Thursday 8 March 2012

Khamis, pagi yang dingin ...

Sedang I menyusun kedudukan punggung almaklum baru masuk ofis Alkisah, tetiba D berteriak "Mi.. abah dah balik". Ishhh.. awalnya dia balik? Kita baru nak mengorak langkah kealam siber tapi OK ke TB tu? Kot dia balik awal sebab tak tahan sakit akibat pinggang terseliuh, ke?

Alhamdulillah, pinggang yang terseliuh beransur sembuh hasil tenyehan Yoko2; cuma dia rasa groggy lepas telan pil tahan sakit terus terbayang2 bantal busyuk, tu yang balik rumah cepat dari biasa. So for breakfast dipagi hening lagi dingin tadi, I gorengkan jejemput masin aje (gambar bawah diulang tayang dari arkib negara).



Adunan dibuat petang semalam untuk makan petang tapi diganti rezeki dengan pisang goreng dan keropok lekor yang Ndja bawak so I simpan adunan jejemput for rainy days. Kebetulan pulak pagi tadi hujan masih mencurah2, berhenti kejap2 sejak petang semalam.

Bila digoreng adunan jejemput yang disimpan semalaman, texturenya teramatlah menepati my citarasa. Rangup diluar dan lembut didalam. Mungkin ada tindak balas tepung dan telur setelah disimpan semalaman (dalam esbok) menjadikan jemput2 tu kembang owh so fluffy one bila digoreng hence rangupnya semacam?

Anyway, lupakan dulu penemuan terbaru CikSom didapur ciliknya itew..

..... mesti ramai yang monyok pagi nih sebab takleh sambung tarik selimut sampai keubun2, kan? tapi I boleh aje, jangan jeles, hehe..

Bila hari hujan, trafik jem mesti terlebih gilanya. Mulalah setiap pemandu jadi self-centered. Mesti ramai tiba lewat keofis atas sebab2 sahih atau direka2. Nasihat dari pakar: Kalau lewat ke ofis, balik rumah pun lewat jugalah atau kurangkan waktu makan tengahari.

I pernah buat cara yang sama dengan persetujuan my boss masa keje kat KL dulu (ie datang/balik lewat setengah jam). W'pun semua orang sedia maklum KL dan PJ memang amat jauh namun ia bukan penyumbang kelewatan ke ofis, vvvvukaan...

Penyumbang utama ialah kekurangan kenderaan awam yang mantap (let's blame it on public transportation). Yang ada masa tu tentulah bas mini berbagai nombor, bas SJ atau 'car pool'. Nak beli keta sendiri? Memang thaaaaklah jawabnya, kan? sob3.

Tengok pada nasib juga. Kalau drebar bas mini no. 25 mood baik tak buat onar maka tibalah ana keofis <> 8.30am (bas mini no. 25 aje yang berhenti depan ofis), tapi kalau drebar bas ngelat paksa penumpang turun takat BangkokBank (BB) maka dari BB terpaksalah naik teksi keofis (tunggu teksi pepagi hari menguji kesabaran juga).

Hari paling kecewa: bila semua bas penuh sarat dengan manusia maka I akan berjalan sorang2 dari SS1 ke SS3 menuju ke SS8 berdekatan Motorola supaya boleh tiba ketempat permulaan bas bergerak. Sahih I memang puas berjalan cum beriadah masa muda2 dulu so now bila keluar dengan TB, I mohon turun dulu supaya tak jalan jauh <- bermanja pada yang kasih *tip no. 11 mencari bahagia* ekekeke..

Kalau bas mini no. 25 buat loktang for whateva reasons maka pilihan kedua cuba2lah naik bas mini no. 33 pulak. Bas nih berhenti kat BB juga so pandai2lah tahan teksi ke ofis (kalau jumpa kawan seperjuangan, kita share bayar teksi. Selamat can save 40-80sen).

Sedia maklum, keadaan bas mini pagi hari memang penuh sarat hingga keanak tangga maka I yang comel lagi fragile (ketika tu laa) tak sanggup ambik risiko dihimpit2kan. Kang patah tulang rusuk, siapa nak bayar bil menyimen rusuk I, kan?? Kadang2 molek aje dapat tempat duduk tapi bila bas maju bergerak, penuh juga akhirnya bas tu.

Dengan keadaan bas lebih muatan, selalu gak bas yang I naik tu dilambai2 masuk kebalai polis. Sesi ambik nama 'pesalah' takde kena mengena dengan penumpang tapi indirectly bangkit rasa malu pada bos sebab lewat tiba ofis. Alasan apa nak beri? So takyah beri alasan sebab MOU dah dimeterai dengan bos. Datang lewat, balik pun harus lewat juga.

Bak selalu pesan jangan lewat datang ofis. Datang at least 10 minit awal supaya boleh run through 'things to do list' sebelum mula bekerja. Jangan malas, jangan cuai, jangan curi tulang, jangan buang masa blablabla... *all the jangans in the world kekdahnya*.

Semua pesanan Bak I ingat tapi I jadi takut bila Bak sort of marah bila I ambik cuti (even masa tu Mak was in critical condition). Kalaulah Bak tau I ada masalah keofis masa tu, agaknyalah, mau tak dia belikan I sebijik Beetle?


Masa kerja dulu, every now and then department masing2 mesti conduct an offsite meeting. To warm up sebelum sesi serius bermula; kita dimintak beri seberapa banyak sebab kenapa pekerja datang lewat keofis.

"why do you come late to office?"
- because my neighbour's cat gave birth (so said one smart alec).

Tu aje satu sebab yang paling I ingat *maklumlah, I mana pernah datang lewat, kaan?* errrk..

20 comments:

Kakcik Seroja said...

Kakcik adalah tukang buka pintu pejabat!

cahya indah said...

lepas ni nak buat jejemput kena simpan adunan over night la kan auntie..hehe.

thanks for sharing some wise words, auntie :)

Ibu n Abah said...

kak som..
rindukan time muda2 naik bas mini tu...
tapi Alhamdulillah.. sekarang dah ada kereta shendiwi..
vroooomm mmmmmmmm

Mira Marlena said...

Wahwahwah..rajin Cik Som menapak sampai ke Batu 10 semata-mata nak naik bas Mini?The last time I naik bas was in 2001..itu pun menapak dari komuter sec 19 ke bus station sec 18 sebab nak balik rumah..eheheh..

Bab cekodok tu my mom selalu buat cenggitu jugak,biar dalam esbok supaya semuanya bergaul mesra dan menerbitkan rasa owhsoyummeh bila makan nanti.

Cat-from-Sydney said...

Aunty CS,
Hai....nostalgia bas mini...teringat DJ RMIK Zainal Din Zainal...lagu Stevie Wonder "I just called to say I love you".... purrr....meow!

Yong Kamariah said...

yuhuuuu Cik Som,

Ari ni kita pun sampai opis lewat, jam giler vavi sampai dkt sejam nak kuar tmn perumahan tu, baby kita dah mengamok dlm jam tu dah pueh aku nyanyi lagu itu ini last2 senyap ropanya dah tertido teheeee
p/s : bas mini pink? huuu mana buleh ku lupa...dating pun naik bas tu gek

Anie said...

Cik Som,

I also will put my JJ batter in the fridge sebelom digoreng and akan use icy cold water utk bancuh the batter supaya JJ akan seperti yg u describe. Garing di luar dan lembut di dalam.....

Bukan main lagi I baca u punya citer pasal naik bas turun bas hehehez. Seronokkkkkk...... ;)

Unknown said...

Kita manusia paling awal sampai kat ofis, padahal kitalah manusia paling jauh duduknya. Manusia lain yg duduk sejengkal dr ofis, jgn kata nak dtg in time, on time pun selalu juga. Malah, bila sudah sampai ofis, terus pulak pegi breakfast. Waktu ofis starts @ 9am... Adoiiiii.... Mmg xde alasan yg munasabah atau tak munasabah... Semuanya pasal ada masalah dalaman yg perlu direpair dgn clorox atau pun disental dgn berus dawai.... (geram sampai skrg wpun kita dah tak de kena mengena lagi... Hihihi)

Cik Lina said...

Unknown yg diatas itu adalah cik Lina ye cik som... :-D

Log in guna acc lain pulok...

Yat Maria said...

Cik Som

i pun suka datang awal pat office. The reason is I tak suka balik lambat unless terpaksa, kalo kena buat sumting yg ada deadline.Then pakai nampak I akan leave the office btw 8-11pm. Dulu masa boss I belum cabut tinggalkan ai, selalu jugak kena macam tu, tapi kalo dah over 10pm, selalu dia yg akan hantar I balik rumah, wlpn dia tinggal opposite direction dari I. nowadays since I takder boss, tak kuasa I nak stay late sbb balik rumah I nak kena masak segala for dinner lagi. Having said that balik office cepat pun ada masalah jugak coz dalam train tak bule ai skodeng blog members sebab train penuh sendat mendat, orang2 sekeliling akan tumpang sekaki baca apa I baca..tu yg I paalingg menyampah!

next time I simpan the batter for JJ dlm esbok ya & see the outcome..k..tu jer comment ai..thanks

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Salam..
seronok cerita dulu2..
CS, kebanyakan masakan kalau kita marinate lama2 memang sedap..sebati gitu!

CS said...

KAKCIK
Tukang bukak pintu pejabat dapat elaun tak? :-)


CAHYA
Simpan adunan satu hal tapi harus guna telur dlm adunan tu.
p/s: u r welcome :-)


AKAK
Alhamdulillah keadaan sekarang lebih baik dari sebelumnya dan ia membuat kita lebih menghargai kehidupan.

CS said...

MIRA
Kat mana batu 10 tu?
I rajin menapak jauh sebab nak naik bas yg ada tempat duduk semata2 nak pegi kerja (bukan nak pegi Sg Wang Plaza, ahaks).


CAT
Masa ZDZainal mainkan lagu Stevie tu, I dah tak tunggu bas.. I dah naik keta vroom, vroom..


YONG
Pegi dating dgn apaknya naik bas pink ka? auww..
I memang ingat kat you esp bila time hujan/trafik jem. Sure cikFifi ngamok sakan dlm keta.

CS said...

ANIE
Baru I tau cara orang lain buat JJ. Bila I buat JJ, selepas diadun lebih kurang 15minit, I terus goreng tapi adunan kali nih terpaksa disimpan the whole adunan sebab tak jadi goreng (surely tindak balas dari the good old egg). Pengalaman naik/turun bas berakhir setelah 3 thn, phewhh!


CIKLINA
Sibbaek you perkenalkan diri, if not I tak tdo malam duk mikir siapalah unknown tu, hehe..
Memang selalunya orang duduk jauh tiba ofis dulu tapi siapa badigol yang you nak sental dgn clorox tu? Need my help or not? ;-)

CS said...

YAT
You skodeng blogs even dlm train? Tak pening lalat ke? Kalau I, dah lama termunt**
BTW, dah lama you tak tunjuk your dinner ek? rindu gak kat your cili ijou jeruk tu..


ARTLOVER
Cerita dulu2 penuh dugaan dan cabaran tapi tetaplah mematangkan kita. Kalau dulu I tak reti masak tapi sekarang? bolehhhlaah, for survival..

inahar ali said...

salam rindu CS..lamanye kita x kemari kan..pekabo?? mcm2 bebelan CS yg dh termiss..hehe! pepun hrp CS sekuarga sentiasa sihat sokmo ye!

ahkakbatik said...

yeay sempat kasik komen sebelum cs dengki pi block tempat romen!!!

errr... memandangkan cs dah kaya tak naik bas dan tak lewat balik rumah walopun tak keje pun... dah nengok citer boleyn girl ke belum?

cekian soklan takde kene ngena.

Rima said...

Missing u cik som.. hardly hv anytime to jalan jalan naik bus.. dulu waktu gi opis memang kena naik bus cos tak de train.. eh tertiba teringat akan bas mini kat KL.. kita selalu kena paksa naik bas mini gi selayang oleh my parents.. ishh punya lah penuh dgn manusia bas mini ni

Betul kata anie.. bancuh pakai icy cold water.. sure jadi garing diluar.. lembut didalam.. petua my grandma too hehe

CS said...

DOC INAHAR
TQ masih ingat kat kita, hehe..
I kirim salam rindu kat you juga. Diharap you sekeluarga sihat walafiat ceria selalu ;-)


AB
Alaaa.. kita sengaja tak tutup tempat romen sebab nak 'tangkap' awak masuk sini, heheh..
Citer boleyn girl terpaksa diboleyan sbb zzzzzzz yg amat. Lagi pun I nak save sekotak tisu dari basah lencun, tssk..tssk..

CS said...

RIMA
I tau you bizi skrng semenjak jadi 1/2 day SAHM (tapi 'ofis' tempat you minum2 kopi tu best apa, hehe..).
You naik bas ke Selayang?? Eiii, terernya you memandangkan you bukan local.
Bancuh tepung guna cold water boleh buat tepung rangup selepas digoreng. Yes baru I ingat, orang Jepun guna cold water bila buat batter for tempura thus the rangupness effect kan?