

i wanted to track where u start close comment box. found it.
nak kata jugak, tak tahu apa Quiche dan sebutannya. rupanya delicious. jakun dapat comment di al-kisah.

somuffins said...

MELA
Where r u from? Singapore ke??
Nasi kaler biru originates from Kelantan. Sure u havent eaten it??

BTW, I did go to HZ's sister's wedding. Nanti I cerita later..

Quiche sebutannya KISH.. I think itu dish Perancis mari..

Masih banyak lagi entry lama2 yang belum ditutup kotak komen. I kena buat sikit2... jenuh juga nak membuatnya tu.

Thanks a lot sebab sudi singgah sini. Have a nice day ..