Friday, 3 June 2011

Mee rebus, bawang gor n halaljadah ...

I teringin nak kongkang buah mangga so tulah yang I buat tadi. Kopek kulit dulu sebab I bukan monyet w'pun monyet memang dekat dihati. Berdiri tepi sink dapur sambil kopek kulit mangga pastu terus baham penuh hemah seakan2 makan apple. Ngap, slurp, tis tis, slurp.. nikmatnya! Semua tu dibuat dalam keadaan sedar lagi waras *sumpah tak tipu*.

Berbeza dengan apa yang berlaku sedekad dua dulu. I buat mende yang sama tapi dengan gerak geri tanpa dirancang, tetiba diri nih macam dirasuk monyet plak. Capai mangga, kopek kulitnya lebih kurang, kongkang sambil duduk mencangkong. Buruk pe'el betul tapi ada I kisah? Sumpah tak kisah sebab I sensorang masa tu.

I buat post mortem sebab musabab perangai ganjil tu. Untuk pendekkan cerita yang mungkin panjang lebar, aksi monyet tersebut adalah pembawakan budak. Nasib baik D tak berapa nak jadi monyet, kah3.. Pernah gak dia panjat tangga dan terus lompat kelantai, gedebuk! Kaki luka terus dia insap "maap Mi.. D tak buat lagi". Darah memancut2 meleleh2 ... ehh, kan dah panjang ceritanya nih?

Anyway, darah yang meleleh2 tu ditampal dengan ... mahap cakap .. tapi memang takleh cakap, heheh.

Beralih cerita ... last week I masak mee rebus. Kuahnya takdelah I buat from scratch tapi afdal guna instant formula aje, hehe. I tambah daging, salt n pepper *which diorang tak cadangkan pun*.



I nih bila masak selalu aje tak lengkap. Selalu aje go againt the flow tapikan tapi I was thinking kenapa mesti rigid sangat? Terngiang2 kata chef Michael "the best recipe is to cook without a recipe". Mee rebus tu tanpa taugeh. Kalau pun ada, takde siapa yang suka except me.

Selalunya bawang goreng pun takde as garnishing tapi hari tu mood ada baik so menggorenglah saya guna bawang besar tak guna bawang merah/kecik/shallots. Masa dara sunti dulu, Mak memang ajar hands-on bila menggoreng bawang. Warnanya wajib keemas2an gitu, never a hint of dark brown. I suppose Mak would give me 7/10 for the above effort (kan Mak kan?).


Made this specially for D. TB n T tak sker walau sesedap mana pun rasanya. Rugilah dua veranak tu. Terasa pelik bila mula2 dengar nama lauk nih 'halaljadah'. Ntah dari mana asal usul datangnya nama so unique like that tapi nantilah I tanya Chik *Mak's sous chef then".

21 comments:

DeLancrettLurpak said...

halaljadah ciksom? mcm rendang, tapi mcm ada daun kesum, tapi the gravy is a bit thick to be asam pedas.. pening i tauu.. hehhe

ahkakbatik said...

waaa.. tetiba teringat cerita time dapat D... CS ni tingin nak baby lagi ker...?

zarin said...

halaljadah?? lauk apa tu? tk pernah dengar.. eh eh, kongkang buah mangga?? pe'el tu selalu di buat masa kekecik sebelum dewasa dulu..now ni dah lupa pasal pe'el tu dah sampai lah baca your entry ni

mokjadeandell said...

Mee rebus anytime is my favourite... nampak menyelerakan...walau express.

Lili said...

CS,

*maap cakap...hehe..pinjam jap your caption there! Maap cakap, Chef Michael Smith tu pung tau bab-bab 'cooking without a recipe' ni from yours truly, ehem, cuma nasib dia mabeles, dia dapat masuk tb (vukan ur TB!), so he got to use the tag-line. (bbpj) ;)

Mee rebus - give me anytime! Kan ke my other tag-line..'for the love of noodles'!

Maya Marisa said...

Cik Som,

Aiyoyoyoyoyo, u know la itew 'halal' is my peberet! I check my mailbox, invitation to dine with u, tarak pungg..otw kotttt.
Nie mesti cik som tumis bwg banyak nie...cos kuahnyer pekat.... I loike....
Psttttt, share ler ur version of gulai halaljadah....pllllleeaaaasssseeeeeeee

Sizuka said...

kongkang buah mangga? mula2 dengar I mcm confused, kongkang tu apa? maybe u nak tulis longkang tapi tersilap type jadi kongkang kot. tapi mcm tak logic pulak ayat "longkang buah mangga". takan buah mangga boleh jadi longkang?

err.. terpanjang la pulak :P

miss u and k.lili :D

Cat-from-Sydney said...

Aunty CS,
I learn a few new words today, that my Mama has never used. We just had mee rebus on Friday, at ChaWan Bangsar...bolehlah....yours is yummier, I think. Nak pastikan, kenalah ajak datang makan...kan???? purrr...meow!

azieazah said...

Mencangkung sambil kongkang jangan sampai tertunggin dalam longkang.

Uhhh apa ke lauk yang nama pelik cenggituh?

Cer citer!

Asal JumAAt jer, Sedekah Pisang...

somuffins said...

DLL
Dahlah you dpt migraine, I kasi you pening lagi, ek? Lauk tu sebenarnya lauk asam pedas ayam. The gravy was semi-pekat sebab my son tak suka kuah cair.


AB
Alaaa you nih, taklehlah kita nak citer sket alkisah jaman dedolu. Psst..gedung baby doll dah lama disitarrr, heheh.


ZARIN
Lauk tu more or less rasa asam pedas tapi bahan2 yg diguna ada lain sket. Kongkang mangga best rupanya tapi taklah I kongkang cara budak nakal. I kan anggun? hahaha... gurau jer.

somuffins said...

MAMASON
I guna paste mee rebus Adami. I think rasanya lagi umphhh kalau bubuh udang but I added daging jer. DAN kalau rajin boleh buat 'kriuk2' yg garing tu..


LILI
I believe you, ehem. Kalau TM tak cepat2 sambar you to be his mrs, I am sure you dah jadi as mebeles as chef Michael, tul tak?


MAYA
Gulai tu semi pekat cos my son tak sker kuah cair. I bubuh a few drummets aje; sekali makan dah habis. Sorry I tak tinggalkan you. Resipi? Nanti I tanya kat my SIFU eh?? BTW, I takleh komen kat you bloglaaa... unless you allow 'anonymous' to comment.

somuffins said...

SHIDAH
Do you need a reading glass? ahaks. I yg pakai glass nih pun selalu silap baca. 'Tempatan' boleh bertukar jadi 'temptation'. Kongkang apple kita biasa tengok tapi kongkang mangga macam a bit no-no, ek?


CAT
You selalu ikut your Mama jenjalan/jjcm eh? You masuk dlm cage or leher you kena ikat tali? Psst.. you pakai 'pampers' for cats ke? hehe.. BTW, ask your mama to buy mee rebus paste Adami. Gud luck!


AA
Kita cangkong dalam rumah jer. Kenalah jaga tata susila, khaan?? Lauk tu asam pedas guna ayam. Bahan2nya adalaaah..... serupa gulai asam biasa cuma tambah ... nanti I tanya my sifu dulu, okay???

azieazah said...

Oooooooo.. ayam masak asam pedas. I pernah 2,3 kali buat. Kena bubuh kerisik baru sedap. Guna daging pun sedap. Buat syle macam Asam Pedas Melaka. Perhhhh!

somuffins said...

AA
Kami tak guna kerisik untuk masakan tu. My partner orang Melaka tapi tanyalah samada I reti masak asam pedas Melaka ke taaak..
Jwpnnya: hampeh!

Uncle Lee said...

Hi Somuffins, this one of my all time favourites, mee rebus. I can clear 2 bowls one seating too.
You sure can cook! That last pic of the curry looks really fantastic, a guarantee three plates of rice disappearing....ha ha.
Lee.

somuffins said...

Hi Uncle Lee (I feel younger if I call you Uncle, haha)

I cook for survival, nothing fancy. The last pic isnt curry. It is actually gulai asam pedas. Pls feel free to taste it, heheh..

PatinPasta said...

Cik Som,
Betul tu. Masak pakat campak-campak dan ikut apa yang ada, tu yang paling best. :)

Gigih sungguh buat bawang goreng sendiri tuh! Apa petua buleh sampai garing ranggup looking gitu, Cik Som?

somuffins said...

AIDA
Masak main campak2 best.. Bila xsedap kita katalah "xde resipi..main campak2 jer". Selamat kita, hehe..

Bila mood rajin dtg, mmg gigih. Bawang wajib dihiris seiya sekata. Deep fry..mula2 boleh guna api besar, kacau jgn tak kacau. Bila nampak unsur bawang jadi lebih lembik, goreng on moderate heat. Kacau n kacau till rupa dah 50% golden, then guna slow heat pulak. Sekian..

somuffins said...

Ooops lupa satu lagi tip..

Bila bawang dah serata menguning, terus angkat. Jangan tunggu lama lagi sbb bawang tu cepat tukar warna nanti jadi lebih coklat.

Kadang2 yg warna gelap tulah lebih sedaps. Segalanya ikut citarasa sipembuat.

PatinPasta said...

Cik Som,
Isk.. renyah nak membuatnye ek. Patut la yang jual kat kedai tu mahal. Huhu!
Thanks for the info and tips!

somuffins said...

AIDA
Buat cik Siew Mai lagi renyah. Bukan aje renyah malah susah serta payah *baru tulis nih dah berpeluh memikirkan nak buat siew mai sendiwi*, hehe..

Takpe, I ambik semangat dari you. Mekasih..