Friday, 28 May 2010

Jalan jalan tukar angin ...

Upacara semalam berjalan lancar tapi mencii taw. I telah dipersilakan masuk ke dewan annex jer sebab dewan besar dah penuh (kot?). I pulak mati2 ingatkan dewan tu dewan besar. Maka tak dapatlah I wave2 kat T bila dia keluar bercatwalk atas stage tu, heheh.

I thot bolehlah I simpan airmata setitik dua, namun tertumpah juga dipinggiran. Dah besar amoi I rupanya. Terkenang ayat pelatnya dulu "achem Mi"= nak dukung. Kalau nak ikutkan hati boleh melalak2, haha tapi tersangat ssebak esp bila menghayati ucapan dari VCnya tapi I tetap konterol.

Bila tengok T sengih mengih, rasanya biarlah dia berkeadaan begitu selama2nya namun hidup di dunia nih mana boleh cenggitu. Tak real namanya tu, kaan? Apa pun, jadilah hamba Allah yang sentiasa bersyukur dan jadilah anak Umi n Abah yang taat dan patuh.


I sedang menunggu chofer dari Sban nak cekut I ke KL. Bukan nak gi shopping tapi nak kerumah kakak. Misi merewang cenderahati disambung dari minggu lepas. Boleh tak kalau kita tak beri cenderahati pada tetamu? Hehe, mestilah jadi bahan umpatan kalau buat cenggitu, khaan??


I nih memang tak senonoh taw. Niat murni sentiasa berkilau2an (cewah) konon nak bawak kueh mueh kerumah kakak namun niat tinggal niat aje. Lesap semuanya .. kueh bakar jagung, kek butter creamcheese, kek pithang .. hampeh betul I ni taw.


Chofer dari Sban dari hantar pesanan katanya "sket lagi sampai". Harap2 sket lagilah tu. Jangan dia kata sket lagi walhal dia baru tutup gate rumah dia, kahkahkah (kah) <- extra 'kah'.


Nampaknya anak2 burung kat rumah kenalah cari makanan sendiwi sebab ibu burung nak berkicau2an kat lain daerah.

13 comments:

kakcikseroja said...

Salam CS.. selamat bershopping :)

Ibu n Abah said...

salam kak som..
seronok kan berkumpul2 adik bewadik sambil jadi 'buwuh paksa'...
kami pun ada ..... yg bila ditanya, otw memanjang, tp bila dah byk kali kena, dah faham sgt.. otw tu maknanya dia baru otw nak mandi....
i setuju betol kalau godie bag tak pyh buat... (mmg kena haruk dgn tetamu sepanjang umur..)

3E said...

Aunty Som,
congrates buat T....congrates jugak buat umi T yg sungguh2 besarkan anak agar jadi org berguna...

best la kumpul2 ramai dgn beradik...pastu kalau ada makanan lagi happening...smabil makan sambil bercerita...sure tak hinggat dunia punya....

azieazah said...

Dewan Besar dah penuh? uihhh kalu gitu kena pegi awal ler. Tak patut ler, kan parents dapat pelekat keta khas, dapat ler masuk dewan utama, kan?

Thanks.

Berkicau ler selagi suara tak serakkkk...

zeqzeq said...

bila sudah tukar angin bersemngat kembali..

fa*atip said...

Boleh tak kalau kita tak beri cenderahati pada tetamu? Hehe, mestilah jadi bahan umpatan kalau buat cenggitu, khaan??

(Alamak! Mesti dah ramai orang yang umpat I laaa...)

kak ja said...

boleh tak goodie bag tu diisi dgn laptop sebijik ke..?? or mebi kunci ferrari ke..

I think, tetamu tak patut komplen kalau xde buah tangan.. Semua tu memakan belanja gak.. Cian tuan rumah.. Dpt berjumpa, makan2 then balik, itu sepatutnya dah cukup.. Yg penting doa kita buat pasangan pengantin baru, biar kekal selamanya, sepjg hayat..

somuffins said...

Salam semua ;-)

KakCik, misi kesana bukan untuk bersyoping tapi untuk 'merewang'...


Akak, memang sewonok berkumpul adik beradik ipar duai *sambil senyum*, lebih2 lagi masa waktu makan ...


Azie, haran gak, dapat pelekat keta takde beri kesan apa2 tapi bagus juga ada disediakan bas (seram O! naik bas cam naik roller coaster jer).


3E, timakasih. Betul tu.. mmg lagi happening bila mulut sama laju mengunyah dengan pergerakan tangan.


zeqzeq, tukar angin bersemangat kembali.. patutnya begitulah tapi semangat cepat lunturlah pulak.. Caner tu?


Fa, ramai nampaknya cam setuju takyah beri cenderahati. Well.. pussy in the well :-)


Ja, takat laptop? Apa ada kesahh?? har3.
I setuju pendapat bernas you tu. Bukan semua orang ada duit, ada modal insan dan bukan semua orang suka dapat cenderahati (saper gaknya owang itew?? Tapi kalau tv LCD 80inci I tak tolak, heheh).

Aida Rezuan said...

CS,

Anak CS konvo ye? Congrats to her, and you too! :)

somuffins said...

Aida, timakasih ;-)

G'Zain said...

Salam Cik Som,

Congrats Cik Som Dara dah Grad. Mak Dara leh lagi kut nak sambung belajo he he he

acciaccatura said...

Alhamdulillah, tahniah buat T. Anak I pulak Som, baru nak menjejak.

somuffins said...

Salam Gee, tq. Dara masih sambung belajar lagi tu. Mak Dara tak suker belajar. Dia suka mengajar plak.. hehe.


Eleena, tq. Insyaallah anak you akan menjejak dgn cemerlangnya.