Friday, 10 June 2011

Merajuk tapi tetap ...

Minggu nih takde sesi jjcm dengan TB. 1st day cuti dia tetap pergi ofis sebab gantikan kawan yang terpaksa buat minor operation. 2nd day sepatutnya kita berooolala tapi I pulak terpaksa duduk rumah menunggu basuhan kering. Basuhan tu dari air tangan T so kalaulah hujan, kesian plak tengok dia meraong nanti bila basuhan lencun, haha.

Basuh baju is a big deal to her...., why? Cos she is so cerewet! Ntah ikut sape ntah! Dah dia punya basuhan, patutnya dia yang tunggu baju sampai kering barulah pergi tengok wayang. But as always, I mengalah sebab I adalah ibu mithali, har3.

Truth is I malas nak bersiap bagai makanya perjuangan TB harus diselesaikan sendirian. Pergilah dia memborong apa yang patut.. beli kopi, makanan kucing, pencuci mulut n roti canai as his bekal to office. I duduk rumah penuh setia menanti apakah habuan yang akan ditapau nanti. Habuan in the form of nasi n lauk2 beranika jenis, owhhh nikmatnya.

Tapikan tapi, harapan setinggi gunung terus jadi belukar bila I tak nampak TB menjinjing beg plastik merah/oren berisi makanan. Sedih n sentap kejap.. rasa nak balik kampung .. harapnya batu belah batu bertangkup masih dibukak untuk ahli malang cam I, heheh. Nape TB tak belikan I lunch? Nape?nape?nape?

Banyak nak diramblekan lagi tapi terpaksa pause dulu as Ndja dah suruh T n I bersiap cepat. Dia ajak kitorang berluncheon kat EmpireStateBuilding. Kalau kesana, I dah cadang nak makan dessert pithang kat restoran Bali (Maya punya pasallah nih).

OK.. I shall continue later. Nak mandhiiiiiiiiii....

Cerita ceritut continues ...

Tetiba datang napsu nak makan kangkong goreng belacan, nak nak naaaak jugak, so tulah hasilnya cobaan sulung menggoreng kangkong belacan. Ubah cara masak sebab selalunya guna udang kering/udang basah tapi akhir2 zaman nih, selalu guna stok ayam aje <- sah semakin pupus kerajinanku.


One of those days when my sweet tooth comes a calling. I devour the thought of good serikaya nangka. Tak leh jadi, kena buat jugak.


Harus lebih molek rupanya kalau guna pengukus but since patience is not the essence of the day maka jadilah serikaya 'bopeng' cam permukaan vulan. Guna mw on 'high' for 2.5 mts. Tastewise? Nasib baik I sorang aje yang makan, hahahuhu...


Konon nak merajuk tak dibelikan lunch but really it wasn't necessary. Masa TB keluar rumah, I sedang berdondang slurping semangkok home made mee bandung "I tak ikut keluar sama so you kena makan sensoranglah eh?". Tulah sebabnya TB tak tapau apa2 makanan untuk dibawa balik :-)


Malam: Terpahat niat nak beli aje for dinner. Dah terbayang2 soto ayam tapi sambutan agak suam2 kuku. The boss malas nak keluar n kapla ada fening sket. Apa nih, malam Jemahat fening2 nih? ahaks (Ja ... I tau you mesti senyom simfol punya).


"I goreng nasi aje eh?" ... "tak nak nasi goreng.. u masak nasi, goreng ikan aje, dah". Kalau yang makan tu kita berdua memang OK sangat tapi malam tu korum cukup, D&T ada kat rumah so the urge to cook up a storm tetiba bertiup kencang.


Nasib baik ada kerisik dan 3 batang serai halus nyawa2 ikan (almost kering) maka terhidanglah the so-called rendang ayam. Sempat juga goreng sekor ikan n a few drummets (kalau dah lebih korum gitulah .. ada yang suka ikan tak suka ayam, and vice versa).



Kombinasi asparagus n baby corn biar nampak muai sket. Guna bawang putih 2 biji tapi yang satu tu terlepas pandang. Apa taknya, masa menghiris dan memotong bahan2, I memang tengah verangan that I was in the masterchef's kitchen all tensed up.

Potong bawang dengan rentak tertentu dah boleh dapat feel jadi chef yang awesome n epic!

12 comments:

Lili said...

Yeay dapat kimeng first!

CS,

Asparagus with baby corn and garlic sebiji tersesat very de EPIC! :D

Ok...kena cepat2 ni...nak gi kenuri dah...and I'm so teruk, berdebuk debak macam I yang nak nikah! Help me please...I can't stand crowd places anymore. :'(

Cat-from-Sydney said...

Ooo...Aunty CS sangat awesome and epic...har har har Aunty LG mesti tersenyum simpol ni. Alah...takpe...garlic tu bagus untuk darah tinggi gitu, makan jelah seulas gitu. Jangan cium sapa-sapa udahlah. purr...meow!

somuffins said...

LILI
Anything pun epic, haha.

P/S: Pls take a deep breath, exhale. Inhale.. exhale. Kang tak pasal2 dalam majlis tu you semput pulak.


CAT
Tak sure mana peginya garlic tu tapi sah bukan hilang masuk pewut. My bidan terjun rendang nampak epic tak? :-)

Ibu n Abah said...

Lili...
punyalah baik hati i... i menunggu-nunggu dan menunggu sampailah you dapat tempat pertama... i saja nak bagi u rasa bagaimana gumbiranya bila berada di tempat teratas....
kak som...
memang best masakan u.. siap rendang lagi... - ekceli kan nak bongkar rahsia... kalau cukup bahan dalam peti ais.. masak rendang tu pada i, memang macam kacang,.. lempar-lempar jer... lepas tu tinggalkan.. bibik lah yg i suruh mengadap sampai siap... yang percik2 kat dapur dan dinding... bibik yg lap.... hehehehehehe....
i memang suka masak rendang....dan masa i masih tinggal di Melaka, i selalu borong asparagus dari tokeh cina yg menanamnya depan rumah... olalalala.... entry i ker entry u, kak som?...

Mira Marlena said...

Majuk tapi tetap masak..dafat fahala kan CS?First time saya dengar serikaya nangka..puding ke tu cik som?almaklum ajelah,saya ni jarang sungguh memuding dekat rumah.
Gaya masak orang cukup korum memang mcm tu.Ada yg suka ikan,ada yang tak.Uminya kenalah tackle tastebud sumorang so that everyone is happy kan?

Sizuka said...

CS,

Wanna say hi from KT! I want that kangkung belacan!

Maya Marisa said...

Patut ler maya tersedak, rupa nyer ada org sebut...
Aduih, rendang itu sungguh menggodaaaaa....tidakkkk

somuffins said...

AKAK
Komen panjang2 tu, you kat entry I ke kat entry you? muahahaha.. Takpe, kita kan berjiran?? You scratch my back, I scratch your back, kekdahnya. Psst.. best ek ada maid?


MIRA
Yup, majuk tapi tetap masak. Nasib baik tak majuk bebetul, if not mmg mogok tak masak seminggu. Serikaya nangka serupa dengan topping for kueh seri muka (minus pulut as its base). If you like nangka, you sure will like the taste.

azieazah said...

“Majuk konon.... Pegi ko menangis di sana”.

Sana tu maksudnya, dapur nan sekangkang gajah. Tapi hasil masakannya, gajah makan pun boleh pengsan sebab kenyang sedap!

somuffins said...

SHIDAH
You balik TGanu masam pergi Empire aje ek? heheh. Kangkong belacan mmg sedap. You can have the whole bowl, silakan :-)


MAYA
Masa tersedak tu mulut you penuh dgn dessert pithang ke? Rendang ayam tu versi bidan terjun. Silalah jamah ..


AA
Bukan aje dapur sekangkang gajah, yang memasaknya pun ala2 anak gajah versi COMEL, auwww.. (CHOMEL kena tulis hurup besorr, harus)

mokjadeandell said...

Ciksom,
masakan mu memberi ilham untuk memasak tgh hari ini.Tapi apa pun tak dak....peti ais kosong sbb baru balik CCM di pahang.

somuffins said...

Mamason
Baru balik dari CCM harus settlekan basuhan dulu, tul tak? Bab makan, you can take it easy, beli lauk aje.

Penat kalau nak buat semuanya tu, kan? *I jadi batu ronson kejap*