Wednesday, 27 May 2009

H2O tercemar ...

Rajah A
Pukul 6 pagi masih hening kan? Tapi kat luar sana dah berkeladak bunyi bas sekolah; sekeladak rupa air paip yang mengalir dari paip dapur Somapin. Air dari paip utama bukan dari tank atas loteng yaa. Lepas 17 jam air pun mendak dengan jayanya; sebab tu tak nampak segelap gambar dibawah ni.

Nilah rupa air lepas I godak cam tak mau dari bekas plastik beli taufufa tu (rajah A). I pun alihkan kedalam mug putih bersih ni (mug free beli kopi 6-in-1. Dapat 6 biji, letihlah nak tunggu depa jatuh pecah tapi tak jatuh2.. psst, mug tu tak lawa ada gambar jin ijau).
.
I godak air tu laju2 dan kejap aje dapat efek kopi-O. Camana kalau I menterjalkan diri, I tambah gula atau susu pekhat .. pastu I hiruppp..??

Dari 6 pagi hingga 11 malam (dah berapa jam tu?), air dari paip dapur Somapin masih tak berapa cantik, masih ada saki baki impuritiesnya.
.
Apa pun, cuba perhatikan Somapin tak guna banyak perkataan Inggeris, kan? (except maybe one or two <-- yang ni tak termasuk dalam post ok?) :-)

3 comments:

kak ja said...

kalau dptlah yg berkeladak sakan tu dkt Belalang, tentu dia x pyh susah2 kikis bontot kuali lagi dah, nak buat kopi utk Pak Belalang..

Cik Lina said...

Cik Som, wa noticed kalau dok apt, air mesti berkarat..masa dok kat gombak, sakit jiwa kalau membasuh baju sbb bila kuarkan kain je, nampak tompok2 karat.... pas tu, pindah apt baru kat kjg ni, memula mmg air bersih... wa tapis pakai mineral pot pon penapis tak kotor, after 2 years, letak satu round tapis, terus likat karat melekat... soon, wa kena watch out ngan air mesin basuh plak.. letih aaaaaa....

somuffins said...

Ja, Belalang and Pak Belalang dah jadi aruah tapi kuali hitam I masih aktif lagi tu.. Montotnya pun boleh tahan, tebal dah.

CikLina, betul tu. Memang sakit jiwa esp part basuh baju. I dah merasainya. Dugaan betul.