Mahap I nak berleter kejap. Kiranya I tengah marah2 suam kat my kakak yang duduk Sban tu laar.. Marah cakap pelan2 aje nih takmoh kasi dia dengar.
Dah lama dia ajak T makan angin. Plan after plan tak menjadi sebab schedule masing2 asyik bercanggah aje. At last .. 2 malam lepas tetiba T bersuara "Mi.. ibu ajak pegi PD. Umi camana?". I yang sedang gigih menyediakan makan malam tak bersuara apa pun. My habit yang D n T (n TB) tak gemar, kah3. Bila orang bertanya dan I sedang memikirkan jawapannya, I will remain silent. Tak pulak I bitau "jap.. Umi pk jap". Hahaha.. sekali dua kali biarlah diorang naik darah dengan habit I tu.
Masih tak beri jawapan pada T, I cepat2 anta text kat Ndja macam perutusan Sultan Melaka pada Tun Teja kekdahnya tapi takde 'cop' istana, har3. I bitau Ndja "lain kali tolonglah bincang dengan I dulu.. you taukan T tu camana?? I tak nak dia drive sendiri ke Sban tu. Lagi pun ..... blablaba" <- I membebellah tu. Kesian pulak kat Ndja bila dia jawab "mahap Buk". Longlai n luluh terus hati I bila dia kata gitu (tetiba teringat BBBB=BatuBelahBatuBertangkup).
T berkeras nak drive juga ie I berdua aje pergi. Kali nih giliran I plak kena damdamdum. Dia kata "T tak paham dengan Umi ngan Abah. Kalau tempat tu jauh, mesti tak nak pergi. Kalau tak tau jalan, tak payah pergi. Kenapa kita tak cuba jalan aje?". Begitulah serba sedikit bunyinya .. sebijik sebijik I kena. Oh well .. I tak marah sebab apa yang dia kata tu benarrrr belaka.
I pun mulalah berdoa. Doa fevret berbunyi "YaAllah permudahkanlah urusanku". Doa nih perlu bebila peranan I jadi mediator diperlukan maklum nak jumpa Tuan Besor kekdahnya, ngeh3. Satu, satu I bentangkan masalah. Sesi pembentangan tak pulak kat meja makan yang bujur tu tapi dalam dapur semasa menyediakan makan malam dan TB sedang gosok baju (auwww.. rajin dia gosok baju sendiwi kan?).
Tanpa disangka2 TB kata "kenapa tak pergi hari Selasa, kan I cuti? Boleh hantar sekali". Waah + Wowwww .. hepinya I bukan kepalang, macam dapat kebenaran takyah masak setahun aje. Bila hal tu dah setel, I bitau T yang Abahnya akan ikut sekali. Dia cam tak hepi sebab dia nak cuba drive sendiri ke Sban tu. Ishhhh.. dia nih tak macam I langsung. Takut2lah sikit hendaknya. Apa pun I dah gumbira sebab T tak drive, noktah!
Kesian plak dengan D. Takkan dia tak ikut sama? Bincang dan bincang lagi. At last, jawapannya D ponteng kelas (boleh??) sebab we kenot wait for him to finish class at 3pm. Lewatlah nanti kita tiba di Sban dan pastinya TB akan menggelabah cari tempat yang kita nak pergi di PD tu.
Psst .. masa ke KL hari Senin tu kitorang dah tersesat kan? Nasib baik ke KL hari Selasa tak sesat .. meluncur aje kereta membelah angin; tapikan tapi bila balik hala Subang boleh juga tersesat walhal bukan tak biasa. Masa tu dah malam.. D,T n I dah tersengguk2 dan TB syok aje tekan minyak hingga ke Eco Park nun jauh disana ..
Nampaknya bapak borek anak rintik berkobar2 nak gi fishing. Diorang berdua tu gigih mengemaskini fishing rod dan ntah apa2 lagi tu. Harap2 dapat ikan Cod atau Salmon, meheheh. Mimpi disiang hari lerrr...
OKlah, nak bersiap2 dan pack apa yang patut. Ada sesiapa terpandang my shocking pink polka dot swimming suit yang I tak pernah beli tu tak??
Hingga jumpa lagi .. jangan teropong2 I okay??
12 comments:
Hmmm...Som, kalau ada jual lah pink polka dot swim suit utk muslimah, i lah orang pertama beli, boleh buat baju raya sekali!!
Kak som..
selamat menyesatkan diri ke PD...
baik-baik.. jangan sampai Batam pulak...
Happy Holiday....
CS.... bila U lalu tepi rmh I... tolong jengah sikit anjer I sdg buat apa.... cian dia kena belajar masak. terlupa pulak nak suruh U dropkan lauk sikit
p/s I sdg cari binoculars Adam yg canggih tu nak teropong pink polka dot bikini & nak masuk gambar dlm blog
Hehehe.. jangan tak jadi lah .. akan ku cari wanita yg memakai polka dot itew hehhe.. hv fun!
Mmg u tak penah beli polka dot swimming suit tu.. sbb TB yg belikan u for ur 21st bday dulu, kan? Muat lagi ke?
Kalau alang2 sesat sampai ke Batam, meh lah singgah SP, lunch on me.. hehehe..
Nak ikut, boleh? :)
salam cik som
ingat I sorang jer ada polka dot swimming costume tu..rupanya u pong ada..:) happy trip ..da..
cik som, tunggu waa... nak ikot jugaakkk....
Amboiiiii besaq sungguh angan2 dia nak berbaju mandi segal bagai..
takper.. kita tengokkkkkk..
Salam semua ;-)
Eleena
Maknanya your fav color is PINK? 2-in-1 baju renang cum baju raya. OK gak tuu, jimat ;-)
Akak
Sesat ke Batam? TB kata sampai ati you kata cenggitu. Dahlah dia anak yatim piatu <- kata2ku belaka, har3.
Mama
I wish I could konar baring jengah your anjer. Tapikan tapi...
P/S: Binocular Adam effective tak?
Rima
Wanita tu takat berani menguis2kan kaki kat tepi pool aje. Sesungguhnya dia pemalu, auww..
Ja
When I was 21 yrs old.. I lum kawin lagi taw. Dah berdekad2 kawin pun TB tak pernah kata nak belikan I bikini. Perlukah I pinta darinya menjelang umur ku dot3 esok lusa?? BATAM DEKAT DENGAN SP kah? OMG, no wonder I failed my jografi.
KakCik
Sori.. sebab tak pelawa. Kononnya nak pi honeymoon tapi 'honey' duk lain bilik; dan moon jauh atas kat langit *harap you faham my tamsilan*
Yat
Sebenarnya I tak pernah ada, hehe. Just make believe jerr.. heheh. BTW, diorang ada jual size XXXL x?
CikLina
Camana nak tunggu? You katne? Dah balik Msia ke?
Azieazah
Angan2 mak jenin FREE khaan? Hahaha.. tu yg berani nak angan2 sebesar MaunEberes..
CS,
Ooooo.. ini rupanya aktiviti CS ye. Bercanda di tepian pantai gitu. Hehe!
Kalo tak jumpa swimming suit yang tak dibeli tuh.. buleh berkemban jek CS. Kain batik gerenti ada. Hehe!
* teringat pulak kat video clip Allahyarham Sudirman dengan hmm.. Anita Sarawak kot?
Aida
Nama aje bercanda ditepian pantai tapikan, hehehe.. I tak sentuh air laut pun. Tak aachi ek?
Berkemban? auwwww... menangis ketam2 semua masuk dlm pasir!
Yup, lagu tu.. Sudir n Anita.
Post a Comment