Wednesday, 4 April 2012

Ziarah sambil menjamu selera ...

Initial plan semalam nak ngukur jalan sorang2. Nak trim rambut kasi lagi comel, bayar bil 'api' yang kian marak dan beli buah2an/sayur2an namun ianya tak menjadi sebab impromptu plan menyusul.

Malam sebelumnya Teh telefon mengajak sama ke Sban ziarah our BIL @spital. I tanya "nak I drive? berani tak?", lalu disambut "I pun boleh drive" <- hehe yalah tu!

Biar betul I mengofer diri untuk draib ke Sban?? Berani ke? Dalam darurat, insyaallah berani. Dah terbukti 2 minggu lepas I drove all the way from Sban-SJ amidst the goyah n the gigils hingga ketulang som2.. Alhamdulillah selamat sampai rumah bergate karat.

Pencapaian luar biasa kekdahnya tu memandangkan draib ke KL pun tak lepas lagi. Tentunya bangga dengan diri sendiri *sambil usap2 bahu*, syabas!

Kesudahannya, my bro no. 5 (2nd in line to the throne, ahaks) bermurah hati to drive us there. Guna gps untuk ke KayPeeJay. As soon as suara pempuan kata "turn left", I secepat kilat mintak 'drebar' turn right, hehe.. Singgah stall tepi jalan beli something as alas perut (if not kang I mabuk uek2 bila perut kothong).


By 11am selamat tiba kedestinasi. Masuk jer bilik terpandang deretan munger2/buah2an segar dalam bakul molek berbaris. My BIL and his wife (who else but Ndjalah, kan?) sedang mentelaah sokabar. My BIL beransur sihat wpun masih guna bekalan oksigen (letak wayar kat hidung).

Minggu lepas masa Ndja n famili ke Langkawi, my BIL dah mula gering - demam, batuk, selsema n weezing begitu bergemuruh sekali. Sesungguhnya it wasn't the normal influenza but he's having pneumonia.

Nota hiburan: Because of Bobbie Gentry I hafal ejaan pneumonia, ngeh3..

2 jam berlalu ... kita harus beri laluan untuk sahabat2 BIL yang lain melawatnya memandangkan bilik spital tak sebesar dewan pwtc boleh memuatkan entourage dari pejabat. Kebetulan pulak dah tengahari, kan? So you know I knowlah... it's makan time!

Ndja bawak kita kerestoran Raudh*h. Masa tu hujan lebat namun semangat nak makan berkobar2, kita redah aje hujan yang mencurah2 (gitulah untungnya bila tersedia 'alas dikepala', alhamdulillah). Suka ketempat makan cenggitu sebab ia berjaya mencongkel bakat kehalobaan we all, haha..

Lauk-pauknya berderet2 dari utara keselatan, lazat2 belaka! Desserts Melayu dan desserts omputih bergesel bahu namun I ambik sebiji cucur aje manakala Bro. no. 5 ambik a bowl each of bubur pulut hitam n bubur kacang. Makan kongsi berempat, hemah dan bersepakat kita adik beradik, kan? ngeheheh, sukaaa!! Seronok berkumpul adik beradik; makan sambil mengekek2 reminiscing cerita purba, hehe.

Dah suka sangat tu, tak tapau lauk ke CikSom? Mau tak? hahaha.. Always be proactive where ever you are <- fevret motto.


Teh teruja big time bila terpandang lempeng pisang, hehe. Tu semua ChefWan punya pasal sebab dia pernah promote lempeng pisang + kelapa parut dibakar beralas daun pisang kat restoran tu. I nih peminat tegar pisang tapi bila lempeng pisang ada kelapa parut, gua terus geleng kepala, nehi2 tak sker..

Dah kenyang sangat2 so baiklah beredar cepat. Mudarat kalau duduk lama2 kat situ kenot tahan lambaian tiramisu & trifle. 3 mak dara menuju kekereta memasing bergentel2 beg plastik ditangan, ada aje yang dibeli walhal tersedia penuh dalam boot ada 4 bakul buah2an. Ekceli sangat malu pada BIL untuk terima buah2an tu (ada ke orang sihat terima buah2an dari orang sakit?) tapi atas desakan Ndja, ngangkut jugalah kita, hehe..

Sebelum balik kehome shweet home, kita drop Ndja kat spital dulu. Minggu nih dia jadi Ms Nightingale jaga patient. Mekasih bebanyak belanja kitorang makan syedap. May Allah bless you n family.

Almost reaching my area, Teh mula menyebut2 murtabak V*ct*ry. Tanya kita berdua "nak tak?". Trick dia nak belilah tu tapi masih teragak2 but with a lil bit of pushing dia terus 'dial that number' memesan 4 keping murtabak daging. 2 for her and one each for us.

Tiba kedai aje, murtabak dah siap dibungkus. How wonderful can that be? Jimat masa menunggu sementelah tempat tu yaRabbi, tersangat 'lokek' tempat letak kereta.

Akhir kalam, alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah ...

Nota gah: Baru belajar merging 2 gambar jadi 1. Belum lagi 4 jadi 1. Gelabah wehh..ekekeke..

10 comments:

mrs plain-june said...

kak cs.. gayanya mcm menjamu selera sambil ziarah je.. hehe..

somuffins said...

JUNE
Dua2 pun applicable tapi sumpah *sambil naik telapak tangan kanan paras telinga* niat utama tentunya menziarah, ehem..

kakcik said...

Alhamdulillah. rezeki jangan ditolak.

Semoga yang sakit segera pulih sepenuhnya, InsyaAllah.

Ezza Muffinbiru said...

selalu nya rezeki yang sihat melimpah ruah bila melawat yang sakit..apa tak nya..yang sakit gerenti tak makan bende bende yang di hadiah kan....hahaha

belanja lah kita Murtabak tu....terasa rasa kat lidah kita ni...hehehe

somuffins said...

KAKCIK
Alhamdulillah yg sakit beransur sihat dan selera baru mula diasah. Dah berlebihan rezeki maka haruslah diagih2kan, kan?


EZZA
Bila selera org sakit kembali pulih maka bolehlah menikmati buah2an tu tapi kalau dah banyak sangat, harus diagih2kan. Pahala pun dapat :-)
Camana caranya I nak belanja you murtabak tu? Takot gak baby koret2 meleleh ayaq liurnya, ahaks.

PatinPasta said...

Cik Som,
Haha! Betul tu, ada ke ziarah orang sakit dapat buah? Nampak benor time menziarah kita selalu bawak buah sampai orang sakit tak lalu. Next time jom tukor bawak pizza ke, karipap ke, apam balik ke..

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Salam CS..
A Foodie is always a Foodie..

somuffins said...

AIDA
Pemberi hadiah datangnya dari office mate my BIL so nak senang kerja diorang contact florist. Nowadays florists ada tanam pokok buah2an dlm kedai diorang juga, ahaks. Senang 2 in 1 kekdahnya. Kalau I sakit, I nak orang beri duit aje, hahaha... (sah mata duitan).


ARTLOVER
Hehe...foodie pencen memang best, kan? Alhamdulillah :-)

cahya indah said...

auntie Som, nak address Raudh*h please..suka makan kat tempat yang lauk pauk banyak sangat choices sampai tak tau nak pilih mana satu ;)

somuffins said...

CAHYA
Calet sket!

Restoran terletak dlm bandar Sban. Jalan Rahang 1 kalau tak silap. Rahang as in jaw.. dah eloklah dibuat tempat makan kat situ, kan?