Thursday, 27 May 2010

At last I have proper reading glasses ...

Segala errands selamat disetelkan melainkan bayar bil air RM15.45. Biorrrrkan.. dahlah kita sakit jiwa tiap2 pagi bila tadah air untuk dijerang, air warna perang pulak yang keluar. As if tak cukup dengan air warna perang, small black particles pun tunjukkan diri. Bila I repot kat TB, katanya "nanti I ganti filter kat luar tu". Wah!! kata2nya seperti music to my ears. Let's see berapa lama music tu boleh lama bertakong kat telinga I ;-)

Hal semalam: Chofer tersangat efficient membawa Uminya kesana kesini. Dia heran kenapa I perlu 'melawat' banyak2 bank. Yalah, dah Msia ada banyak bank, maka perlulah dilawat, tak gitu kawan2?

Done trnxns kat bank kita menyusur ke supermarket pulak. Duit dah tak banyak dah maklum dah akhir2 bulan kan? Maka perlulah berbelanja penuh hemah. I dah 'warn' itu chofer that "Umi lum dapat gaji taw", heheh tapi kesianlah pulak.. upah jadi chofer mesti ada, tak banyak sket. Bila dia dah kenyit2 mata dengan I, bila dia dah cuit2 bahu I .. pahamlah "ambiiiik... cepaaat". Kena cakap 'cepat' sebab hari dah petang sedangkan kita bertiga lum lunch lagi.

Kesian plak kat TB yang menunggu dirumah balik dari ofis lum makan. Kadang2 I rasa I nih macam ibu burung membawa makanan kesarang untuk disuap pada anak2 yang sedang menciap2 kelaparan, hehe. Apa pun syukurlah sebab toleransi TB boleh dipuji, muah3.

Chofer tolak troli, mem terus singgah kekedai cermin mata. Well ... nak ngamuk tak ngamuk? Haha.. taaaklah esp bila tengok *sicantik manis lebih kelihatan manis bila menggayakan spek barunya itew.. auwww <- *baca boleh, percaya jangan.

Nilah rupanya spektikus yang lama benar nak siap, tapikan tapi .. jengjengjeng .. I dapat free holiday for 2 sekitar pulau2 diMsia. Bolehlah bercanda ditepian pantai kekdahnya (sambil membayangkan swimming suit polka dot rona shocking pink, har3). Holiday for 2 means honeymoon for me kot? Auwww... blushed!!.

Kalau macam tu maknanya I kena travel jauhlah kan? Alaaaa.. malasnya! tempat2 tu pulak lebih jauh dari KL. Whoaaaa.. Ekceli I am just happy n contented bila dapat free umbrella .. ella .. ella.


OK .. time to get ready to attend majlis bahagia for T. Semalam dia balik kejap dan bawak jubah n 'motarbod' sekali. Apa hal pulak dia bawak balik kan? Hehe.. saja nak suruh Uminya menggayakan seketika dan snap snap snap .. buat kenangan. Kesian anak I, terharu jugak I bila dia buat cenggitu.


Semoga hari nih lebih baik dari semalam. Semoga segala2nya berjalan lancaaaaaaar. Amin.

7 comments:

kakcikseroja said...

Utk T.. selamat berkonvo.

Untuk Umi T.. selamat melaram spec baru. :)

kak ja said...

Tahniah utk T..

KS, I ttp kata spek lama u yg pengkaq tu lagi cantik!! *sj dengki

azieazah said...

Tahniah untuk Amoi U. Tumpang bangga gak lerrr...

Maklum kita ni mak-mak "burung" yang sentiasa nak anak berkicau riang, kan? kan?

Ibu n Abah said...

kak som..
selamat meredah ke jajahan kanda deris..
singgah di itm mengambil ijazah..
(i tak pandailah nak sambung pantun ini.. i buat pantun 2 kerat ajerlah...)
Utk T.. selamat berjaya di dalam kerjaya yang dipilih...

Sizuka said...

CS, bestnya dapat cuti2 malaysia free! i wanna go too.. sob sob.. have fun! :D

Naz said...

Kak Som,
Ucapan tahniah dari kami 5 beranak untuk T. Semoga terus mencapai kejayaan di masa depan OK :)

Itu tiket ... tamau kalu, hantar sama Embunmenitik binti Bulanmengambang. Habih cerita!

somuffins said...

Salam semua dan terima kasih diatas ucapan diberi untuk my AMOI ...

KakCik, bila pakai spek tu terasa dunia nih teramatlah terang benderang tapikan tapi ...


Ja, I so in luv with the pengkaq spec sbb dia comel n ringan. Yang baru nih wpun d'bomb tapikan tapi ...


Azie, betul tu. Kita umpama mak burung mithali terbang sana, terbang sini to give them the best the world could offer, kekdahnya. Semangat nih.


Akak, I thot dapatlah kenyit2 kat Kanda Deris tapi takde rezki sbb vice chan. yg beraksi. Apa pun, pls jadikan pantun tu 4 kerat, heheh ;-)


Shidah, lodging jer free. Kalau pun I nak pergi, I think I bercanda kat PD aje kot. Dekat sket.


Embunmenitik binti Bulanmengambang .. Depa kata offer tu tak transferable lebih2 lagi pada nama yang tersangat klasik. Caner tu Embun??