Saturday, 27 August 2011

27 Ramadhan - missions accomplished!

I thot by Saturday semua orang dah balik kedesa masing2 tapi tak jugaklah. Pukul 1030 pagi, keadaan parking lot sebesar stadium @Mydyn dah padat dengan kereta. Ramai lagi masih gah bersyoping kekdahnya. Malaslah nak pusing2 cari tempat kosong, buat bazir minyak dan pencemaran udara aje ek? *halo atas kepala sebab perihatin*

Thot of just going home until *light bulb* berkelip2. Sebelum beredar, I terus telefon Z, tuan punya kedai jual biskut raya to reserve a few balangs of kuih makmur n tart nenas. Fone sekali aje terus dia jawab walhal dah banyak kali I call dia dari rumah, tak dijawabnya pun, sigh.. The reserved kuih will be collected on Sunday (meant as buah tangan to the desa folks).

Done that I drove home but upon reaching home I make a u-turn. Tetiba rasa kepala nih berat jer so off I went to JM's house to have my crowning glory trimmed! Auwww.. Gone RM12. Murah yang amat almaklum the lady operates from home, there was no hot air being blown to my hair (sejak bertudung, hair dryer dah tak jadi my BFF); and the only entertainment while having your hair done is some magazines from the Flintstones' era (I always love Wilma. She is ever patient with pe'el Fred siboragas tu, haha).

Rumah JM dekat benar dengan workshop Lee (TB selalu hantar keta kat sini macam dah pajak pulak. Kalau kena tipu dek sweet talk Lee, kita pun tak tau). Car wash service kat situ dah beroperasi semula setelah sekian lama menyepi so siAga macam tau2 aje mintak dimandikan. I tanya Rajoo berapa ringgit? Jawabnya 10! Ehhhh, mahalnya? Takde vakum tau. 8 katanya pulak. Ehh.. kat Shell sana 6 aje. So I paid 6, hehe. Oh yes, am yet to citer about Lee's sweet talk me into .... (nantikan storynya in my next entry, okay?).


First time tengok buih rona biru 'terkois' sebab kat tempat lain guna buih putih. Melangok tengok siAga dimandikan makes me zzzzzz so I bingkas (tak jauh dari situ) kelori apek jual sayur n perishables. Beli sawi, kucai, mee kuning n ikan bawal. Apek dah nak balik so dia offer free taugeh. Dapatlah setengah bungkus (ekceli I nak sikit aje sbb D&T tak mamam taugeh).

Kalau I tau PA apek nak buang aje half baldi of taugeh kelongkang, sah I ambik bebanyak and distribute to Lee ke, JM ke. Sah siapek n PAnya kawan syaithon sebab membazir! Tak baek membazir, kan kawan2 kan? ehem...


Mee goreng for berbuka puasa. Can see the taugeh or not? I campak segenggam aje just to spare T's time menguis2 taugeh ketepi pinggan atau kedalam my pinggan.


Kari daging nih dimasak a few days ago. Masak bebanyak untuk makan dengan roti jala dan boleh juga dijadikan lauk berbuka/sahur. Sikit punya proaktif, hahaha! Masak kuah dulu, 2 hari kendian baru muncul roti jala.

Goreng roti jala guna non-stick pan yang masih dara hadiah besday dari Ndja. Bentuk roti jala tertakluk pada mood sipenjala. Ada dia kisah? hekhek..

.... dan ada juga bentuk spongebob square pants ...

Dari pukul 4-5 pagi roti jala siap digoreng. Takde masa nak gulung berseni bagai so I liFAt dua pastu liFAt dua lagi. Only T n mem ngap the roti jala. TB tetap makan nasi (tak ke mem dia tu rajin? dah masak nasi n lauk; masih tetap masak roti jala lagi?? heheheh... naik lip tekan sendiwi).

One of those days bila relationship dengan nasi merundum. Nak juga makan bubur lambuk. Nak, nak, naaaak! Cari punya cari, rupanya ada dijual kat situ. Situ tu kat mana? Situ kat situ laaaa, haha.. tapi bukan kat bazar. I cekut 2 bekas lutsinar among other goodies.

Alhamdulillah ... bubur lambuk tu I dapat preeeee, yeayyyy... <- bersorak dalam hati jer..takde aksi lompat kijang watsoeva!

8 comments:

mrs plain-june said...

kak.. kita pun lum balik lagi. tapi tak berhajat dah nk memeriahkan mydin atau giant. mau rehat cukup2.. sediakan body & mind utk perjalanan yg jauh ;)
selamat hari raya kak.. semoga bergumbira & dirahmati Allah sentiasa!!!

somuffins said...

June
Kat mana kampong halaman you? Jauh keutara atau keselatan? Semoga selamat dalam perjalanan.

Tq for the wish. Selamat hari raya to u and family too. Jumpa lagi...

azieazah said...

Kata orang kalu suka makan taugeh, nanti boleh jadi taukeh, kan? Taukeh dapur pun ok gak kan, SOM? hehehehe

Alahai, I sangat jeles tengok U menjala dengan penuh kreatif nya. Agaknya masa lenggang tu, lenggang perut dan pingggang sekali tak? ahaks!

Mira Marlena said...

Hari ni pun sama Cik Som,tadi konon nak la pergi PKNS tapi punyalah ramai umat!Parking dekat SACC MALL pun sama.In the end tak beli apa-apa...sangat mengecewakan... :C

Besok nak try lagi..ronda sampai dapat.Tak puas hati selagi tak nampak bayang baju2 yg bergantungan dan kasut2 yg tersusun rapi dekat rak kedai.Cantik roti jala sepanj bob tu...Oh and selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin kepada Cik Som sekeluarga.

Cat-from-Sydney said...

Aunty CS,
Ish...penatlah baca entry ni. Sorry erk, nak gi urut kepala Mama. Pening katanya. purrrr *giggles*

somuffins said...

AZIE
Kalau nak jadi taukeh, kena buat taugeh sendiri. Beli kacang hijau dan 'ternak' sendiri taugeh, pastu jual. Konpem jadi taukeh!
Bila menjala roti tu, I gerudi Inol. Kasi lubang lantai, ekekeke..


MIRA
Amacam? Dah dapat baju n sepatu raya lum? I masih tak beli apa2 lagi. Pakai aje apa yg ada dulu.
Selamat hari raya Mira, mohon maaf kot ada tersilap kata ;-)
P/S: Bentuk roti jala spanbob tu is oredi being patented, hehe.


CAT
Penat baca atau you tak paham cakap Melayu? hehehe... coverline ehh?? Anyway, be a gud gal, pi picit your Mama..

Tie said...

Selamat hari raya, Som... maaf zahir batin dari Tie. Raya ni Tie balik Kelate.. kalah undi, hehe...

somuffins said...

TIE
Selamat hari raya kat awak juga. Maaf zahir batin. Kali nih balik Kelantan sebab kalah undi? ekekeke... (mahap TERgelak, hehe).

Semoga selamat dalam perjalanan pergi dan balik; juga senyum seceria suria okay??