Wednesday, 5 May 2010

I have my say ...

For whatever reasons, berblogging pun boleh mendatangkan masalah. I memang rasa amat dukacita ia boleh terjadi. Hairan pun ada.

Dah 2 tahun Al-kisah dicipta, tak pernah sekali pun I terima e-mail berbentuk keluhan atau amaran, jauh sekali menerima kata2 pujian. I berada dalam keadaan selesa but having said that, baru2 nih ada komen bertulis dari sorang pengecut yang menghamburkan kata2 tak manis. Takde satu entry pun I tulis fasal politik tapi I dapat komen mengatakan I nih parasit sebuah parti memerintah. For that, I just have this to say "k.h.h!".

Sejak baca some concerns dari para bloggers tentang sesuatu, I mula berfikir dengan lebih serious tentang perkara berikut :

Perlu ke disimpan nama2 blog pada sidebar jika blogger berkenaan :
* tidak aktif dan tidak berusaha mengaktifkan blog
* privatekan blognya secara senyap, takde susulan mempelawa
* pilih bulu
* tak kisah menjawab komen kita dalam blognya
* tak peduli tinggalkan sepatah dua komen dalam blog kita
* lebih suka jadi silent reader seumur hidup


Sudah tentu jawapannya "terpulang pada individu, semua tu hak masing2 takde paksaan" tapi jangan lupa tentang satu perkara ie hemah. Hemah does make a great difference.

Satu lagi my concern :
Mereka yang memang kenal atau 'tahu' dengan empunya blog :
* tetap jadi silent reader .. tak terasa nak menegur atau menyapa langsong ke?


Setiap blogger pasti sedar betapa famous blognya berdasarkan ...
1. bilangan pengikut yg tercatit dalam kotak 'followers'
2. bean counter yang mencanak2 naik bilangannya
3. feedjit / whos.amung.us
4. bilangan komen bertulis
5. sapa'an dishout box

Bila blog dah famous maka tentulah saban minit dikerumuni oleh manusia yang berbagai ragam; maka terjadilah hal2 yang tidak menyenangkan hati siempunya blog apabila ramai yang mendesak itu ini, ramai yang silap tafsir tentang apa yang dibaca maka timbullah hasad, dengki, iri hati, dan kutuk mengutuk pun terjadi.

Untuk mengelakkan tu semua berlaku .. juga untuk mententeramkan jiwa semasa berblogging .. apa kata empunya blog ..
1. tutup kotak komen
2. buang kotak shoutbox
3. baca komen dulu baru siarkan atau tidak disiarkan langsong
4. privatekan blog untuk selected tetamu tapi sebelum tindakan diambil, perlulah buat kerja sikit (contohnya beri nota pada die hard fans tentang niat memprebetkan blog)

Kalau dah biasa membaca dan menjawab komen pembaca/peminat setia, apa kata for a change, kerja empunya blog hanyalah menulis? Jangan hirau tentang apa2 pun.

Cubalah ... ia pasti beri kelainan pada diri sendiri dan hari2 mendatang. Ouch!!

23 comments:

kakcikseroja said...

ermmmmmm... jap.. nanti kakcik fikir dulu tentang cadangan2 yang CS berikan tu... :)

Followers blog kakcik pun dah ramai yang hilang.. dan kakcik sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan blog2 yang tidak aktif dari senarai..) :)

lemongrass said...

Cik Som,
memang betul apa Cik Som cakap tu. I pun sehari dua ni rasa teramatlah tension nya sbb ada orang insulted me kat chatbox without having the gall to say who they are... sedih kan bila orang kutuk kita ni :-((.
Walaupun cuma sorang yang kutuk dlm seratus, still terasa jugak kan.
I rasa cadangan you tu sgt bernas in regards to the chatbox...
Maybe I should tutup chatbox tu kan...

lili said...

Salam CS,

When I first started blogging, that was about a year ago, my intention was purely for the love of writing. I did not even bother if I have a reader! Tak percaya, tanya LG! hehe!
I tak kisah ada orang komen ke tak...janji I tulis anything that comes to my mind...straight from the heart!

Baru2 ni jer, CS, I dah open-up sikit...hihi... and it is really good to have company. But I tak akan pester blogger yg kita visit and leave my prints tu mai jenguk blog I.

I like what you have wrote here. To the point. Betul kata you, sekali sekala kalau dah bertandang rumah orang, apa salah tegur sapa kan? Tak kan takde satu pun entry tuan rumah tu yg tak coincide dgn experience kita kan?

Another thing, I tak reti nak memuji mende2 yg I tak tahu, jauh sekali nak kutuk mende2 yg tak berkenan di hati kita. Suka, I baca... tak suka I baca blog lain!

Oopps...so sorry CS! Terpanjang lebor pulak!

Ibu n Abah said...

salam KS,
I setuju dengan u bahagian, org yang datang park kereta depan umah kita tapi sikitpun tak menegur kita... Kita nampak plat number dari merata tapi mereka lebih memilih untuk park dan terus pergi tanpa ingin menyapa. Ini lah yang bahaya.. dia baca.. kita tak tau apa niatnya kerana dia sikitpun tak berminat nak menegur kita. Sebab tu bagus jugak kita 'private'kan.. kita tahu siapa yang datang dan itulah antara kawan-kawan kita....

azieazah said...

Kak SOM.. berikut pendapat peribadi saya:

Sejak seminggu dua ni saya banyak baca entri tentang keluhan bentuk sebegini. Jujur, saya muak, tapi saya hormati ramai yang tulis kerana nak luahkan perasaan... Saya muak dgn karenah yg disebut itu..

Soal privatekan blog, saya mulakan blog dgn private selama 2 tahun baru saya terbuka hati nak buat blog lain yang public... Sebab? Saya dah jangka banyak hal (contoh seperti yg disenaraikan) wpun tak semua terjadi pada saya... tapi saya rasa saya cukup bersedia, sbb tu saya buat blog baru yg public. (dan of course, terpaksa berhati-hati menulis).

*Saya tidak pernah ada shoutbox di blog saya, dan saya pun tak jenis rajin berlegar di shoutbox.

Lain-lain.... rumit nak komen. (tp komen panjang dahhh..) hehehe

azieazah said...

Oh ya... nak tambah skit lagi boleh?
Nak berkongsi pengalaman saya yang mulakan blog private selama 2 tahun.

Saya pernah dituduh memilih kawan kerana tak sampai 50 orang jer yg saya invite (tu pun tak semua 50 orang tu masuk baca).

Saya dituduh privatekan blog kerana saya nak tulis perkara yg buruk2 pasal orang yg tak berjaya masuk (nonsense!)

Saya dituduh perasan ada class sebab tak invite rakan yang konon mengaku tak pandai IT (saya lagi tak pandai)

Itu beberapa contoh yg saya pernah alami, sepanjang 2 tahun saya privatekan blog. Atas pujukan ramai, saya buat blog baru public...

sekian. Sekadar perkongsian pengalaman...

aintsuperwoman said...

wow, kali ni semua komen panjang2 gitu...full of explanation! Tapi Som, this time your entry tak santai sebab I kena banyak memikir!! hehehe...soalan dikeluarkan satu persatu, tu semua kena betul2 duduk dan study, belum nak jawab yang atas, yang bawah pun kena pikir jugak..and..and...I ni kena masuk kelas pulak! So, jangan tukar lagi entry tau!! bagi I masuk kelas jap, tak lama....2 hours je! Tak pun mintak hubby ambik 1 hour! Mmmm...(tengah pikir ni)...good job, Som...at least, I kena gunakan otak I yang jarang memikir ni.... :D

aintsuperwoman said...

hey, I cant wait nak baca pandangan dan pendapatan by Puan Eleena bt Hamdan !! Leee! Where are you???????

kayteeze said...

Sejak Tie pindah ke wordpress, rasa senang sikit, sebab boleh kawal komen orang, maksudnya kalau komen pertama dari seseorang, ia akan masuk ke kotak spam, dan kita boleh approve jika kita suka.

Memang kita kena pilih kawan, untuk diri sendiri gak. Tak ada siapa pun boleh pertikaikan hak kita. Tie pernah kena kutuk, ada ke orang kata blog kita bodoh, padahal dia yang bodoh, siapa suruh datang baca, hehehe.. lepas tu barulah Tie setting moderate komen pada tetamu baru.

Dan yang bestnya kita boleh edit komen dari tetamu kita. Kalau dia kutuk kita, kita boleh tulis sebaliknya (kalau kita sukalah..) supaya dia sakit hati, waaakakaa...

Rima said...

Somuffins
I baca sampai twice tau ur entry... shoutbox i no have.. comment pun harus i approve first.. sebabnye i biasa dapat comment yg tak mendatang faedah anybody.. i knew who it was and bila tak dilayan orang itu stop coming.. so all is good.. lagi pun i ni jenis tak kuasa BUT bila dah kena.. rasa macam sedih jugak tau.. :o(

acciaccatura said...

Maaf Som, Fa tu pandai-pandai je mintak pendapat dan nasihat.

I pulak terasa bila kata Akak, parking kat luar tapi tak bersapa. Sebab I dulu suka main game kat blog diari 4 putri dia. :)
kadang pulak Som, i suka baca dan gelak sorang apa yg you all tuleh, tapi tak reti nak komen apa-apa.

kalau di wordpress Som, i boleh totaly edit komen org. There was this one time org tu tuleh yg buruk2, i edit bagi nampak baik2 utk dia. kalau dia tak suka, dia boleh bukak blog sendiri dan tuleh buruk2 kat blog dia sendiri. tak dak siapa buleh edit utk dia, ye tak?

somuffins said...

Salam semua dan terima kasih kerana sudi memberi feedback ..

KakCik, sebenarnya kita tak sampai hati nak delete blog yg lama tak aktif, betul tak?


LG, you kena kutuk juga? Berani betul diorang tu ya? Abt the chatbox, I think you would have more time to rest if you were to delete the chatbox. I notice that you have quite a heavy traffic there which I see you always try your best to entertain them. Less on that one, maybe you just need to concentrate replying to the written comments. *just my thot*


lili, kita serupa on the 1st para. Sepatah kata orang 'menulis
bukan kerana nama', tak gitu?


Akak, dlm pada kita privatekan blog; I masih seriau bila fikirkan instead of nak lari dari mulut rimau, masuk keperut buaya pulak. Kot the so-called kawan rupa2nya musang berbulu ayam.


Azieaza, hebat juga pengalaman you, ya? Bila dpt tuduhan tak bermoral cam tu, sakit gak hati nih, kan? Thanks a lot for
sharing ;-)


Fa, dah lbh 2 jam.. cepatlah komen sebelum I kembali jadi santai @ clown ;-)


Tie, nampaknya you pun alami bad experience semasa blogging. Apa diorang hendak? Menciii taw.
I suka bila you tulis nih -> "boleh edit komen dari tetamu
kita". You dah cuba lum Tie?


Rima, u baca 2x? I guna font kecik sangat kot? Hehe..
Looks like everyone has her fair share of heartache. Oh well ..back to baking lagi berfaedah kan?


Eleena, tengoklah Fa tu.. Dia kata 2 jam kan kan kan? Now dah lbh 3 jam. Dia melencung ke bath tub kot? ahaks. You pun pernah di'kutuk'? Aisayman ..

kak ja said...

Mcm I citer kat u, I terpaksa prebetkan blog I atas sbb2 keselamatan.. Setakat ni, dlm masa 2 thn lbh ni, xde yg komen kutuk2 I, alhamdulillah..

Tapi itulaahhh.. Terpaksa ikut pesan Maktok, 'prevention is better than cure'..

azieazah said...

Wow! First time saya tahu yg settting moderate comment tu rupanya boleh edit... wahhh... Saya tak pernah ulang semak apa yang saya dah komen.. Ada ker kemungkinan orang nak ubah komen saya? wow!

*Blog saya tak pernah lagi buat moderate setting. Semua saya kasi lepas jer.. Tulis "jahat" kalu, sendiri tanggung risiko.. Nick sendiri. Cuma ANOM saya set tak approve...

somuffins said...

Ja, kalau MakTok dah cakap cenggitu, haruslah kena ikut nanti MakTok murka, siapa yg syusyah, kan??


azieazah, I pun tak tau ada option cam tu; maybe tu untuk Wordpress aje kot? U guna Wordpress ke?

aintsuperwoman said...

okay, som...pendapatan I pulak.

Berblog saja nak fun fun. Nak share. Perception org yg mmbaca, terpulang. But at the same time, to me, apa yang dalam hati & fikiran, tak semua boleh ditulis. Kena reserve sikit sometimes.

Sebagai new blogger, I appreciate semua orang yg dtg singgah. Nak komen or tak, no blem. Sebab..hasrat nak share tadi dah tercapai. :)

Anonymous - No!! Nak komen, perkenal diri dulu. But sometimes, kat shoutbox pun can happen.

At this moment, I am bit worry about the pictures of my family yg dah keluar kat blog. Tengah figure out nak buat macam mana niiii...(kena fikir lagi!!!)

But thennnn...SOM. Jangan ada orang kacau! Kalau ada tanda2 tu kan, conpirm I akan PREBET kan blog I. Because kan, my blog is like my baby lorrr...in a day, berapa kali I tengok dia, jaga diaa... :D

Tapi, kalau di PREBETkan, kesian kat pengunjung2 setia (selalu nampak kat traffic tu). Boleh kata setiap entry baru, depa mesti masuk singgah.

Kalau ada komen yang merepek2, jangan layan (walaupun dalam hati I kannnnn....heii! ko nak kena, ek?? nanti ko!!! hahahaha)

itulah serba sedikit pendapatan I som, tapikan, about that particular comment yg I baca dulu, clearly shown that....manusia ni ramai yang `sakit' dan ramai yang `tak sekolah'. Al Kisahnyaaaaaa......

somuffins said...

Perempuan Melayu Terakhir dgn kasut Reeboknya dah tiba, har3.

Fa, thanks for your pendapatAN.. I setuju; orang2 macam kita (macam kita macam apa ek?) berblogging mmg untuk suka2 (pastu kalau nak buat duit dgn berblogging lain cewitalah kan?).

Komen yg you baca dulu tu, alahai.. tersentap betul I. Thanks for your concern.. dari jauh you take the trouble to 'warn' me. Itu owang mmg very the berengsek!

Cat-in-Sydney said...

Aunty Somuffins,
Biaq pi lah depa tu! Oooi....kucing Aussie pandai cakap utagha ni... We love you just the way you are.....purrr....meow!

Secret Admirers,
Angelina & Brad

Naz said...

Florence Somuffins,
I don't have a shoutbox because I rasa I tak larat nak layan. But those who comment on my blog will get a respond. Each and every one, tak ada respond yang main pukul rata saja.

My blogroll consists of blogs yang I selalu baca dan suka baca. Whether they link back to me is insignificant (to me lah!).

Comment yang tajam tajam tu, delete saja. Kalau ada masa, fight back .. not with equally bad words but with wits ... biar dia baca and then 10 minutes later rasa macam nak lari sembunyi dalam gua...heheheheheh!

DrSinga said...

err...
kita silent reader selalunya...
err...boleh???
:)

ceriaWAN said...

kita nk komen lebih2 pun rasanya perkara yg sama gak dgn org lain kat sini.. Apapun sikit sebanyak cs kenal cw mahupun fify kan? jadi..maaf dipinta kalau apa jua 'merapu' yg cw wat dalam blog cs ni menimbulkan ketidakselesaan semua.. hukhukhuk..

Ibu n Abah said...

kak som,
i dah dapat idea..
i bukak blog baru..
tak da privatesapu lagi...
harap jengoklah i disini juga..
http://akakjua.blogspot.com

somuffins said...

Salam semua ..

Cat-in-Sydney @ secret admirers? hehe but sad to say the one yg I nak jodohkan dgn you dah passed away recently cos of dehydration; but I do have another calon for u *wink*.
Thanks for the advice. Cute ahh kucing OZ cakap utagha.

Naz the yellow submarine owner :-)
I think it is best that u dont have that shoutbox cos it will drain u out, maklum blog u kan femes; trafik flow sure giler punya. I pun cam you; I make a point to read blogs on the sidebar. About being witty, hehe, insyaallah.. I bukan aje ketam but am also a monyet, nyet3.


DrSinga, boleh jadi silent reader tapi you taklah senyap all the time kan? Ada gak sekali sekala you mengaum *roarrrr*


ceriaWAN, no problem. Takde apa yg tak selesa sebab kita kan 'anak branak', khaan??


Akak, terima kasih. Dah lawat dah rumah baru dan dah tinggalkan senyuman disana, hehe.