Monday, 7 July 2008

Auld lang syne ...


28/6 - Sabtu
Hari yg dinanti2kan tiba jua. I rasa sedih sangat2 you. Z pun rasa cam tu. D? suka kot mesti prasan dia anak tunggal. T? Hmmm, berbaur2 kot. Mana taknya, kali pertama nak berjauhan dgn Umi & Abahnya yg 'werld tak werld' tu.

Dipendekkan cerita yg boleh tahan panjang, maka saat berpisah pun tiba. Alahai dara I tu, masa peluk2 dah nangis bergema. Kesian kan? I tahan ati dan perasaan aje. Kalau I nangis sama, keadaan akan lebih bergema. Tak pasal2 Shah Alam masuk dlm kawasan gempa bumi (kesian kat Lina, Faridah & Mariah yg duk kat sana). Teringat cerita Mak meraong kalah bunyi Boeing 747 masa Long terbang ke Ostolia pi belajar (zaman Malaya dulu).

Petang tu sambil golek2 sambil membelek gambar2 yg ada kat HP. Huwarghhh.. turn I pulak untuk nangis bergema (penuh keanggunan) bila tengok gambar2 yg diambik masa hantar T tadi. Airmata beku kat pinggiran aje. Satu gambar T dlm biliknya dah selamat dijadikan wallpaper HP. Maka... tertidorlah I dibuai angin dari kipas rona perpel..

Bila tersedar, I terus capai HP kot2 ada sms dari sesiapa (maklum HP dimutekan while I was slumbering). Teragak nak check gambar2 yg I belek tadi. WARRRGHHH!!! Rasa cam nak nangis sebab gambar2 manikam yg dah terkompol sebanyak 70 images HILANG just like that. Tinggal 5 aje. Nak salahkan siapa? I ke? Ishhhhh, menyampahlah!

29/6 - Ahad
Terasa sunyi aje hari ni. Minda terbayang2 dara yg berada disana, disana, disana .. Apa dia buat? Dia makan tak? OK ke dgn kawan2 baru tu? 100 serba 1 soalan bermain diminda. Tak disangka2 pulak CikLi meluahkan isi hati bahawasanya dia juga dah rindu kat daranya itew. Auuwwww... you tak macho laaah Ling! Ekceli I like it bila dia luahkan perasaannya cam tu (maka berkatalah I dlm ati "AKU CINTA PADA MU, MAS" (kena sebut slang Indon kalau nak dpt FEELnya).

30/6 - Isnin
Besday my best fren. Fren yg tersangat kuat semangatnya, sabarnya dan tahap toleransinya. I banyak curi semangat darinya. Sekarang ni dia habiskan masa di rumah menjaga bujangnya yg sedang sakit Lymphoma, sejenis kanser. I sent her SMS dgn kata2 semangat dan doa agar Allah spare her a place di AlJannah. Insyaallah.