Wednesday, 2 June 2010

Kembali bersiaran ..

Saki baki rasa 'malaise' masih dirasai akibat flu yang datang menyapa secara sukarela pada hujung minggu lepas. Semoga terhapus dosa2 kecilku. Demam sebab terlalu penat buat cenderahati kot? Har3. Belum lagi jadi emak pengantin, baru jadi mak sedara pengantin has taken its toll on me oredi. Apalah ...kememeh betul I nih kan?

Terima kasih pada dinda ehem yang bertanyakan why dah lama I tak bersiaran. Atas nasihatnya yang menyuruh I banyakkan berehat maka I pun berehatlah dengan menidurkan diri. Sedang orang lain sibuk berdhuha, I boleh bermimpi indah lagi. Jarang buat kerja cenggitu tapi bestlah mimpi kali nih.

I mimpi sekor burung warna coklat muda berbulu kembang berkawan dengan I. Sedang I berjalan, burung tu hinggap kat bahu dan kami berbual rancak. Herannya I tak ingat apa yang dibualkan tapi I ingat dia bitau I tentang kebaikan salah sorang my BFF. Ntahlah .. somehow I rasa seolah2 dapat semangat baru dari mimpi yang tadi tu. Mimpi bercakap dengan sekor burung ... memang best!

Terjaga dari tidur macam tau2 aje kerja rumah lum disiapkan lagi. Terus menuju kedapur .. *sigh* sampah dua plastik belum dibuang lagi. Selesai dengan sampah menyampah tu I tuju ke washing machine pulak. 1 load dah dibuat pagi2 lagi, tapi bila I akur dengan nasihat suruh I berihat maka I lupa pasal basuhan yang perlu dijemur. Still no hurry .. biar lambat asal selamat. Mentari pasti bersinar ...

Kerja merewang cenderahati dah pun disetelkan Ahad lepas. Dah I gering, mana mungkin I kesana khann?? So, for half a day on Sunday tu, I tidur n turu n slept like a log, kekdahnya. Bila I tak sihat, masa tulah I berharap sangat mungkin ada bidadari turun dari langit tapi heheh ..

Hari Isnin I dah beransur sihat wpun ada hoyong hayang sket. Harus sihatkan diri sebab I perlu temankan T ke UH untuk sesi dot2nya. Dah 3 kali I ke UH. Alhamdulillah I dah master route ke sana wpun kalau boleh, I dowan to drive there. Selalunya I bergilir2 dengan T, masa pergi dia F1, masa balik I F2, ngeh2.

Oleh kerana I sibuk dengan aturcara sendiri maka terpaksalah I tolak jemputan Ngah bersama kuncu2 lain dalam sesi 'food tasting'. Kalau I pergi pun mesti I beri komen keji "tak sedaplah, kenapa rasa pahit rendang niih?" (har3 .. tekak orang sakit kekdahnya kan? mestilah fahit).

I nak sangat coretkan tentang lawatan I ke UH/PPUM tu. Coretan untuk T sebenarnya tapi tengoklah camana mood I nanti. Dalam keadaan terperanjat tapi buat2 tenang terkeluar juga soalan "how can you not see that thing??"<= sebut dgn nada lembut ya kawan2.

12 comments:

Ibu n Abah said...

salam kak som..
kenapa aaa?? kenapa bila i tgh sedap-sedap baca coretan u..tiba-tiba dah sampai 'sadaqallah hal azim..' tak cukuplah...
nanti.. tulun citer pasal lawatan ke UH/PPUM pulak...
(tengah rebus kacang kuda untuk dimakan waktu baca kisah di UH/PPUM...)

aTip said...

I dapat no.2 sebab tadi ada kelas. Takkan I nak berblog dlm kelas kan? Mmmm....(ada reason). Taaaapiii (sambil buat2 gelak2 kecik) orang tu memang laju sungguh laaaaa...

Bestnyer you mimpi indah. Malam lepas I mimpi ngeri. Mungkin syaitan join sekali dalam mimpi tu. I tak berani nak citer...Ngeri!! Okay lah nanti you tetanya2...I mimpi macam dalam citer Anaconda tu!!!! MAKKKKKKK!!!!

FaAtip said...

eh eh eh, I terlupa tukar le...hehehe

kak ja said...

Kalau Akak rebus kacang kuda, I rebus kacang ijau, buat buboq.. manyak sidap wooo!! Pekena dgn kopi 434.. perrrggghhh!!

KS, I pun dok tggu citer UH/PPUM tu.. Ehem.. ada jumpa doc ensem2 dak?

azieazah said...

Hmm.. pegi UH buat x-ray ker?

ehhh dah lama tak rebus kacang kuda mcm AKAK tu..

ingat nak rendam kacang dhal, buat Vadai... sapa nak angkat tangan!

Mama said...

Syukur dah sihat.... ada gak I tertinjau2 dari tingkap rmh I kok dah ada entri baru

CS said...

Salam semua ;-)

Akak, kacang kuda dah siap direbus lum? Kalau kacang dah habis dimakan namun cerita UM/PPUM masih tak dpt dibaca, sila rebus kacang parang pulak, ya? heheh.


Fa@aTip@Fa*atip <- tu diaaa! Pasti tak silap punya :-)
Fa, you mimpi ULAR anaconda dan you juga mimpi diri you bertukar jadi J.Lo ke? I nak kasi you teka teki.. ULAR apa yg pandai masak??


Ja, bubur dah habis ke? Jangan tunggu cerita I sbb takde citer hot pun (skandal sket aje, muahahaha).


Azie, kami kesana bukan buat xray tapi ada hal sket.
p/s: Dah buat vadai lum? Bukan ke you dah bizi semula bermula 1 Jun? Tempat baru best tak?


KZ, I bayangkan camana gaya you tertinjau2 dari tingkap (sambil buat cokodok pisang). Alhamdulillah I dah sihat ;-)
You take care over there k??

FaAtip said...

Som,
You jahat taw! Sengaja tulis snake tu dlm huruf besar! (I takleh sebut dalam BM, heeee!) I telupa pulak pasal J.Lo tu!! Kalo lah sekarang ni betukor gitu, melompat sakan En. Atip I...kihkih...

Snake pandai masak? (Jenuh dah I pikir, tau2 pening dah ni..oh..Som, I ni manja sikit, takleh pikir2 sangat, I nak gi tidor ye Som...) :D

Anonymous said...

Eh, kebetulan pulak Cik Som, last two weeks i pun mimpi ulaq. Harimau pun i mimpi jugak that week. Harimau tu siap jalan-jalan kat corridor I. Nasib baik harimau tu tak kata kat i, "hari hari mau?" Hee...guilty i kang!

CS said...

Fa, are you wide awake now at 1135pm??? Masa tidor ptg tadi you masih mimpi ULAR ke? keh3. BTW, dah dpt jawapan to my teka teki lum?


Eleena, Fa yg mimpi ULAR. I tak mimpi ULAR, I mimpi buwung..
Psst.. I sengaja tulis ULAR in caps sbb Fa suker, hehe. I suppose harimau reti cakap 3 perkataan tu aje. Tak cayer tanya rimau.

FaAtip said...

Now I pulak tanya you...u dah tidor ke? Teka teki teku tu, I tak jumpa lagi le jawapan dia becozzzz kan..i tak sanggup nak membayangkan apa yang dia masak!!!! huhuhuuu.....

CS said...

Fa, as at 1.21am smlm, memang I belum tidor lagi. Sedang berkarya sambil melayan pewut yg memulas2.

Meh I bitau you .. ULAR yg pandai masak ialah ULAR SENDUK, miahahaha..