Wednesday, 23 July 2008

A long day at Zebrina (part 2)


Haha, ada part 2 gitu (gambar hiasan tetap sama).

Lepas segalanya dikemas dan tersusun, maka kami bibik2 yg diimpot dari KL pun menghela nafas panjang sambil menegakkan apa2 yg patut ditegakkan.

Rehat time minum minam, makan goreng pisang dan buah2an sambil membelek2 berjenis2 sachet minuman yg berlonggok atas meja. Bila terpandang Eno, I pun teringat kat apam gebu yg kembang cam bunga tu. Tanya kat kakak2 samada diorang tau tak buat apam tu? Sorang kakak kata pernah buat duuuuluuuuuuu tapi resipinya dah hilang. OKlah tu!! Nasib I tak mengidam.. (tssk..tssk).

Tetiba kedengaran bunyi salam dan terdengar nama manis I dipanggil. Haaa.. my friend has arrived. My friend ni duk kat Bukit Cedang, barely 5 mts from Zebrina. Dlm keta kura2 tadi, I sempat sms beritau keberangkatan I ke Seremban. Exchange hugs and kisses, dan dapat pulak buah tangan yg memang betul2 buah. Ada 2 jenis moktan dan WAAHH!! terlebih sudah.. macam mimpi jerr.. APAM GEBU KEMBANG CAM BUNGA ada depan mata .. Can u believe that she brought apam gobu??? Alhamdullilah ...

Dah lama tak jumpa kawan yg sorang nih. Tiap tahun kami bertiga akan pi makan2 selebret besday tapi keadaan tak mengizinkan sekarang (sob2). Tak cukup berbual disini, dihangkutnya kita ke rumahnya. Duduk takat 20minit terus keluar raun2 keliling Seremban 2. Sambil raun2 sambil bercerita dan mengadu hal .. I cam biasa jadi TELINGA ... bak kata omputih "I'm all ears".

Sebelum berangkat ke KL, ada satu lagi sesi makan2@late lunch. Tiba PJ waktu Maghrib. Dalam keta tadi dah WORRY bebenar teringatkan kena drive waktu malam rentasi Fed. Highway. Ni kes terpaksa, so kena buat juga. Kena tiba rumah selewat2nya pukul 9 sebab ada satu lagi misi yet to be accomplished.

Doa berbakul2 lagi. Syukur !!! tiba rumah dgn selamat dan jayanya within 15 minutes. Tepukan gemuruh untuk diri sendiri ...

To be continued ... (harharhar)

1 comment:

cikguliz said...

Wa tunggu Part 3 baru nak komen...