Wednesday, 17 August 2011

17 Ramadhan ... Mengaji Quran


17 Ramadhan Nuzul Quran. Alhamdulillah I boleh baca Quran tapi sampai bila2 pun tak mampu setanding kehebatan qariah tilawah alQuran. Terima kasih tak terhingga pada Bak n Mak terutama pada Pak Bilal M dan beberapa orang cikgu sekolah ugama namely cikgu Pah G, cikgu Ungku C, cikgu Tik, cikgu Isa, cikgu SS, dan 2 lagi cikgu 'terlupa nama', yang bertanggung jawab ajar I mengaji.

Zaman Flinstones, 'ustaz/ustazah' belum masuk kamus dewan lagi. Harap maklum.

W'pun kat sekolah ugama diajar mengaji, kat rumah tetap juga KENA mengaji (macam tak rela aje bunyinya ek?). Bak jemput Pak Bilal M (PBM) mengajar kitorang mengaji. Kitorang terdiri dari adik-beradik no. 6, 7, 8 n 9 (no. 10 masih cenonet) while no. 1-5 dah merdeka!!! *sambil angkat tangan gaya PM no. 1*.

PBM datang
'melawat' kita setiap hari Jumaat pastu tetiba tukar ke Sabtu (cuti am di Johor). Bila PBM tak datang hari Jumaat (kita hip2hooray), but for sure dia datang hari Sabtu (oh man!); time tulah rasa macam nak buat2 demam aje sebab petang Sabtu adalah waktu afdal kita berseronok2 depan tibi tengok katun atau Daktari n singanya yang juling, siClarence tu, roarrr!!

Bunyi loceng basikal
pastu bunyi motor PBM adalah (cakap benar nih) tidak kita nanti2kan namun kita redha, cewah. Tanpa disuruh2, memasing mencecet ambik wuduk, salin baju tutup aurat dan capai tudung tersentil ramos. Siapa cepat baca, cepatlah habisnya pastu boleh tengok tibi atau main2.

4 beradik berdedai lepas sorang, sorang keruang tamu menatang Quran atas bantal, har3. Tentunya bantal yang suci dari apa2 yang tak suci, you know what I mean, kan? Abang no. 6&7 baca Quran dan kakak no. 8 serta adik comel no. 9 masih merangkak2 baca mukadam. Ada sebiji rihal aje dan ia harus diberi pada sicomel (kalau tak... tak nak ngaji!).

Alkisah cerita berkisar dalam bulan puasa. Jiran terdekat kita, encik Ali dalam kesedihan sebab kematian cik Gayah, isterinya. Nak dijadikan joke of the century kekdahnya, PBM pun bertanya (more like sergah) kat sicomel no. 9 (yang sedang kecot perot sebab tak tau nak bunyikan huruf), "huruf apa yang mati?" sambil menghala rotannya pada huruf berkenaan.

Imaginelah budak kecik kena sergah dengan rotan panjang sedepa terhunus depan mata (salah jawab sure kena satu das), you think dia dengar ke word by word yang PBM sebut tu? Ekceli sicomel tu dengar perkataan 'yang mati' aje maka dijawabnya slow n steady "cik Gayah". Kebetulan hari tu memang cik Gayah yang mati, so betullah jawapannya, kaaaan? :-)

PBM maintain poker face jer! So no one dares to laugh at me (ehh, was it really ME?).

Bila PBM balik aje, that joke of the century dah jadi bahan lawak n ejekan dari no. 6,7,8. Yalah, mentang2 no. 9 tu halus tak reti nak bela diri, kan? cuba ejek sekarang kalau berani? Kalau ejek sekarang, no. 9 sure join-in gelak bergegaaar tali perut usus lelemak bagai, egegegege.. tak kuasa nak sensitip n sensentap lagi dah!

Masa kita pindah kerumah no. 84 dari 8B, PBM masih tetap ajar kita mengaji. Sanggup dia naik motor datang jauh2. Masa tu, kita suka aje kalau hari hujan sebab kemungkinan BESAR PBM takkan datang punya, yeahhh!! tapikan tapi, ingat PBM tu tak reti nak pakai baju kalis hujan ke? Apalah kitorang nih... macam takde akal plak! *sambil tunjuk jari tepi dahi*

Bila abang no. 6 dah katam, tinggallah kita bertiga. Dah mengaji seminggu sekali, maka lambatlah nak katamnya sementelah si nombor 8&9, dari dara sunti dah jadi full-pledged dara, auwww.. maka paham2 ajelah mesti ada off day. Bila korum mengaji tak cukup 2 atau 3, atas sebab2 only Bak n Mak approved, maka sinombor 7 yang takde excuse not to mengaji macam tak puas hati plak! Haha, kan untung jadi pempuan, kan?

Alhamdulillah dengan kegigihan PBM mengajar, akhirnya kita katam juga lepas sorang, sorang. Mak n Chik apa lagilah hepi aje nak masak pulut kuning, kari daging n its trimmings. Kita jamu PBM dan doa dibaca by none other than PBM himself. I tell you, he had that awesome voice! Surelah kan? kalau tak dia tak jadi bilal kat Masjid Abu Bakar kat tepi laut, sepelaung aje ke Pulau Temasik.

Mereka yang disebut diatas semuanya termasuk dalam doa harian. Semoga tempat mereka disyurga Firdausi. Amin.

13 comments:

Cat-from-Sydney said...

Ramainya guru mengaji Aunty CS! Zaman sekarang, pakai Galaxy pun boleh belajar ngaji, pilih aje nak version mana, suara on or off, macam-macam kaedah pulaklah orang offer. Mama kita dulu ngaji dalam estet. Naik basikal siap kena kejar woofie sampai jatuh dalam parit...ada semalu...auwww.... purrr *giggles*

ahkakbatik said...

anak2 saya tak dibenarkan dek bapaknya sebut perkataan "mati" selepas depa dok ajuk kawan2 skolah dulu dok sebut kau mati... aku mati...
maka depa sebut...lipas itu kalah.. nyamuk itu kalah ... sampai la..

bayangkan cemana saya ajar ngaji dgn punyalah banyak perkataan mati? terkebil-kebil bebudak tu..

azieazah said...

Mula-mula nak gelak dulu, pasal si comel (skang harus lagi comel, kan? kan?) yang jawab “Cik Gayah“ mati. hahahahaha lawak


Betul, zaman dulu, mengaji dengan orang memang tegas betul. alhamdulillah, khatam juga kita, kan? ehhh macam kita berjiran plak? Ahaks!

Ramadhan 17th: Manis Kelat Kerja di Lantai Bawah...

kakcik said...

Zaman kakcik belajar 'mengaji' dulu, ustazah (masa tu panggil Cikgu) pakai tudung nampak jambul. Walaubagaimanapun, dengan usaha dan tunjukajar mereka, pandailah juga kakcik mengaji. Semoga roh mereka berada di Jannah. Amin.

Ibu n Abah said...

Bestnya baca kisah mengaji you masa kecik2. Seoralh2 i pun ada sibuk sama mengikut ngaji dengan PBM..
I mengaji dengan arwah mak.. tapi degil.. tak katam2..anak orang lain yg mak i ajar, katam.. i yang kena katam dengan orang lain...

blu4sky said...

hahahha...cik gayah yg mati...i rasa PBM tu saje buat garang klu x sure dia dah bantai gelak kat situ jugak... hahahha

Lili said...

Kander Som,

Patut ler sampai sekarang loyar buruk, rupanye masa mengaji lagi dah TER-loyar buruk! ngee~

somuffins said...

CAT
Harapkan ramai cikgu yg mengajar, patutnya I dah boleh masuk tilawah, kan? Niway, ceritanya gini: I sekolah ugama till std 6 n I attended at 2 diff. schools.
Psst.. ada tak bekas2 tanda luka kat your mama's peha masa dia masuk parit tu??


AB
Kiranya word mati is taboo in your family, ya? Apa kata guna 'pass away'? heheh. You dpt extra elaun jadi ustazah tak?


AZIE
Sekarang TERAMAT COMEL keadaannya, fullstop! Ehh..memanglah kita sama2 katam, tak ingat ke? Kan kita bertukar2 pinggan full of pulut kuning n abok2? heheh.


KAKCIK
Amin. Masa dulu semua orang memang pakai tudung nampak jambul, kan? Alhamdulillah kita reti mengaji (tapi I tak reti bertaranum).

somuffins said...

AKAK
Sah you anak manja lagi nakal (the fact that you tak tau bezakan pinggan n piring, tells it all, haha). I think kalau mak I yg ajar ngaji, sure kitorang 'tuang' sesuka ati.


BLU4SKY
I think so too. PBM saja nak maintain macho, kankankan?


LILI
Para loyar buruk adalah mereka yang cunning lagi witty, auwwww.. and the rest is history.

Maya Marisa said...

Aduih, bab cik gayah tu mmg lawak. I think if i were you pun, sure i gave the same answer.
Anyway, bila kenang zaman kecikX2 esp time ngaji dulu mmg ler best. Nak nak time khatam, seronoknyer dpt mkn pulut kuning & rendang...

somuffins said...

MAYA
Jiwa budak kecik kan luhur, tulus dan ikhlas? Kitalah tu once upon a time; only now kita lbh berhati2 bila menjawab sbb people's perception ada positip, ada negatip.

PatinPasta said...

Cik Som,
Dok gelak pasal orang tu okojot sampai tersembur keluar nama Cik Gayah :D

Saya dulu time mengaji, selalu gak cari alasan. Ada sekali time tengah tunggu turn ngaji, saya keluar surau and gi asah buluh nak buat penunjuk. Luka jari (sikit je). Terus tak datang ngaji 2 minggu. Haha! Apa kaitan pon tak tau.

somuffins said...

Aida
U shd see camana rupa PBM tu... takot kita taw.. Asyik okojot2 jer...

Tak de buluh buat penunjuk, camana nak ngaji, kaaaan? hahahaaa... ada kaitannya tuu.. (patut tambah seminggu dua lagi..kah2)