Saturday, 30 July 2011

Can't help it but grrrr ... Part 1

Minggu lepas kita terima surat dari s-tro dengan 'niat murni' mempelawa kita to upgrade to 'beyond'. Dengan potongan harga sebanyak <> RM50 kita dijanjikan lebih ceria menonton program yang lebih mantap, kononnya tapi kita kena bayar lebih RM6 dari the usual monthly fees yang kita dengan taat dan setia tanpa kompromi membayarnya setiap bulan.

Surat tu kita baca sebelah mata, sekali lalu aje .. tak heran kekdahnya! tapikan tapi terasa beshh jugak kalau berbeyond2 tu sementelah Teh n Njah dah promo ada 1 channel best about food nothing but food! Nak kipas TB to subscribe macam takde mood, so let it be ... let it be 3x ... whisper words of wisdom, let it be ...

Seminggu berlalu tup2 TB bitau dia terima pelawaan to upgrade the old decoder. Bukan tu aje, dia juga setuju to subscribe 'pvr' - peranannya serupa vcr (boleh tape cerita ceritut yang tak sempat ditonton kot dia terasa nak tape KumKum the series, kan senang? hehe..).

I tak menjangka TB setuju dengan gejala2 upgade nih sebab dia memang tak kuasa nak telepon orang s-tro. Nak telepon diorang adalah perkara azab lagi sengsara. Asyiklah kita disuruh tekan butang; tekan 1, tekan 3, tekan 2 pastu lupa nak tekan apa dah cos it is so confusing .. hadoii!!

Rupa2nya cust. service yang telefon TB kat ofis. Ohhh.. patutlaa..

Diorang janji nak install decoder hari Senin tapi datangnya hari Selasa. OK tak, janji tak ditepati cenggitu? Takde pun nak calling2 kita kata tak jadi datang. So hari Selasa Encik X datang dengan decoder baru. Bila semua in order lepas ditarik cable dan panjat bumbung bagai, tup2 TB tanya Encik X "dekoder nih boleh tape kan?". Errrkkk?? terpancar diwajah Encik X.

Hahaha.. amacam?? Kita dah siap duit nak bayar (pvr is chargeable but upgrade is FOC), namun ...

Mana silapnya? hehe.. sabar, sabar.. Berbuih mulut kitorang bila bercakap dengan cust. service s-tro. TB bercakap sekali aje dengan soalan teknikal pastu dia give-up sebab tak dapat jawapan sewajarnya. All in all 3-4 kali juga I berurus dengan berlainan cust. service. I lebih nak tau mana silapnya dlm turutan kronologi. Kita atau pihak sana yang silap.

Anyway, decoder/pvr akan dipasang seminggu dari hari kita (literally) bertegang urat sarap so now dah 4 hari kita menunggu bulan jatuh keriba. I tak kuasa nak follow-up tapi memang tak faham kenapa mesti kena tunggu lama sampai seminggu.


RC (remote control) yang baru tu, lembut jer bila ditekan butang2nya untuk flip flop channels while the old RC kita kena tekan kuat2 sampai kering kudrat dibuatnya, har3 tapi bila TB bitau yang Encik X dah hangkut sekali the old decoder n RC , terasa sedih plak "ehh... dia ambik? alaaa... tak sempat nak babai...".

Rajin plak D balut RC tu dengan plastik tapi ntah berapa lama boleh tahan berbalut cenggitu dan ntah berapa lama RC tu terdaya melawan tarikan graviti!

7 comments:

Mira Marlena said...

Cik Som,
Kami dah givap dengan s-tro ni.Imagine 2 weeks in a row our channel has became black and blank...at first we wanted to subsribe the beyond tapi my husband dah merajuk habis dengan dorang.Lalu servis akan ditamatkan pada akhir bulan ni..which means..besok la kan?
Its HD quality katanya..bila tengok dekat2 muka2 dorang nanti boleh nampak segala crows feet..heheh

3E said...

Aunty Som,
I blom lagi subscribe the beyond tu...tapi pepehal pun Astro telah menaikkan harganya tanpa kerelaan I.....mmg berminat juga sbb nak dapat channel food tu tapi since channel yang ada sekarang pun tak berapa nak layan sangat....hasrat tu maybe akan dipendamkan dulu la.....

Cat-from-Sydney said...

Aunty CS,
Kat rumah ni langsung tak subscribe, buat perabis beras kata Mama. har har har *evil laughs*

Sizuka said...

CS,

I dah potong astro sejak I berpindah ke unifi iptv. sebenarnya, astro kad hilang. pastu malas nak gi apply new one sebab nanti kena charge RM50. last sekali, potong terus la. kalau boleh bako, i'd bako.. hehe

ahkakbatik said...

CS meh mai US.. sejak mai sini baru saya sedar kastemer serbis mesia tu dah terbaik sgt dah tu...
kat sini kalo tak cecah bergayt 15 minit memang tak sah.. belum verification 2-3 kali...

pls press 1 for spanish dan 2 for english..
pls press 1 for menu bla..bla..
pls press 1 for sub menu bla..bla...
pls say your last digit ssn number...(say tau...mesen salah dengar kena ulang balik...)
pls wait for our customer sebis appx 10-15 mins...

haru.... at least kastemer sebis kt mesia kita boleh marah2.... kann...

somuffins said...

MIRA
Ramai orang HOT dgn s-tro ek? Tahap kegeraman kitorang masih boleh dipujuk lagi. Tengoklah berapa lama lagi diorang nak install mendealah yg kita mintak tu.. or else, I ngamok pakai baju kuning kang, har3.


ASILAH
Betulll.. channel yg ada skrng pun tak terlayan tapi takat bayar RM6 untuk dapatkan 'b-yond' tu, oklah kot?


BRAD
Mama awak simpan duit nak beli submarine ka? ekekeke (gelak dengki sambil garu perut).


SHIDAH
Jangan marahkah nyamok, kelamvu dibako. You dibenarkan bako kek, pie, roti n pide jer (pastu sedekah kat I sepiring dua, k?).


AB
Sesungguhnya I simpati nasib you sebab duduk kat Amarika, ngeheheh.. tapi bab syoping moping, I memang jeless okay? Tak larat nak ke Texas, Texas Instrument kat KL tu pun tak jejak lagi, ahaks.

~jeet~ said...

CS, my standard answer to them bila call nak suruh upgrade " I am still using standard definition TV" senyap member, xtau nak ckp ape, tengkiu babai je la..

dah tuko TV, xde plak depa nak call, dah lupa kat sy kot..hehehe...