Wednesday, 26 May 2010

Kan dah konpius?? Dah tualah tu..

Apa hal dengan I niih? Hari Ahad I sangka Sabtu. Isnin I sangka Ahad. Hari Selasa plak I sangka Rabu. Majlis hari Kamis I sangka akan berlangsung hari Jumaat. Adoii.. kiotiknya! Penyakit apa namanya nih??

Setelah muhasabah diri (ala2 gitu), ketahuilah I sebab musabab I tertinggal keretapi Tanah Melayu! Diharap ia tidak disebabkan oleh apa2 penyakit, insyaallah.

Selalunya hari Ahad I duduk diam2 kat rumah, buat house chores segala (wpun ngelat curi tulang gak) .. buka tivi siaran JJCM sambil keluar masuk kedapur, kedepan, ketepi atau ketengah. Capai sokabar baca ala speed reading, tinggalkan. Masuk dapur bukak esbok tinggi, bukak esbok rendah .. tension juga sbb dua2 dah gelap gulita. Camana bulb dalam tu boleh 'mati'?? Bila microwave dah diganti bulb baru, esbok pulak buat hal. Ehh, terbebel pulak. Abaikan.

Terkonpius kerana hari Ahad lepas agenda tetiba berubah out of the norm. My adik beradik berkumpul kat rumah sista no. 2 (better known as Ngah) merewang buat cenderahati untuk majlis kawin bujangnya Jun nanti. Kerja belum selesai lagi mungkin disambung hari Jumaat akan datang.. and that means I have to jelajah ke KL lagi... Owh man! Jauhnyaaaaa...

OK, ok bertenang.. I jawab soalan sekarang. Ada yang bertanya (sumpah takde sorang pun tanya, har3) samada I dah buat baju liplap2 atau dah beli tudung laplip2? Hehe, I mana reti pakai baju/tudung liplap ala lampu hariraya digantong kat tingkap tu. Baju/tudung cam tu berat! (dahlah I memang berat). I like something simple yet nice supaya orang tak pandang dua tiga kali kejelitaanku apa yang I pakai.

Sepatutnya I keluar ronda2 beli barang dapur, pergi bank, bayar bil dan ambik my cermin mata tapi I takde kereta sbb T bawak ke kolej. Chofer yang boleh diharap bawak kereta manual dah tarik selimut lepas subuh tadi tapi sempat juga kata "kejut aje bila2 Umi dah siap". Nak kejut orang tengah tidur isn't my forte cos sekali kejut orang tu tak bangun, I dah givap! Silap timing I plak kena marah, kot masa tu dia sedang bermimpi makan dan suap2 anggur dengan puteri bunian? *senyum jap*.

Nak drive sendiri tapi tak reti drive kereta manual. Mahap cakap I hanya reti drive auto aje. Skill drive manually dah lama terkubur. Nasib baik D&T boleh drive both (I plak terasa vangga). Nak tunggu TB balik ofis dah lewat petang, kesian pulak dia dah penat. Pastu kena tolak troli lagi? Mau dia senyum tanpa gula kang.

Oh ya, untuk penggemar ayam penyet. Siapa yang ingin makan Iga Penyet ie spare ribs silalah ke Summ*t Subang (I tolong promo tapi bayar sendiwi2 ok?). Diorang ada promotion iga penyet (waktu terhad). Apa pun, I prefer ke restoran ayam penyet yg sebelah masjid AlFalah tu sebab disitu disediakan dwi sambal, merah dan hijau. Tahap kepedasan? Boleh keluar bola2 api dari rahang, kekdahnya.

7 comments:

kakcikseroja said...

Salam CS..

ok lagi tu, silap hari. Kakcik mati-mati (nasib baik belum mati lagi) ingatkan bulan ni bulan Jun. Selepas bercuti lama tempoh hari, kalau orang tanya bila naik kerja, kakcik akan jawab, '3/6'. Ish ish.. dua tiga minggu nak betulkan balik tarikh tu dalam pale utak! :)

3E said...

salam aunty som....
ish ish ish...agaknya dulu2 aunty suka makan kepala ikan kut...tu yang jadi pelupa kejap tu..hihi..jgn mare no...acah2 aje...
psstttt...nak tanya skit, sedap sgt ker ayam penyet tu??? I tak pernah makan lagi la.....

Ibu n Abah said...

kak som..
u konpius?..(nada berbeza)
u konpius?..(nada beza sikit dari mula2)
u konpius?..(nada lagi beza dari yang kedua..)
Kan u dah ngaku kat profil u.. u one confused lady...
taklah i nak terkejut sangat bila u kata u konfius...
ahak ahak ahak...

azieazah said...

Pleaseeee... jangan lupa tunjuk gambar AMOI U tu nanti yerrr..

Yang penting, I nak tau, bunga yang budak2 situ jual utk graduan, paling murah berapa? heheheheeh... nak test market. Kalu leh nak beli yang paling murah. Ahaks!

Esok kan majlis tu?

acciaccatura said...

dont worry Cik Som, ketinggalan keretapi tanah melayu tu mungkin sebab stesen tanjung pagar pindah ke woodland kot.

ain said...

saya pun tak suka pakai baju lip lap ke, tudung liplap ke. I will look so 'heavy' nanti. dh la rendah!!hehe

somuffins said...

Salam semua :-)

KakCik,
Bukan silap kita terkonpius cam tu, kan KakCik kaaan??


Asilah,
Masa kecik2 dulu I memang suka korek kepala ikan tapi ikan size kecik; tapi dah lama I tak korek kepala ikan sebab ...... (rahsia).
Ayam penyet memang sedap tapi tengok pada restoranlah. Dua2 restoran yg I dah pergi tu mmg memuaskan.


Akak,
Memang sokmor konpius kekdahnya, harharhar..


Azie,
Dah tanya Amoi harga bunga tapi maaf dia pun tak tau. Yaa Azie, turn dia petang esok (I tak janji boleh tampal gambo dia takot dia ngamok).


Eleena, takut dan cuak juga kalau selalu ketinggalan ketapi.


Ain, memang tak selesa pakai berat2 cam tu lagi pun susah nak swing2 (swing2 berjalan ala catwalk, hehe)