Tuesday, 8 May 2012

Sang suria memancar pada saffronku...

Kerja wajib setiap pagi .. bukak pintu leading to the small washing area, bukak tingkap dapur guna skru drebar, ahaks... sambil intai the alleycats (ada sekor kitten tu so comel berbulu lebat cam Wolverine, geram tengok) ... then do the normal chores .. tapi pagi nih .. ishhh, mulalah I nak berleter bila tengok one pot masih ada lauk daging masak kicap tak bertutup!

Kerja siapakah ini? Dahlah lauk tu tersedap dari biasa, ehem.. takkan nak buang sebab belum basi lagi. Hmm... terus ambik specs untuk mempastikan cikLat n cikNgau lum menapak dlm lauk tu lagi. The coast is clear, takde tanda sebarang pencemaran. But then again, what abt cikLip n cikCak? Dua ekoq nih bukan boleh percaya pun, kaan? Buatnya depa bersekongkol?

Anyway, pesalah dah dikenal pasti. That was his 2nd 'tak perasan', come the 3rd one, I smackdown aje kang. Brutal tak? haha ... ada I kisah? wpun anytime kudrat dia lebih dari kudrat Umi dia. Smackdown anak beranak piat telinga aje pun :-)

Hari nih sang suria menjanjikan sinaran terik mencengkam2 kulit .. Harus guna sun block dan berteduh bawah payung berkelah tepi laut bila jemur kain (dan keropok) nanti, hekhekhek... "I tak biasalah panas2 cam nih..kulit I kering rosak hitam kang. Malaysia nih panas ekk?" <- hahaha macamlah....... *sila sambung ayat sendiri....* 

sang suria menembusi langsir berusia 2 dekad, auwww...

Takde genie dalam botol nih tapi dalamnya terkandong saffron @ kekoma seberat 3gm. The last thing I would expect TB to bring home from office, hehe.. which I was very delighted to have it albeit sikit terlopong mulut comelku bila tau harganya.

So this saffron will be added to my list of harta dunia apart from the vanilla beans which I so sayang, given to me by Ngah/Teh. Tak dapat emas pun takpe tapi kalau nak beri gelang Pandora dari HJ, I tak tolak :-)

Semalam I baca Noir's latest entry 'my wife is not romantic', makanya dengan semangat berkobar2 jalur gemilang, I pun komenlah sepatah dua kata, hehe. I kata I am romantic at heart sebab benda2 yang orang lain anggap romantik I tak buat; tapikan tapi masa temankan TB had his dinner/supper at 12am I pun tanyalah "pada pendapat youlah kan.. I nih romantik tak?".

TB tak pause masa beri jawapan dan jawapan tu literally buat I beralih punggung terus duduk atas pangkuannya, auwww... hamboi, sukalah tu?
namun.. baca boleh, percaya jangan (BBPJ).

U-turn kejap... masih nak cerita pasal saffron. My beloved Mak, apart using the saffron to cook beriani, she also used saffron to make this one particular drinks, air Beyh namanya. Pernah dengar tak? Mak hanya buat this authentic cordial masa hari raya sa..ha..ja!

 Zaman nun dulu, minuman spesel nih dihidang khas dalam majlis diraja istana Johor aje. Bahan2nya: gula, air, daun pandan, saffron=kekoma (takleh ngelat guna esen kuning) yang dialunkan dengan berjenis2 herba/rempah.

Maybe ramai dah pernah dengar Air Beyh? Air nih dah dikomersialkan and katanya very famous kat Johor..heheh.. Hidup Johor! Sementelah dah dikomersialkan, selain kordial terdapat juga sparkling drinks dan bermacam2 lagi ...
*sila google for further info jika minat*.

17 comments:

lemongrass said...

Cik Som,
patutlah your saffron lagi mahal dr saffron I. Siap duduk dlm sangkar cantik giler! hehehe...
Takpe...tambah harta dunia tu boleh menghappy kan hati :-D

Noir HA said...

CS, I terharu bila you gambarkan post I ada kesan (ke I perasan?). Macam nak ... malu nak cakap :)

Banyak juga harta donia you, CS. I pun nak start kumpul lah cam ni!

Anonymous said...

Tahniah la Cik Som, harta dunia yang termahal sangat compare dengan spices yg lain.

Air Beyh, memang tak pernah rasa. Tapi air moderen yg namanya Katira pun belum saya rasa walaupun umurku hampir separuh abad. WooHoo

Air masak kosong je telan 2 1/2 liter sehari sebab I nak jaga badan.Bukan jaga badan lun melecun cuma nak kidney ok, jantung ok dan tak obese. InsyaAllah & Alhamdulillah dengan apa yg ada ni.

Dah tua nanti tak mau la bertongkat atau naik kerusi roda menyusahkan orang. Sebab tu beringat dari skrg.
melalut pulak..oops!

Ahkak

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Aslmkm CS..
Ada org menjual Saffron kat Ofis ya..Oh bagus..By the way mana you dpt vanilla beans pulak..itew pun mahal tau..
Apa pulak spesial rasa air Beyh tu CS?
Sori, bnyk pulak pertanyaan..

DeLancrettLurpak said...

CikSom, lepas baca entry u, i terus google air beyh tu. Eh eh, mmg ada jual online and they say it's a health drink. Hemm, berapa la harganya sebotol (they didn't mentioned the price) sebab botol nya pun cantek... and ada blog panggil air beyh tu wine melayu, errrr....

PatinPasta said...

Cik Som,
Amboi..berhalus sungguh packaging saffron tu ek? Ala2 kanta besor pon ye jugak, kasik nampak besor and banyak sikit :D

Lepas Cik Som tanya Tb soklan cepu emas tu, dia tak tanya Cik Som semula ke? :D

Ibu n Abah said...

kak som..
part tu meloncat duduk ke pangkuan TB tu buat i pause sejenak...
nak bertanya...
TB sempat tak habiskan nasi yg dia makan tu?
Hek Hek Hek Hek....
(ketawa miang)

Ibu n Abah said...

Silap...
Part U meloncat ke pangkuan TB sewaktu TB sedang mengadap supper... ekceli yg i nak tulis tadi...

Anie said...

Cik Som,

Ahemsss2 duduk atas riba encik TB di kala malam hari....auuuuww I percaya romantika amat ;) sukkkkaaaa......

Apa kisah dgn lauk daging masak kicap yg tersedap itew? Masuk Cik T atau dapt diselamatkan?

bintangjauh said...

Salam CikSom,

Sebotol besar itu saffron mahu kempes mengecut purse-nya..., jika Ratna beli ada beberapa helai cenonet sahaja karena harganya... ya ampun... kenapa murah sangat oops! mahal sangat sangat!

Romantik di-ribaan suami lagi romantika itu langsir yang ber-lacey halus, CikSom penggoda terulung!

Ratna tidak pernah tahu dan kenal itu air Beyh minuman istana walhal......?

Salam manis semanis madu.

Amelia said...

Hi Somuffins, itu Saffron kasi baling sikit kat JB lei. hehehe...

Ada sibuk sikit, will come back again. Good night.

kak ja said...

Air bah I tau, lah!!

Yong Kamariah said...

nasib baik kak yong tak pandai nak guna safron-meron nih, klu tak berjuraian airmata ler setelah membayo harganya, the one and only masakan guna safron i pernah rasa adalah nasi apatah yg ada sorang chef kt tempat i keje masak during one training, lepas pekena set nasi tu terus lalokkkk...

somuffins said...

LG
Harta dunia yg satu tu buat I tensionlah pulak. I bukannya rajin dan tau masak yg authenthic2 guna saffron. Just hope my hubby tak tanya bila nak masak guna saffron? But then again, terpaksa mengaku having that thing does make me happy.


NOIR
Eh taklah, you tak perasan. Memang terkesan jugaklah kat lubuk hati I nih, if not tak kuasa I nak tanya my hubby soklan cepumas tu. Tak pasal2 I jadi 'mangsanya' nanti, oooops! Apalah bendanya you nak kumpul tu ek?


AHKAK
I tak pandang saffron tu as harta dunia termahal. I pandang bende tu macam tembakau, rasa cam nak buang2 aje, hehehhh... Ngade aje ek? Anyway, syabas kat you sbb peka menjaga kesihatan. Siapa yg suka bertongkat atau berkerusi roda, kan? Unless kita nih berniaga barang2 macam tu, tul tak??

somuffins said...

ARTLOVER
Sebenarnya my hubby beli saffron (termasuklah kurma, figs, jus buah delima, keropok ganu) menerusi officemate yg bermurah hati tolong belikan dulu. Vanilla beans diberi oleh my sisters as buah tangan whenever diorang makan angin kat Perth. Rasa air beyh tu manis dan berherba (tak reti camana nak describe tepat2). Banyak pertanyaan disambut dgn banyak penerangan *wink*.


DLL
Memang betul packaging air beyh tu cantik dan menarik. Harganya juga boleh tahan (sepatah kata my fren dari JB).


AIDA
Botol ala kanta pembesar tu adalah ilusi optik semata2. Isinya ciput aje pun. Lepas I tanya soklan cepumas, TB tanya I balik 'romantik tu apa maknanya ek?'. Ekekeke..dia pun tak berapa faham kekdahnya

somuffins said...

AKAK
Mana ada part meloncat duduk kat pangkuan TB? Kan BBPJ aje tu? Lagi pun I nih kan mega berat? Kang dua2 nangka busuk kelantai. Dah takde aksi meloncat maka TB dgn tenangnya menyuap nasi sampai licin, siap berdessertkan mangga manis.


ANIE
Hehehe... you pun ingat I beromantika d'amour ke? Nothing happened, saja buat penyedap entry jerr.. Apa kisah dgn daging kicap tu? Shhh..I makan dgn leftover nasi bertemankan masak lemak pucuk paku. Alhamdulillah perut tak meragam.


RATNA
CikSom penggoda terulung disebalik langsir lace berusia 2 dekad tu ? Muahahahaa...TAPI kalau I duduk lama kat Perancis, maybe feeling romantika d'amour will come naturally. Psst.... '...walhal'? Sila sambung kat blog Bintangjauh, boleh??

somuffins said...

AMELIA
Saffron tu sangat ringan so I'll ikat aje dengan batu. You tunggu taw, I baling kat Taman Molek jauh sikit dari taman you so you takyah pakai helmet, ok? :-)


JA
Nasib baik you tau air bah... Sampai sekarang I masih tak tau apa maksudnya, ahaks.


YONG
Saffron boleh buat orang lalok sama effect macam makan kas2? Sekali sekala lalok, ok kot? ;-)