Sunday, 16 May 2010

Sekolah zaman Pebbles Flinstones Part I

Mesti ada yang tak sabar2 nak meneka mana satu I @ sicomel tu kan? har3. Dulu memang comel tanpa kompromi tapi sekarang hanya TB aje yang mengenal manikam, kekdahnya.

Peratikan bunga poppy kat dada memasing tu? Comel kan? Ia menambah seri pada wajah mereka yang memakainya, in particular budak tu lerrr, heheh. Okaaay .. minta senyap seketika sebab I nak test ingatan samada masih ingat lagi tak nama diorang tu semua.

Dari sebelah sana (sambil memoncongkan bibir kearah yg dimaksudkan): Rohaya, Jamaliah, Ros, Maznah, Habibah @ Halus @ apple of the eye Embok CT tokay kantin yg masak mee kuning n sotong d'best in the whole wide world, *tak ingat nama*, Zubaidah, Safiah, Fadzillah, Kartini, Zaharah, Norzian, Rohaya, Kamariah, Fadzillah, Hamimah, simanis blogger, Jamilah dan Salbiah.

I dah beri hint 'kedudukan/kebedirian' simanis blogger. Diharap takde saper dapat meneka dengan tepat sebab penaja kata 'guess at your own risk'. Apa punya penaja namanya tuu??

Masa tu ada 2 kelas darjah 1. Cikgu Fadzillah was my class teacher manakala Cikgu Salbiah ajar kelas satu lagi. Nak bitau sket.. heheh.. Cikgu Salbiah tu manis, cantik, ramping dan rupa dia ezekli cam Jepun. Kendiannya ketahuilah I yang Cikgu Salbiah tu (sambil angkat tapak tangan kanan bersumpah) ialah isteri pada Tok Mat (yang 'jaga' Angkasapuri sket masa dulu).

... dan saper pulak cikguru BESARnya?? Nama dia Cikgu Pon tapi tak pasti samada 'Pon' derived dari keluarga Ponti yang femes tu. Well .. berdekad2 telah berlalu namun baru sebulan dua nih I tau yang cucunya masuk AF. Yalah kan? Kemana tumpahnya kuah kalau tak kepinggan juga as anak Cikgu Pon masa tu memanglah penyanyi.

Kawan2 sedarjah I tu majoritinya dari anak2 pekerja hospital. Bila pergi sekolah, diorang berdedai ramai2 ke sekolah, tak pandang I pun. Eksyenlah tu sementelah diorang ramai. Kalau kena kejar dengan Lassie atau RinTinTin, diorang sedia gah boleh lawan dan menang! Diorang tak guna jalan pintas makanya ancaman dari itik dan angsa siTipah amatlah tipis (unlike me; both ways also terancam).

I pulak, kalau takde Ndja.. memanglah takde kawan lain bersaing ke sekolah tapi selalunya bila dah separuh jalan tiba kat koner kedai Ah Bah, I akan bertemu dengan Norzian (Yan), Rohaya dan Zubaidah (Bedah). Ekceli my other good friend memanglah Jamilah tapi dia duduk sekitar sekolah. Geographical factor menyulitkan kita bertemu dimana2 simpang tiga rumpun bambu.

Dalam ramai2 tu, I still in contact dengan Jamilah dan Norzian (jarang sekali KIT tapi I tau dia mengajar diMRSM). Jamilah dah ada 2-3 orang cucu, komain lagi kan? Dia dapat menantu/cucu awal sebab dia kawin muda dan fertile plak tu whereas I nih kawin masa umur tak-muda-tak-tua tapiii tak berapa nak fertile, kekdahnya. If not ... mesti by now rumah I tak lengang dari bunyi kicapan anak2 burung chirpy2cheep2 aka suara cucu2 I, kan? Bising2 cam tu agaknya mengganggu tak I nak berkarya??

Terpaksa berhenti dulu *yawn* (sambil katop mulut). Bila sedang yawning, jangan ada bunyi "aaaah" (as advised by our Prophet saw).

Sepeninggalan I, silalah layan diri sendiri (wpun dah lewat malam) dengan sajian mee udon dan serabai (mahap bahan cicahan dah habis). 1st time buat serabai guna resipi MamaFami. Thanks a lot Mem ...

Makan elok2 ya? Jangan gaduh2 ... Fa...? Akak...? I'm watching you, heheh...

6 comments:

Ibu n Abah said...

salam kak som...
suker nyer i bila u citer kisah dolu-dolu.. i dah tau mana satu u...
KS....
mcmana nak berebut dgn fa.. kat spital ni line tenet tak bagus..kejap ada kejap takder.. gambar tu tak keluaw...
tapi gambau yg atas sekali ada, yg 2 dibawah tak der...

Ibu n Abah said...

i nombol satu lagi..
fa...
relaku menunggumu....

ain said...

salam kak CS..tu gambar darjah satu tu?? akak ada simpan lagi gambar darjah 1. wahh..dasat akak. gambar sek saya kecik2 dulu ntah mana2 pergi.hihi

kak CS..nak mintak tlg sikit la. cam ne ye nak contack kak QJ! lama x dengar citer kak QJ. blog pun x leh nak komen segala. miss her so muchh!! please ye kak! TQVM!!

kakcikseroja said...

Salam CS..

tadi pepagi kakcik bukak blog, tak nampak lak ada update dari Al Kisah. Apsal dah tengahari baru dia kluo ek??? :)

lili said...

Rasa-rasanya dah tau mana satu si manis blogger tu! Hikhik!

somuffins said...

Salam semua ...

Akak, wpun I ada sorang aje 'peminat' yg suka baca cerita2 lama, namun I akan tetap gigih menulisnya, cewah!
*bisik* Fa senyap aje. Dia sedang sibuk menanam 'tulang ayam KR' kot?


Ain, yes gambar darjah 1 tu. Comel tak I? har3.
Sepeninggalan sementara you dari berblogging, masa tu jugalah QJ menarik diri dari alam siber. I pun takde kontek2 dia langsung. Yes, kita semua miss her so much too.


KakCik, entry tu ditulis malam tadi tapi tak lulus untuk disiarkan sbb lum diedit. Pagi tadi baru sempat buat, tu pun lambat sbb urusan lain lbh berkehendakkan perhatian dari 'superwoman'. Gitulah lbh kurang.


lili, you sure tak silap meneka? hehe.. tekalah yg mana satu simanis blogger tu.