Monday 1 August 2011

Can't help it but grrr ... Part 3

Selamat menyambut Ramadhan pada kawan2 blogger yang dihormati (lambat sehari buat ucapan, kena bayar 'dam' tak? hehe..)

Baru tau keberkatan membaca Fatihah 3x, berselawat 3x serta berdoa beberapa minit sebelum batalkan puasa (salah satu waktu afdal Allah terima doa kita). Baca pada air, insyaallah air tu boleh jadi air penawar, wallahualam.

Siang tadi agak sibuk kehulu kehilir menyelesaikan masalah negara termasuk menjelaskan bil letrik which is due on 11/8. Dah bayar awal, diharap my rekod kembali bersih selaras rekod TNB. Patut tak declare war kalau bil bulan depan ada tunggakan juga? For sure, I tak nak jadi auditor dan tak nak jadi cikgu lagi daah tapi kalau jadi puan pengetua, I might give it a 2nd thought, hehe.

Seronok dapat kurma favorite kat Giant SA. Beli kurma Maryami dan King Baraka. Lagi best kalau ada buah tin/fig yang besar lagi moist tu. Kurma UsupTaiyoob belum make an entrance lagi mungkin lori rosak takleh buat delivery ...



Tamat kisah 1 Ramadhan beralih kita ketajuk luahan perasaan part 3. Tolong jangan tekan butang X tu dulu tapi kalau nak tekan juga, tekan pelan2 okay?

29/7: rentetan dari penggunaan braces, T terpaksa jumpa orthodontist <> setiap bulan. Kliniknya baru berpindah mukim so kita kesana berpandukan alamat. Sebelum berpindah mukim, jarak kliniknya 2-3 minit aje dari rumah. Tu juga sebabnya selama 13 tahun kita 'loyal' dengan karenah DN.

Nak dijadikan cerita dalam blog, kita tiba klinik pukul 1107 selepas mengharung onak dan duri mencari klinik. Alamat dalam tangan tak membantu, sama juga dengan alamat kat papan tanda yang sarat kena tutup sticker 'along'. Takleh jadi so kita telefon staff klinik untuk dapatkan arah tuju lebih mudah keklinik tapi arah yang diberi boleh tahan mengelirukan.

Akhirnya jumpa juga klinik, phewh! Masa kita tiba, ada cute boy K-pop (CBKP) sedang menunggu tapi tak sure dia tiba klinik sebelum ayam berkokok atau selepas lalat terbang, haha. Kita difahamkan DN sedang merawat patient A (appointmentnya dari 10-11am tapikan tapi....).

1140am patient A tamat rawatan. Staff B1 n B2 bertanya sama sendiri siapa patut jumpa DN. B1 beri lampu hijau pada CBKP dan B2
beriya2 kata "CBKP dah tunggu lama lagi pun T datang lewat" <-
Statement panas nih harus dibetulkan.

Tetiba muka T dah berosy cheek menahan kegeraman tapi I signal suruh sabar dulu walhal masa tu I sedang ambik mood untuk berperang!! T tetap mara kekaunter jumpa B1/B2, sedaya upaya meyakinkan both badigols dia datang lewat bukan sebab dia suka datang lewat, dah diorang beri arah tak tepat; lagi pun appointment T masih sah sebab dia tiba sebelum appointment CBKP bermula. Lain ceritanya kalau T tiba selepas 1130, say 1140 ke.. then memang patut T tunggu hingga DN done attending budak K-Pop tu, hehe.

CBKP overides T's turn just because he came in early and has been waiting long; while T was plain late! Bagus punya anggapan. In the first place, what's the use of having made an appointment? T dah tersangat geram, terus diajaknya balik sebab dia dah tawar hati nak jumpa DN. I tak puas hati lagi selagi I tak jumpa face to face dengan DN tapi I ikut juga masuk kekereta.

Dua beranak sambung melenting dalam kereta tapi akhirnya I masuk keklinik semula. Tunggu 5 minit sementara DN selesai merawat CBKP. Mukadimah I berbunyi "DN, I nak beritau hal sebenar. I tak faham kenapa budak tu masuk dulu sedangkan T patut jumpa you dulu".

DN n B1/B2 sama jer tak professional. Balik2 gave me that two stupid reasons; sebab T datang lewat dan sebab CBKP datang awal dan dah tunggu lama. Kita nih makhluk civilised. Hal kecik tak perlu bersidang taraf BBB. Kita boleh aje mengalah tapi mahap cakap, bila terbit anggapan tak betul, kami harus perbetulkan.

I beritau DN "kami lewat 7 minit sebab tak dapat cari klinik. Papan tanda alamat dah sarat dilekat dek sticker 'along'; lagi pun staff you beri misleading direction. Kita tiba sini pukul 11.07, masih dalam waktu appointment T jumpa you. Kami tak tiba lepas 1130 pun".

I bertanya lagi, "even if T comes in at 11 sharp and that time you ada patient A tu ... would you allow T to come in and attend to her instead ?? How can your staff let the boy in just because he came in early n have waited long?? All this while pun it's not like T never waited long for you until you're done with your patient..." *huff huff*

DN tak tahan dengan terjahan loyar buruk cos I gave her nothing but peluru facts. At last DN apologised and admitted she was 40 mts late. Had she been punctual, everything would've fallen nicely as scheduled. Shall I sue her then? haha..

Having explained all that to DN, I could tell she was still blur of something and I already felt tired. Tetiba DN tanya B1/B2 "T punya appointment pukul berapa sebenarnya??" Hadoiii...

Prior to that, there was at one point she blurted "then siapa salah? I salah?" <- masa nih before she admitted to me she was 40 mts late but all the same I said "yaa, you and your stafflah yang salah". Then she continued "Ok, let's get on with it, dont waste anymore time" to which I fought back "DN, I belum habis bercakap lagi.. please listen to me" <- masa nih I dah jadi singa jadian.

Yes, she 'heard' me alright but she kept on saying "we let the boy in cos T was late". Apa hal dengan doc nih? Arent all doctors bijaklaksana? Bila DN kata gitu I terus hilang kata2 tapi sempat naikkan jari hantu telunjuk to stop her from talking "OK DN, thanks!".


I terus keluar dan berharap takde angin meniup my physical being kesana lagi! Jangan kata kita bising pasal hal remeh. Dah 13 tahun kita jadi her loyal customer. Dulu setiap kali DN ketatkan braces T, T mesti bawak cerita yang menyedihkan hatinya. DN kerap menidakkan pendapat T tentang braces/giginya.

I bercerita pada TB sketsa diklinik baru DN yang gah tu. TB kata "kan I dah kata dulu??" <- whateva that means!

Akhir kata, kalau hal yang sama terjadi kat you, you biarkan aje atau you jadi singa jadian? Suka tak kalau orang cut Q?

Nota: Mahaplah jika jalan cerita berulang2 dari atas kebawah; I pun dah rasa terhoyong hayang, rasa nak pitam!

13 comments:

Kakcik Seroja said...

Ingatkan di hujung cerita, you akan tulis 'semua tu I cakap dalam hati je'! ;-)

ceria wan said...

SELAMAT BERPUASA UMI.. ;)

Cat-from-Sydney said...

Aunty CS,
Mak oii...garangnya! Kalau DN tu pakai dentures, mau tertelan sendiri. Kalau nak tukar kepada orthodontist yang lebih gentle, habaqlah. Mama ada kawan punya klinik kat Bangsar. Like sepelaung je dari BSC yang ada kedai Patchi tu. purrrr *giggles*

Maya Marisa said...

teringin nak tengok cik som 'live' jadi singa jadian. sure cute kan kan kan..

ahkakbatik said...

CS.. kalao entry CS ada satu perenggan lagi...saya pong pitham!!
kalo saya, gud bai sama tu DN... duit gua, sukati gua mau kasi sapa.... sapa mau, layan gua elok-elok haaa...

sabo CS.. kita minum dulu!!!

Ribbon and Circus said...

wow..garangnyer cik som.. takpe cik som, berani kerana benar.. DN tu dah pening lalat lah kot..obviously dia n staff yg salah lam hal nih hehe

noir said...

i think your expectation is reasonable. lately, isu punctuality dan professionalism doktor diperbahas hangat.

sabar cik kalsam...oops cikgu som

CS said...

KAKCIK
Semua tu real belaka :-)


CERIA WAN
Puasa? Tak nak aaah...


CAT
Nak pegi Bangsar?? Jauhnyaaa.. kita tak biasa drive jejauh sampai Bangsar. Kita berani gi Shah Alam jer.


MAYA
Timakasih cos you have faith in me (that I look cute in whateva form, hahahahaa...*teruja*).


RC
You r right, berani kerana benar. I tak selalu 'garang' cenggitu tapikan tapi I didnt tinggikan suara pun. I cakap dgn tonasi firm aje gaya lawyer berkaliber, ahaks.


NOIR
Glad you are with me hence I mahapkan you sebab memanggil I by those 'two names'.

Ibu n Abah said...

Kak SOm...
jika i baca ketika perut lapar puasa.. lain rumusannya...
mengenali i ini adalah seorang yg selalu bias dengan orang yg rapat 'mcm u'.. i biarkan perut i penuh dahulu barulah i boleh merumuskan...
- Memang tak patut DN membenarkan budak yg kononnya tunggu lama masuk sebab T dah ada appointment, Itu gunanya appointment. Kalau kita main terjah jer, kita boleh faham...
Situasi ni i pernah kena masa servis kereta. I datang awal pagi... kerani kaunter dok melayan orang yg ada appointment... memang depa betul2 tak kisah i yg dok terconggok depan tu... orang yg masuk kemudian dengan appointment, depa layan walaupun 2jam lewat dari i...
sabarkan jer.. pengajarannya... i akan buat appointment bila nak servis kereta...

Cat-from-Sydney said...

Aunty CS,
Kalau macam tu, macam mana Aga nak kawan dengan Kimi? Mama kata....alah....naik tren pun boleh! Bangsar je....bukannya Kepala Batas ke, Bayan Lepas ke.... purrr *giggles*

kak ja said...

Kak Som, u tgok dak citer The Marathon Man dulu? Ada scene depa org jaaa-aatt cabut gg mangsa yg masih kuat dan sihat walafiat, semata2 sbb nakkan maklumat..

Hmmm.. I baca n3 u ni, rasa mcm nak buat mcm tu kat DN..

CS said...

AKAK
Setuju, sesungguhnya manusia nih boleh berubah karekter bila dia lapar dan bila dia kenyang, ngeh3.
Rumusannya: Kita belajar dari kesilapan dan kita perlu berani bertindak bila keadaan memerlukan.


CAT
Ha'ah ek? Aga lum jumpa Kimi lagi tapi Aga tu cam ownernya, amatlah femalus.. Niway, kita mabuk bila naik komuter :-(


JA
Ganazzz sungguh you! Tapi I boleh aje jadi your partner in crime. Apalah sangat cabut 1-2 gigi tanpa ubat pelali, khaan??

Kongkang Malaya said...

Cik Som,
Haish.. saya yang dok baca pon makin baca makin geram. Haha!

Bagi saya la, kita bukan la jenis tak kena sikit, terus nak berperang ke hapa. Kalo dari awal staff cakap dengan molek, and DN pon amik tau apointment T kol berapa and tunjukkan la sikit appreciation loyal customer yang dah berpuluh tahun ni.. ha kita pon tak de la jadi transformers, kan? Saya setuju cacam Cik Som sebut la, hal gini kena diperbetulkan.. sebab memang tak betul benor.