Wednesday 28 March 2012

Pisang dibingkakan ...

Editor Al-Kisah kembali berkarya so mukadimahnya haruslah show off a bit akan 'kerajinan' bermusim beliau, heheh ..

Dah berzaman tak makan bingka pisang tapi tekak nih terasa juga nak makan belebat, jejemput dan lempeng. Haloba yang terlampau tapi kali nih tak hingin nak layan bisikan makhluk bertanduk itew.



Sengaja guna 'loyang' lebar supaya bingka tak tebal macam kek. Untuk bingka, tebal2 tak best. Semolek2nya takat 2cm tebal so bila dipotong rupanya comel cam blondies/fudge, auww. Bila makan kek, bagian tepi tak menjadi kesukaan tapi bila makan bingka, kalau boleh I nak bolot semua bagian tepinya aje, boleh??



Pada satu hari yang ceria, TB & I berbual2 pasal pisang. Dia macam takjub dengan kemampuan I mengenal jenis2 pisang, ngeh3. It's not that his late FIL ada ladang pisang ke apa tapi camana I boleh kenal jenis pisang just by looking at the paras rupa pisang tu aje? Well..well..well.. tidaklah I ingin mendabik dada yang hmmm nih kan? but somehow hasil bercampur gaul dengan orang2 tua dan rajin ikut Mak kepasar, maka ilmu tu datang dengan sendirinya, auwww...

TB tu kaan, while he knows so many types of ikan air tawar, jenis burung yang berkicap tweet2, jenis herba dan makanan orang dolu2, dia tetap tak dapat bezakan jenis2 pisang; but wonder no more, dah dia tak minat makan pisang unlike you-know-who, kan? So, I forgive himlah.

Al-kisah ... Masa kecik2 al-comot dulu, I diexposed dengan 'pisang masak hijau'. Saiznya sebesar pisang montel tapi tak taulah why kulit pisang tu terlebih klorofilnya; dah masak ranum atau masih kelat, rona kulitnya tetaplah ijau.

One day, me and my 2-year old adik mintak more pisang kat Mak. Pisang tu nampak jelas dari pandangan sebab Mak letak atas esbok saiz kecik so kita yang masih ketot, katek lagi rendang memang nampak sah terang takyah suluh2 lagi, pisang ada atas esbok. Kiranya Mak kenot bluff us lah kan tapi Mak tetap bluff us juga, huhu....

Mak kata pisang tu kena simpan untuk Sultan. Waah!!! untuk Sultan? biar betik and that time kebetulan Bak & Mak baru berjumpa Sultan & Sultanah kerana perayaan hari Merdeka or maybe perayaan menyambut hari keputeraan diKotaTinggi, maka lagilah real pisang tu memang untuk Sultan.

Berasaskan RukunNegara #2, kita berdua terpaksalah akur. Patutnya I pakat dengan my adik. Kalau Mak tak kasi kita pisang, jom kita panjat esbok, panjat tangga, panjat bumbung tanda berontak .. pastu Mak panggillah Nanny 911, hahaha.

At the moment, my fav tv prog. is Nanny 911. Sesak napas bila tengok anak2 orang buat perangai nakal n terejal to the max tapi kadang2 kelakar juga. D tanya "kalau cucu2 Umi cam tu, camana?". I jawab "jangan datang rumah Umi atau duduk aje kat belakang rumah jauh sana main dengan ayam itik kucing" <- ..sadis punya grandma no?..

Cakap cenggitu (dengan niat) kononnya masa tu I dah berpindah ke desa halaman TB where there would be excess land for Tok Li, Tok Som n cucu2 beriadah outdoor, auwww seronoknya, kan?

Nota: My niece yang sebut pisang as pithang dah besar sekarang nih tapi tetaplah sebut 'pithang' juga, hehe..

19 comments:

3E said...

As salam Aunty Som....
Finally the mashed banana yg duk dalam esbok u tu sudah dibingkakan....
I setuju dengan Aunty Som....bila tang bingka...kita kena bolot yang bahagian tepi tu...orang panggil kerak2...sedap!....kalau boleh semua bahagian tepi tu I nak bolot semua....:-))

zarin said...

my mak dulu pun ada kebun pisang tapi i ni sebijik pisang pun tatau namanya..tau makan pisang ajek :D

i pun setuju ngan asilah n u..kalau part bingka pisang harus di bolot tang tepi tu.

Amelia said...

Hi Somuffins, your bingka pisang nampak sedap. I tengah lapar ni, sambil lepak sambil tunggu keluar makan pukul 12pm. LOL

Our kawan MIA terus, tak tau apasal.
I dah tanya kawan lain yang kena dia, they pun cakap totally no news from her. Was actually worry of her too, don't know ada apa2x happen tak.

Jumpa lagi.

Psstt... mana gambar beras?

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Salam CS..
Kalau berkenaan Pisang, memang i favorite. Tapi kann..bila makan bingka,
i tak yg kerak, suka yang lembut2 punyer...
Nakal you ye, masih kecil..

Kakcik Seroja said...

Masa di kampung dulu kakcik cuma kenal pisang awak, pisang abu dan pisang tanduk. :)

Cat-from-Sydney said...

Aunty CS,
Mama kita dulu2 masa kita duduk jauh tu suka sgt buat bingka ubi sbb senangnya nak dpt ubi yang dah diparut. Dah pindah sini tidaklah lag membuatnya sbb tak kuasa nak parut ubi. Tapi bingka pisang ni somehow tak berapa laku kat rumah ni. purrr....meow!

Anie said...

Somuffins,

I blom pernah try bingka pisang tapi I mmg feveret belepat pisang & ubi yummmz yummmzz

I used to watch nanny 911. Skarang dah takde lah programme tu. Budak2 tu semua nakal to the max kan. Yg ada sampai mak dorang diludah2, dimaki2.....isshhh kesian.

Ibu n Abah said...

kak thom...
rasa-rasa nyer lah kan... citer u patut panjang lagi tau...
tak puas....
ni nak berontak ni..
- hentak2 kaki tapi tak pakai gelang so no bunyi...
kaki jer yg sakit...

Yat Maria said...

Salam Cik Som

until now I kenot tell which pisang is which unless pisang tanduk jer yg I kenal betul, coz fav dude! yg lain2 I pakai beli jer sebarang if nak buat kuih..tgk apa stock yg ada at the market.

as for nanny 911, if budak2 geng 606 haruslah panggil jer nanny from hell, baru dia orang taw..having said that tak semestinya nanny from hell can ubah perangai dia orang tu..unless dapat The Nanny that Fran..something..dah lupa nama dia..suara dia & ketawa dia jer buleh grate the deria pendengaran..tak leh angss i!

CS said...

ASILAH
Assalam..
Ekceli pisang yg I mashed hari tu hanya sebijik aje tapi beberapa hari kemudian my sister beri pisang so I tambah 6-7 biji lagi untuk dijadikan bingka. Bagian tepi bingka best dibolot tatkala panas/warm. Bila dah sejuk, keraknya dah tak garing lagi, tak syok!


ZARIN
Since Mak you ada ladang pisang maka perlulah you belajar jenis2 pisang supaya you boleh jadi taukey pisang one day.


AMELIA
Tadi you ada lunch date ke? Anyway, pasal beras berusia 16 thn tu, you dont worrylah. As promised, nanti I tampal.

CS said...

ARTLOVER
I like bingka yg baru dimasak, whereby its crust garing dan liut2. Tu yg I sker sangat tu tapi kalau bingka dah sejuk, crustnya dah kurang best. Masa kecik2 dolu I baek taw. Part nakal nak berontak tu hanya datang impromptu masa sedang berkarya skrng nih.


CAT
Since your mama malas nak parut ubi, why not you tolong dia? Nilah peluang you jadi kucing mithali berbakti pada your mama. My bingka pisang, I sorang jer yg makan. 2 men of the house tak sker..

KAKCIK
Boleh tahan you tau 3 jenis pisang tapi I pasti you tau lebih dari 3 jenis..

CS said...

ANIE
I suka segala jenis makanan asal dari pisang. As for bingka ubi, I suka yg warna gelap gula melaka. Kalau rona kuning, putus selera I. Nanny 911 pernah ada kat channel Astro tapi skrng dah bertukar kechannel lain. Those kids, OMG!!


AKAK
You nak suruh I perform tarian hentak2 kaki masa Diwali tahun dpn ke?? Tindakan berontak hanya hayalan semata2. I memang baek masa kecik2 dolu, tak pernah gaduh kekdahnya *percayalah*


YAT
Kita ex-606 kan? Do we need nanny 911? ahaks.. I prefer Nanny Fran yg kekadang gelak cam kuda tu, yeeehaaa...har3. Lagi pun bolehlah kita kenyit2 mata dgn boss dia, Mr apa namanya tu? Ishh, lupa lak.

Cik Lina said...

saya suka pisang nipah.... sangat sedap digoreng bersalut tepung ranguppp... kraapppp kraappp kraappp...

saya juga fail bab mengenal pisang.. tp camne boleh kenal pisang nipah? sbb kita suka makan pisang ittew... :-D

psst: ekceli, pointnye kita nak habaq yg kita tak penah dgr bingka pisang... hihi...

Yat Maria said...

Hahhahaa...name boss dia "Mr Sheffieldddddd!!!!" sila imagine Fran panggil dengan sengau2 dia...hahaha...

Bintangjauh said...

Salam CikSom, si-BintangJauh datang dari kayangan nan jauh dihujung dunia... kepingin mengomentar sedikit dahulu...

Setiap kali Ratna baca lah Alkisahnya CikSom pasti Ratna tersenyum simpul semanis buah pisang itu, adore cara penulisan CikSom yang bersahaja secara selamba lagi natural sekali.

Salam manis semanis madu.

cahya indah said...

sedapnya bingka..cahya suka makan all types of bingka :) pisang pun suka all types jugak..hehe. nama pun suka makan.

CS said...

CIKLINA
Samalah kita suker pisang nipah aka pisang kapok. Sure you tak pernah dengar bingka pisang? Kueh2 Melayu yg agak2 mendak semua dipanggil bingka, kankankan? Even the renown bread pudding tu pun boleh diistiharkan sebagai bingka roti, auwwww...
Baru sat tadi I terjumpa bingka kacang merah kat blog orang, hehe..


YAT
Of course 'Mr Sheffielddd'.., hehe.. Nama tu dah kat tepi bibir jer, ishh....


BINTANGJAUH
Salam Ratna. Mekasih sudi singgah keAlKisah. Datang naik hot air balloon ke? hehe..
Cara penulisan editor AlKisah seboleh2nya memang informal. Terima kasih dan SMSM juga :-)


CAHYA
Baguslah you nih. Tak cerewet bab makan maka rezeki you, insyaallah sentiasa murah.

T said...

Saya suka pisang emas. Sedap di makan begitu saja. Dekat sini ada macam-macam pisang jugak, tapi ada dua nama je: banana & plantain. Pisang montel dengan Pisang emas dia panggil Banana and Baby Banana respectively. Yang kulit keras pulak, semua size, dan warna kulit, dia bantai je panggil plantain. Pemalas betul kan grocer kan sini? So saya pun memandai jer panggil Pisang Tanduk hijau, Pisang Kapok purple. kehkehkeh.

CS said...

T
I think pisang emas is the best pisang untuk buat kuih muih. Dahlah manis, warna pisang tu sendiri sangatlah menarik, kan?
Psst..boleh ke you suggest kat grocer tu nama2 sebenar pisang yg diorang jual tu?

Untuk renungan bersama:
Plantains are
* Starchy
* Used as a vegetable
* Longer than bananas
* Thicker skin
* Resemble green bananas, but may be green, yellow or black

Bananas are
* Sweet
* Eaten as a fruit
* Shorter than plantains
* Thinner skin
* Color is green when not fully ripe, yellow when ripe