Wednesday, 6 July 2011

Rabu tanpa perkataan? Macam tak boleh aje ...



Takat toleh aje masa tunggu lampu merah bertukar hijau. Mood tak mai lagi.



Setimbun! Sumbangan dari kakak2 yang memang tak minat makan coklat tapi minat menggebukan keluarga adik dia. Alhamdulillah (coklat yang I minat takde dalam longgokan).


Alone again, naturally ... setelah ...

.... setelah buah hatinya mati tanpa sempat tinggalkan kata2 akhir (terbaring tu tengah nazak).

Bila iPad D hilang the mysterious way, keesokkan harinya dia bawak balik 2 ekoq LEBIT. Aksi love on the rebound kekdahnya. Aduhhh... tak larat!

Wahai D .. Lebit tu memang comel tapi kenapalah tak pilih warna yang cerah sket? Atau pilih lebit yang telinganya menggelebeh tu? Warna hitam untuk binatang macam tak sebulu dengan jiwa Umi (fobia dengan pet tikus D bela dulu kala yang terlepas pastu sembunyik belakang fridge. Cari punya cari, Umi plak yang perasan dia kat situ. Maaaak!!! nasib baik tak meLOMpat atas fridge! Masa tu Umi rasa cam nak disown D aje cos you never listened).

Apa pun, please ehhh ... make the lebit as your priority. Beli carrots secukupnya. Umi tak nak dengar "tolong belikan carrot, boleh Mi?" (which you've asked me a number of times). Celik mata jer tolong aleh fokus pada lebit tu.. beri dia makan dan bersihkan tempatnya. No compromise! Takde kompromi okay?

Jangan jadi cerita yang sama masa D bela iguana dulu. Iguana tu serupa dinosaur pada mata Umi namun Umi beranikan mata dan hati tenung siWana tu lama2. Mula2 D rajin beri dia sawi, kankankan? Pastu D buat2 lupa pulak. Since sawi dah jadi makanan siWana, lama gak Umi tak masak mee PK atau any other mee bubuh sawi. Sawi dalam mee adalah satu kenikmatan, D tau tak?

Sebelum Wana ada, masa your 1st iguana terlepas dari cage yang secoet tu, ingat tak Umi buat apa? D kat sekolah masa tu.. Terkangkang terkiap (ooops) Umi shoo shoo iguana kenit tu masuk dalam cage tapi dia terkebil2 pandang Umi aje. Kalau dibiarkan tunggu D balik dari sekolah, for sure dia cabut lari ikut tingkap and that would make you melalak meraong kang.

So, as much as Umi sayang kat my tea towel OZ mari, terpaksa jugaklah Umi cekot iguana tu guna tea towel n in she went into the cage. Tak sker, tak sker, tak sker..

Please do not torture Umi lagi, please please please make that lebit as your last pet. Kat rumah kita nih tak kurang binatang yang boleh dibuat pet .. depan belakang ada kucing.. dalam rumah luar rumah ada cicak, siput, lipas dan semut yang berbagai rupa.

They too need food, love n attention OR D boleh juga buat Umi NOT as your pet but make me as the Queen of your heart, boleh?
.

12 comments:

kakcik said...

Salam CS...

dalam bilik air ada ulat gonggok tak? Dalam bilik air kat rumah I sesekali dia datang bertandang tau!...Ishhhhh....

Sizuka said...

I ada suggestion. Why dont u sedekahkan rabbit tu kat I. Boleh I buat bbq.. hhahhahaha.. pssst! jgn bagi anak u baca comment ni ye. nanti ada yang keluar air mata darah :D

Cat-from-Sydney said...

Aunty CS,
Kita kan, tak pernah makan lebit....sedap agaknya. Kalau bengang dengan lebit tu, antar je sini. Ada 6 meoww yang boleh kendurikan lebit tu. har har har *evil laughs*

Ibu n Abah said...

oiitttt mak ai...
nak bukak kedai choklat ker???
i pun tak minat choklat...
tapi kalau banyak macam tu... tergoda juga...

Maya Marisa said...

Nak ckit cekelat tueeee

azieazah said...

Hmm... sian U SOM,
ni kira sesi membebel ker, sesi berleter plus menasihat?

Macam gaya nak cakap direct hati tak sampai tak tergamak, lalu coretan hati diluah di blog dengan bahasa paling indah...

berbaloi dan berkesan!

I like!

Belajar Gerak Hati Isteri Dulu Sebelum Ada Dua Handphone...

Rima said...

Muahah cik som walau ape pun u suruh.. in the end kita jugak yg kena jaga pet they all.. look at my sasha.. 7yrs ago when she was only 3wks si hairi selalu bersih kan toilet sasha.. masuk tahun kedua.. sampai lah sekarang.. siapa yg korek itew najis najis sasha?? mama dia jugak.. so dont be surprise nanti siapa akan beli itew carrot?? ummi jugak lahhh hehehe

Mira Marlena said...

Kah kah kah...your son memang pencinta haiwan tegar ye Cik Som,tapi bila bab makan dengan bersihkan cage sapa buat?Cik Som ke?Ni kena mintak upah dari your son macam ni.hehe
Banyaknya cokelat!Boleh abis ke CS?Kalau tak boleh pass sikit dekat saya ek?
*Pergi Jakel Shah Alam ke?

somuffins said...

KAKCIK
Waalaikumsalam. Lama dah tak nampak ulat gonggok tapi nyamok ada gak berterbangan. I tak kasi chan, I pastikan dia penyek!


SHIDAH
Rabbit tu masih sunti. Hardly ada any flesh untuk di BBQkan. Boleh tunggu sampai rabbit tu bujang sket ak? heheh...


CAT
Kita pun tak pernah makan daging lebit. Raya nih mcm nak buat rendang lebit n kucing, har3 *evil laugh*.


AKAK
Kuantiti coklat dlm gambar tu dah merusut secara drastik. I bukan pencinta coklat tapi tetap minat nak rasa setiap coklat yg ada.


MAYA
Cepat, cepat .. sebelum I ngap semuanya, hehe..

somuffins said...

AA
Tu namanya sesi 3-in-1 .. nasihat, leter n bebel. I selalu beritau dia depan2 so apa yg I tulis hanya for the record. Kot kendian2 dia baca dan terbukak hati untuk bertobat, kaan?
Psst.. TQ if you like my bebelan, hehe..


RIMA
What's new with our children, kan? Most of them hangat2 taik ayam aje cos they know kita sure rescue them. So far yg selalu beli carrot is my son. Kadang2 kesian gak tapi kena kuatkan hati tak leh kasi muka selalu.. haha.. (look who's talking?)


MIRA
Most of the time my son is in charge; dah pet tu dia punya. Kadang2 aje kitorang terbabit. I hope he takes heed of my warning, haha. BTW, silalah jamah coklat yg ada, hehe..
Jakel kat SA tu. I tak masuk sana; ambik gambar dari keta aje.

kak ja said...

Kak Som, I tak gemar cekelat.. Lagipun I kena jaga kulit rumaja I ni, mudah sgt naik jerawat.. *pengakuan tak bleh blah

Kalau I jd u, lps terpaksa gunakan tea towel tu sbb nak elak lalakan anak, maunya iguana tu jd igauan ngeri I selama 18 ari 18 mlm!!

iguana igauan iguana igauan iguana igauan.. *sila sambung syendiwi

somuffins said...

JA
Sekali sekala kena gak pekena cekelat. Nak nak dapat yang beshhhh.. nikmat, nikmat..

Iguana tak menjadi igauan cos I make sure minatang tu tak bebas berkeliaran dlm rumah. Kot lefas vevas, kalau tak iguana, I lah yg kejung.