Sunday, 15 April 2012

I'm obsessed !!!


bapak kucing berbulu musang
musang disangka dari Taipan
pengat labu pengat pisang
sekali suap tidak kecukupan!


Yang minat pengat pisang cuma T n me. Yang minat pengat combo pisang n labu cuma I sorang. D tak minat or rather tak pandang sebelah mata pengat thingy while TB lebih suka bubur kacang atau bubur cha cha yang berkeladi berkeledek bagai tu.

Kenapa bubur cha cha bukan dalam kategori pengat? Pengat cha cha, sounds yummy jugak, kan?

Berseri2 muka T bila diberitau I masak pengat. Soalan cepumas "ehhh...bila Umi masak?". Kita pungpang kat dapur dia tak sedar pun. Kita cairkan gula Melaka membuak2 bersememeh kat dapur pun dia tak tau. Bertuah kan? So kerja dia menggali pisangnya aje, tak cuit pun labu.

Tak dinamakan pengat kalau tak bubuh biji sago. Ikutkan hati nak aje curah sekilo dua, muahaha tapi kang pengat jadi ledut macam lengkong pulak, fail namanya tu. Masa menyuap ngap, ngap .. ingatan kembali kezaman purba semasa bertanya kat Mak/Chik, apa bendanya macam biji mata ikan tu? "Telur katak" kata mereka (bersekongkol) so tu jugalah I bitau D&T masa diorang kecik2 dulu, hehe..

Mak boleh sebut telur katak walhal musuh ketat Mak ialah katak. Serupa halnya bila orang geli tikus. Dapat bayangkan keadaannya camana tak?? Real huru hara wa cakap lu. Kita anak2 peka dengan 'amphibian kesayangan' Mak so bebila nampak kelibat katak, pelan2 kita pegang tangan Mak dan 'tatih' dia ketempat lain.

Camana bila Mak yang nampak kelibat cikTak tu dulu? Horror darab 18! Nampak hantu kum2 pun orang tak menjerit cenggitu. Dan....skill menjerit bila keadaan tak terkawal telah diwarisi oleh .....? Siapa yek?

13 comments:

Rima said...

CS
This is how Sonia will say bila dia nampak makanan fav dia.. "I really really really like this mama.. Oh thank u mama for doing it for me" ahhhh tu dia.. That's how I kata dalam hati bila CS show itew pengat Huhu sedap!!

Anonymous said...

nak minta semangkuk mesti dah habiskan.

Nothing wrong being obses CS, cuma perlu tahu limit. Bukan apa takut nanti sedar-sedar baju/seluar/kain semua kecut.

Ahkak

bintangjauh said...

Salam CikSom,

setuju... 200%! Pengat pisang bersago-sagu ada lah manisan pujaan selera Ratna namun takut sediakan selalu... nanti jadi embam montel, gitu... dan apa tah lagi pengat labu bersago-sagu lagi lah Ratna adore... dan ada masanya Ratna sengaja sediakan pengat/bubur sago-sagu dengan sedikit jagung begitu puas selera kepada bijian sago-sagu aka telur katak sahaja... ish! pelahap bunyinya!

Gimana pun, dihari minggu berminum petang dengannya pengat pisang&labu bersago-sagu begitu yummy lagi-lagi sesuai serasi berendam bersama (gabungan manis buah pisang dan lemak lemak lunak si-labu), terus lupa dengan keadaan cuaca yang sejuk berhujan dipetang sore...

Setiap kali "baca lah" al-kisahnya CikSom, Ratna pasti ter... ???

Ada kah barisan pantun itu ciptaan hak asasi CikSom?

Salam manis semanis madu.

Ibu n Abah said...

Pokok pisang belakang umah ada 2 tandan ni nak masak...
Boley lah i buat pengat pisang dgn bangganya..
Huhuhuhuhu... Jgn jelezzz ya... Belakang umah dah byk dtgkan hasil.. Mangga, ubi, pucuk ubi... Pisang, keledek... Pucuk betik, daun kesum... Bunga kantan... Serai... Daun kunyit... Kunyit idup....
Hhehehehh... Barter trade jom...
I bg pisang, u buatkan pengat pisang ya...,ekekekekekeke

Queenie said...

AKU JAKI! AKU JAKI!!!!!

kang datang balik...ada panggilan kijer nih! awas si penyebab aku kenyang airliur ptg nih!!!

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Salam CS..
Adakah berjanji dikau dan daku?
Ohh..CS, kalau begitu sehati sejiwa lah kita..Apa yg you suker..I suker.
Huh..cuma satu..u no green fingers, hehe.

shaz said...

Pengat labu...I loike... Now you give me ideas untuk ditiru...

Queenie said...

bapak kucing gondol bulunya
sebab tu pinjam sibulu musang
amik gambor fokus jahat niatnya
buat gua meleleh memandang pisang

pengat pisang bercampur labu
bertatah kilat sitelur katak
alangkah pedih rasanya qolbu
kerana segan tertahan nak mintak...

sengaja tau, tak sker kita, kali ni kamera chop apa tuh, gambor tangkap ngences weiii...

ntah ek? skill jeritan tu warisan saper? rasa cam terasa jer...

somuffins said...

RIMA
How sweet n appreciative of Sonia to have said that. Masa dia cakap cenggitu, I am sure you were feeling on top of the world, kan? *samalah mcm I rasa sekarang nih*, hehe..


AHKAK
I buat pengat tu hari Sabtu, buat pun tak banyak maka sah dah licin.

somuffins said...

RATNA
Sebenarnya dah lama I tak buat sendiri pengat. Selalunya beli aje tapi kali nih ter.....rajin pulak. Pantun 4 kerat adalah hakmilik asasi Editor Al-Kisah. Berkenan ke? hehe..
Glad to know you selalu 'ter.......' bila kesini.


AKAK
Yaalaaa...yaalaaa *tonasi cemburu* .. nanti bila I pindah keJasaint, akan I tanam segala pokok2 lebih banyak dari you punya termasuk pokok raspberry, stoberi, fuji epal, pear, plum, anggur dan fokok pithang tentunya *sambil gelak dlm ati*

somuffins said...

ARTLOVER
Ha'ah ek? Kita macam berjanji2 pulak masak mende yg sama. Citarasa kita serupa tapi betullah cakap you tu. You ada green finger, I ada butter finger. Psst.. baru tadi tau kita juga suka kueh kukus gula hangus. Kawan kita cabar I buat kueh tu esok.


SHAZ
Buat pengat labu bubuh sago biji banyak2 pastu DHL semangkok kat sini ehh??


QJ
Dah tajuk entry 'I'm obsessed' maka haruslah gambar2nya ditangkap dari jarak dekat kasi perrghh sket. Esok2 boleh feeling2 jilat skrin. Kameranya tetap guna hp CokiaN97. I nih kan taat pada yg satu? auwww...

mela said...

u jerit bila nampak apa? i harap anak i juga peka untuk tatih kan i bila nampat kelibat cikKUS. Mak u hanya sedemikian dengan cikTak?

somuffins said...

MELA
I jerit "ohh mak kau" bila anak bujang sergah I dari belakang, tepi dan depan, pastu dia gelak cam nak rak! Mmg nak kena smack down dak tu :-)

Yes, hanya cikTak bukan BFF Mak I.