Tuesday 8 November 2011

Saya sentap!

Yaa.. saya sentap sebab pagi nih dah takde juadah raya lagi. Siapalah yang licinkan semua tu? (purak2 bertanya kekdahnya, ngeheheheh <- kensel gelak sebab masih sentap!).

Sesiapa yang masih ada stok juadah raya dan ingin bersedekah serta beramal jariah, sila hulurkan juadah dengan seberapa segera pada anak yatim piatu yang sorang nih (cian dia). Syukran 3x.

Breakfast semalam: Sila fokus pada lauk paling depan, auwww.. Apa mendenya tu? Tulah serunding aka sambal lumat ikanG. Ada sesape tingin nak berkenalan dengan chefnya tak?? Ada? Takde? Tak sudi? haha.. Rugi sape kata "tak nak" taw.

Fakta sejarah: dapat pinggan percuma beli beras siam tapi tu bukan pinggan sebarang pinggan. Kat montot pinggan ada tulis 'Italian design' makanya whoaaa... Cik PiahLoren sure guna pinggan yang sama nih.. cayalah!

Lunch semalam: Juadah yang sama tapi tetiba ada lodeh, hehe. Yg hitam2 tu ialah cendawan telinga gajah (nasib baik paus takde telinga, kah3).

Fakta sejarah: Pinggan percuma (dapat dah berzaman) pemberian Njah. Almost 2.5 kurun I tak beli sets of pinggan mangkok sebab takde ruang nak simpan.. Geram tengok pinggan mangkok yang cantik2 namun kutahan-kupunya hati yang bergelora, tssk..tssk..

Teh jamu kita dengan juadah ala Indonesia. Pembantu rumah diberi kuasa veto memasak apa yang dia suka. Disamping ketupat nasi dan ketupit pulut (AWAS: no such thing as ketupit k?), ada juga lempir (tak sure ejaan). Ada 2 jenis .. pulut dan lontong (ketulan ayam disalut dengan nasi. More like ketupat nasi).

Rupa lempir setelah dipotong melintang. Kalau ikut 'kerajinan' my tulang empat kerat, I maikrowevkan aje pulut tu, pastu hempap2 dalam bekas sampai jadi pukal. Cepat masak cepat makan. Takyah lelama duk kat dapur (for sure tiak mesti ucap timakasih kat kita, hehe..).

Disamping juadah yang Teh sediakan, adik beradik yang lain bawak juga juadah dari rumah memasing (except adik bongsu tak bawak juadah, laaalaalaaa...tapi dia bawak 2 jenis desserts yang dia perasan sedap sangatlah konon). Nak buktinya ke?

Angry bird insists nak duduk bawah tiak, eeeee. Dia sker bau Euphoria kot? auww.. That angry bird belongs to my 7-yr old niece. Dia cemas jer tengok I bercamwhoring sakan; dahlah bukan tau nak pulangkan kat dia once done. Pelan2 dia ambik sendiri dari my lap "soriii Hanna, mekasih ehhh... Umi lupa lak nak pulang".

Rumusannya: Tetiba hilang rasa sentap sebab TB ajak santap diluar, yeayy..

15 comments:

Kakcik Seroja said...

Lempir? Pertama kali tengok dan pertama kali juga baca (bukan dengar, kan?) perkataan itu. Mak Lampir I tahulah. :)

Maya Marisa said...

Cik Som,

Penat maya scroll sampai bawah, mana gambar dessertnyer? :-P

Fadhil said...

Eh... macam sama je lauk raya kita, lontong kering. Cuma kita punya ada tambah lauk daging goreng chilli.. resipi pusaka dari ibunda yg telah diwarisi oleh menantu a.k.a. my other half :-)

CS said...

KAKCIK
I pun pertama kali juga tapi I menang satu poin sebab I dah makan, hehe.. Rasa macam ketupat pulut cuma teksturnya lebih padat.


MAYA
Entry dah berjela; nanti letak gambar dessert terus cecah kelantai kang, ahaks.


OLDSTOCK
Sama for obvious reason. Kan kita kongsi satu bendera, satu masjid, satu istana?? Haha.. hati dan jiwa masih tetap 'disanaaa'..
p/s: You ada sambal goreng tak?

blu4sky said...

i tak masak apa pun raya haji.. tu tak termasuk kes tragis di dapur ku itew..hehehe..

rejeki di eidul adha..raya lunch kat masjid ada kenduri.. balik dr lunch dapat lodeh dua bekas dari jiran sebelah...semlm cousin mr hubby singgah hantar berasak ngan daging masak kicap all the way from kg with love.. and kitorang tukang makan je...muahahahaha.....

Lili said...

Kander S,

Ish...buat saspenG jer tadi! Ingat sentap dgn kita...sebab tup tup hantar sms tanya 'wa' kat mane? Yelah dah lapasbelas kali kanda keluar masuk dapur 'wa' tapi tak jumpa tuan dapur. hikhik!

Aduhai...makanan sedap2 orang Johor ni! *sambil muncung bibir ke arah pengkimeng no 3 tu!*

Soklan: Perfume apa yang melekat kat Angry Bird si Hanna? :0

Queenie said...

psst CS, makanan org Johor mmg sedap2 belaka ek? dalam lodeh pun boleh masuk telinga...

sukalah fakta sejarah tu..telus...


pagi tadi I pun bekfes camtu gak.. semalam-semalam punya leftover..lagi power segala2nya...

mana tu chef serunding ikang? kasi tunjuklah...

cahya indah said...

auntie, nak sikit lempir tu. first time kenal ni..hehe. serunding ikan pun nak jugak.

Anonymous said...

pers taim i heard of lempir. apa gak rasanya.

CS why you play chit one? mana dessert pemes you.

CS said...

SUE
Nak ekekeke sekali lagi, boleh x? tapi dlm pada tragis dapat gak makan daging kicap; tu tak termasuk rezeki raya korban yg dtg bergolek2 tu...


LILI
Saja nak tau samada org Jojtown tengah tdo atau tengah memasak lontong. Orang Johor pengkimeng no. 3 janji nak belanja I mee bandung (dia yg masak kot?). Psst..perfume diberi nama CikKelly, auwww..

CS said...

QJ
Cendawan 'telinga gajah' tu I yg memandai beri nama, hehe. I lbh suka cendawan kememeh, sopan sket rupa dia. Psst..chef serunding ikang yg tengah pegang angry bird tu laaaar. Diakan pemalu??


CAHYA
Sambut nih.. sepinggan lempir n semangkok serunding ikan jaws, kihkihkih...


NOIR
Ada 2 jenis lempir. 1 made of pulut (serupa rasa ketupat pulut), dan 1 lagi made of beras (cuma jenis lempir nih ada inti ayam).
My desserts?? Gulp! sbb takde rumah airtangan Rima/Yat :-(

Ibu n Abah said...

woooooo..
woooo...
akukah yang terlewat ataupun waktu yang tercepat...
- ingat lagi tak lagu ni????
BTW...
I pulak nak sentap..
kenapa u punya makanan dan juadah raya sangatlah meriah???? I pun raya kat Mesia aper??
Hehehehe.... angin meroyan dan kembali...

CS said...

AKAK
Juadah raya memang meriah. Kata riraya, kaan?? Ehh..mana karipap yg you nak beri I? Mana aci kirim karipap halimunan jer..?
Tip hilangkan meroyan: Jangan mandi setiap hari Senin, Rabu dan Jemahat :-)

Queenie said...

uik! gambor atas tu dah bertukor or mata ai yg bulor?

CS said...

QJ
Jawapannya: dua-dua ..

muehehehehhh...