Friday, 7 May 2010

An apple a day ...

I masih berhutang 2 tag. Insyaallah akan dilaksanakan. I sker gak buat tag2 nih tapi biarlah yang 'seperihal' dengan diri sendiri. Apa makna 'seperihal' tu? hahaha .. tak sure maksud sebenar but I think maksudnya lebih kurang 'ukur baju dibadan sendiwi' (takyah guna khidmat tailor, kekdahnya). Ishh.. apa2lah.

Kalau buat facial, 'dai' wambut atau perm wambut bolehlah juga pejam2kan mata sambil pasang MP4 menikmati lagu2 Albert Hamun; (eksyen jer sebut MP4 walhal bukan ada pun); tapi amatlah tak sesuai bila dentist sedang buat kerja akin pekerja JKR -menggerudi, memancut serta menyedut air, menyocok dan tetiba menyalai; takde makna dengar apa2 lagu pun!

BTW, pernah dengar gusi kena salai? Baunya macam wambut kena bakar. Camana I tau baunya cam tu? Dora Explorer comes in many forms kan? So, masa kekecik dulu, I explore lerr ... bakar nih, bakar tu (tak terkecuali misai kucing tapi takde penderaan okay? Kucing beri dgn ikhlas).

Sesi berjinak2 dengan dentist masih belum berakhir. Minggu depan ada lagi .. there's one more graham bell tooth to be given a TLC! Apa2lah doc, you just do your best. Duit boleh dicari, kan doc kan? Sepatah kata my BFF "kat swiss bank banyak lagi kan?". I kata "dah tertimbus kat swiss alps and now mapnya pun dah hilang, how?". "takper, boleh guna gprs" balasnya pulak.

Sepatutnya hal jumpa dentist hal semalam tapi setelah pusing2 setengah jam atas jalan tar yg sama masih tak dapat2 juga park kereta maka I rescheduled ke pagi nih. Segala errands dah disetelkan semalam, bayar bil cosby, beli grocery dan segala manikam termasuklah buat spec baru; yeayy spec baru!

Pekedai: Boleh saya bantu puan?
I: saya nak harga untuk orang dah pencen dan yang murah (arrhar3)

Tanpa disedari, 2 jam I berhaggle kat kedai tu. Ikan, udang and all perishables dalam troli menjerit2 "cepatlaah, balik.. cepatlaah balik, panas nih". Hahaha, ada I kisah??

Deal closed. In less than 2 weeks bertambah tewang bendewanglah dunia I, insyaallah. Yes teWANG but there goes TB's wang, tapikan tapi ... camana nak bitau dia I dah terover bajet? Sekarang nih I dah melawan tokay. Camana ek? Terpaksalah beri dia email aje ... (too guilty n too scared nak bitau face to face, helllp!!!).

Dear Ehem,

I hope you are in a swell mood, senyumlah sket. Ingat tak you janji nak belanja I buat specs? Well.., I baru jer buat specs yg glassnya berupaya melihat alam semesta dengan kuasa bionik terang tak kira siang atau malam. Glassnya giler cun sebab boleh layan cahaya UV jadinya you takyah susah hati kot terjadi apa2 pada mata I yang kerap ngadap skrin laptop, skrin tivi atau skrin hp (hp I pun dah tua you, you tak nak belanja juga ke? hehe.. just try my luck). I kena juga buat specs cam tu untuk mengatasi rabun ayamitikangsa; sebab bila mata dah bermasalah, keadaan akan lebih rumit. Lagi pun you mesti suka tengok I lawo cantik bergaya dan takde frown2 bila I carikan uban you, kan??

Orang beli acuan bundt, I pun teringin juga. Dari harga RM12.90 sebiji turun ke RM5, tak terkesima ke? So ... I hangkut 4 jer. Buat kek ke, tak buat ke, different story :-)

9 comments:

kakcikseroja said...

Kalau dah siap kek tu, jangan lupa kongsi dengan kengkawan, ya? :)


(Setiap hari terkenangkan QJ.. apa khabrmu di sanaaaaa...) :(

aintsuperwoman said...

hehehe..`hangkut je, buat tak buat lain citer!'

Som, I ada beberapa acuan kecik besar sederhana yang masih baru trang tang tang dalam gerobok (yg masih belum digunapakai!) :D

Yang penting masa beli tu, SEMANGAT! SEMANGAT!

Ibu n Abah said...

kak som,
baru i nak belajor buat semolina pudding, u dah beli acuan cenggitu.. kuih apa you nak buat pakai acuan cenggitu???...
i nak copy paste surat youlah..nak mintak 'bread maker'...

acciaccatura said...

Ala Som, beli pinhole glasses senang. Settle segala rabun jauh dan rabun dekat. Time panas terik pun sesuai jugak. Kat kedai Daiso tu lima hengget je, sama harga acuan you beli tu. Orang Kemamang siap order 2 lagi hari tu.

somuffins said...

Salam semua ...

KakCik, kalau siap kueh tu nanti, I akan kirimkan BAUnya diangin lalu, eh? :-)
QJ? ya betul .. masih teringat2 kat dia jugak.


Fa, exactly! Semangat mesti UP!


Akak, acuan tu sesuai untuk semua jenis kek kot? Buat agar2 pun boleh. Surat untuk kekasih for the BM kena buat cepat. Kita nak tengok roti dari your water hand


Eleena, mana nak beli pinhole glasses tu? Katne kedai Daiso tu? Org Kemamang order pinhole glasses? Is it like specs?

fa*atip said...

som, blog lama dah masuk safety box. Jom! singgah kat rumah baru. I dah buatkan pengat pisang untuk you! hehehe

acciaccatura said...

Som,. a'a dia specs yg berlubang-lubang halus sebesaq pin. Somehow bla kita look through the pinholes, kita boleh fokus lebih tepat. kena google sikkek part ni supaya lebih faham. Kedai Daiso tu tingkat 2 di The Curve, ataih Borders, sebelah Yamaha. Kedai tu kedai lima hengget. Semua brg dia lima hengget. Tapi Som, farmasi pun ada juai, tapi mahai. Sebenaqnya Som, pinhole glasses ni utk train mata, tak buleh pakai 24 jam, penin nanti.

Aida Rezuan said...

CS,

Huhu.. emel sungguh ke?

Sy tingat time sy buat spek kat Mak sy dulu. Mahal sbb untuk segala rabun bagai. Dia pakai dalam 2 minggu jek. Alasan dia, bingkai tak cantik. Wawawa!

somuffins said...

Fa, your latest blog is kinda romanticlah where you berdua berpadu tenaga membina blog. Thanks for the pengat pisang, yummy
! :-)


Eleena, thanks for the explanation. Kedai Daiso kat the Curve? I tak sure samada I pernah ke d'Curve, hehe tewok kan?


Aida, I tak faham .. 'emel' tu apa ek?
Bila beli specs mahal, nak nak guna duit sendiri maka wajiblah pakai, no choice. As for your mum, you belikan dia pesyen specs ala Nana Maskouri kot? heheh..