Sunday 4 December 2011

tapak tangan gatal ...

Ahad yang muram. Ahad yang ralat. Ahad dengan perasaan bercampur aduk namun life goes on.


Tetiba idea menyerlah

mango jelly, fresh mango n fresh fullcream milk

yes, fullcream!

Kitchen glove KETAM, sangat berkenan!

D arrived home safely from seberang. Kemain seronok budak tu makan angin
FM Witch & bats - sangat sukerr!

tapak tangan kanan Cinderella, cun tak?

Asyik digarunya aje

Sangat gatal tapi tak kelihatan sebarang gigitan

Katanya bila tapak tangan kanan terasa gatal, kemungkinan besar duit nak masuk. Kalau betul, jom sama2 kita sorak ceria "yeayyyy!!!" tapi kalau sebelah kiri yang gatal? tu tandanya duit nak keluar; so jom kita sorak pilu "ohhh tidaaaaak".

Al-kisah Cinderella bercerita ... satu hari sedang dia menyental lantai tetiba pintu kayunya diketuk sorang hamba Allah (HA), kenalan lama kekdahnya. Bila HA mula bersuara, mukadimahnya bunyi semacam aje. Cinderella rasa heran dan pelik tapi bersuara dalam ati aje "ehhh... bunyinya macam nak pinjam duit jer?".

HA macam tak reti berenti bercakap tapi Cinderella tabahkan hati bertanya "jadinya apa awak nak saya buat?". Aduhhh... berpinar2 mata Cinderella bila HA luahkan isi hati dan niat sebenarnya.

W'pun Cinderella ada sikit duit bawah bantal busuk (hasil wasiat ayahanda yang tidak diketahui siibu tiri) namun dia tak boleh sesuka ati hulurkan pada HA, tul tak? Kalau pinjam duit dengan bank siap dengan dokumen n colateralnya, pinjaman peribadi perlu begitu juga kah??

Dipendekkan cerita, Cinderella setuju membantu HA dengan beberapa syarat. S ar per t a ialah su t p j an an pe dit g


(alahai.. dakwat kibod dah habislaah..)

18 comments:

anyss said...

Assalamualaikum,
yeahhhhh! kita jerit ramai2 untuk dapat duit ;)

Kakcik Seroja said...

Bagi kakcik pula, tapak tangan kiri gatal, tanda nak dapat duit. ;-)

Ibu n Abah said...

Kak Enchom...
- panggil cenggini sebab gewammmmmm...
apa ayat yg akhir tu... i tak pandai nak sambung2 cenggitu.. tapi i tak puas hati sebab tak faham2...
bagitaulah...
kesian kat i....
kalau u tak kesian kat ja, lili dan fa.. u kesian jerlah kat i... okay???

cahya indah said...

auntie, Cahya pun selalu kalau belah kanan gatal mesti kata nak dapat duit ni..tapi tak penah pulak nak make sure betul2 ke dapat duit. hehe.

Anonymous said...

CS, i no caya hal gatal2 ni.

anyways, kalau i teka betul ayat last tu surat perjanjian ka?

rasanya you tau my pengalaman kan? sekarang ni 10 dollar pun i susah nak pinjamkan...sekali tergigit 2 kali malu

kak ja said...

Kak Som, I ARAHKAN u eksepelen bebaik ayat terakhir u tu.. Kalau taakk, I akan dedahkan perihal T yg nak dapat ****..

Akak, markah kesian mau ka?

Queenie said...

waisehmen, lenkali munkalo (tiru ayat adikku samad hehe) tak cukup dakwat , toksah dok gatai tgn nak menaip, nyakitkan ati jer tow baca putus2...lebih sakit dr putus kasih, sumpit!

Ya Ja...sini ada markah lebih, hang jgn risau...

err...tp kan, rasa2nya penglaman I sikit sebanyak jadi cleaner kat bank dulu kira berbaloi lagi kot ;
SYARAT PERTAMA IALAH SURAT PERJANJIAN JANGAN LUPA DITANGGUNG..

GITU?

Rima said...

CS
i really tak faham tau ayat ayat yg tak complete.. ku macam frust .. cuba explain sikit if not tonight i cannot sleep one huhu

Queenie said...

yesss...
I rasa otak I masih handal lagi :

meh I jelaskan smuanya eh, hadiah tiket free ombak windu, bleh?

"SYARAT PERTAMA IALAH SURAT PERJANJIAN PERLU DITANDATANGANI"

YESSS.........BUKAN KER ITU YANG SEMESTINYA KAAAAAAANZ........

CS said...

ANYSS
Waalaikumussalam.. Jangan jerit aje, kita harus berpom-pom jugak. I lantik you jadi cheer leader ok?


KAKCIK
Tiap bulan tapak tangan kiri you 3x gatal, kan? (your gaji, $ dari suami dan anak), hehe.. I like!


AKAK
Enchom? euwww tak glemerlah nama tu. Cinderella mintak you belikan dia dakwat kibod dulu, baru dia bitau :-)

CS said...

CAHYA
Selalunya tapak tangan kita cool aje, tetap gak dapat duit, kaaan??


NOIR
I also no caya part gatal2 tapak tangan nih but this time isolated case. Yup, it is surat perjanjian (among other things) but Cinderella rasa macam dia zalim pulak, sigh.
Psst..between you n me, can boro $10 or not? ngeheheh..


JA
Sila dedahkan .. sila dedahkan.. that T nak dapat **** = duit, ekekeke.. (contohilah QJ, dlm pada sibuk memasak, sempat dia decipher ayat2 rongak itew).

CS said...

QJ
Pls salahkan kibod sbb dia tak proaktif. Dia patut tau bila dakwat nak habis, kaan? Mcm kita peka bebila tong gas kita nak kosong.

Anyway, Cinderella ucap syabas kat you sbb telah berjaya mendecipher ayat2 rongak itew. You mmg handhal (sempat lagi tu sambil memasak, hehe).

Jom kita tengok Omvak Windu??



RIMA
Semalam boleh tidur zzzzz.. kroh3 tak? OK, frust no more, QJ dah beri jawapannya dah.. (refer her last comment).

Mira Marlena said...

Gebu tangan Cinderella tu ye,cam anak dara gitu!My mom pun cakap cenggitu, barangkali Cik Som bakal mendapat durian runtuh?

Yong Kamariah said...

Cik Som, garu je tgn kanan tu sampai lebam, klu gosok teko aladdin tu keluo jin, cik Som garuk tangan sampei duit gugur dr syiling teheheeheeee...

CS said...

MIRA
Komen guna hp nih.. My netbook tetiba crashed! Huwaaaa...hilang segalak harta karun.. Nasib baik tak simpan durian runtuh dlm netbook, kalau tak sure hangus samaaa... *alhamdulillah I maintain cool namun nak juga huwaaa..*

Ekceli durian dah runtuh pun..tu sbb ada yg menghidunya.

CS said...

YONG
I dah macam monyet jadian dah nihhh... perlukah I jadi mawas baru syiling bertabur atas pangkuanku? aummm... i nak jadi rimau, boleh?

Maya Marisa said...

Brp banyak loan nyer????? Musykil nak tau nie...nnti tak bole tido pulak..hehehe

CS said...

MAYA
Cinderella kata amaunnya adalah dotdotdot...