Saturday, 30 May 2009

Typewriter n Superman


Semalam I pergi kerja tapi tak pahamlah kenapa opes tu kelabu asap aje. Berjimat tak nak bayar lebih2 bil letriklah tu. Alaahai, agak2lah kalau nak berjimat pun, kan kitorang nak kerja nih? Camana kalau kopi panas tumpah atas file atau atas da**? Very hazardous kan?


I perasan keadaan opes hingar bingar. Sesibuk macam ada deadline mesti dibereskan secepat mungkin. Atas meja I ada typewriter. Mana datangnya typewriter tu walhal dah lama I guna komputer console untuk menaip. Rupa typewriter tu pun muram dan suram aje. Kalau otomatik best juga tapi kalau manual? Habislaah..

I tak boleh cam muka sesiapa dalam keadaan samar2 tu tapi I boleh pulak cam orang yang beri I tugasan menaip tu. Muka 2-in-1 dia, ada imbas An*** Ib dan Wan Az**, my old friend; dan built macam Yu**, bos lama I yang ganteng tu .. (voice over cs: haipp!). Dia beritau apa I patut buat tapi dia cakap tak terang. I dengar suara tanpa perkataan.

I cuba fokus pada kerja tapi I tak paham apa I patut buat. Nak tanya pun I tak tau nak tanya soalan apa. Otak I macam haywire aje, keliru. Kenapa bos guna exercise book yang bergaris2 tu? Kenapa tak guna kertas biasa aje. Dan, macam mana I nak taip guna kertas bergaris2 tu? Kena koyak dulu pastu insertkan kat typewriter ke? Mana boleh, tak cantiklah nanti..

Then I teringat, sepatutnya I guna kertas saiz A4 untuk menaip surat rasmi dan mesti guna kertas yang ada logo pejabat. Dalam pada tu I peratikan dari jauh bos 2-in-1 tu kehulu kehilir resah aje. Dia under pressure sebab I tak siapkan lagi kerja yang dia beri tu. Tau punya..

Dan nak dijadikan cerita, I tak buat apa2 pun sebab I mimpi aje tu..


CikSom ... - May 29, 2009 Andaluz WP
Mueheheheh.... Semua tu salah parking agency (ya tak?). Patutnya buatlah parking kad saiz A4 ke .. taklah terselit kat dot3 yang bersaizkan B3 (isssh... gelabah gak masa tu).


Untuk kawan2 I dari 'resort' nun (nak jadikan prooflah nih), I tulis yang atas tu pada 29/5 @ 9.06 pagi dan malam tu I mimpi pergi kerja. Dah 15 tahun I tinggalkan 'rat race', trafik jem dan payslip <-- tak best tak dapat yang ni!

Heran juga 'A4' tu boleh jadi modal mimpi I, mimpi yang tak syahdu pulak tu. Lepas ni I nak fokus kat Superman. Dah 2-3 kali I terbang dengan Superman ... terbang tinggi2 hinggap kat bangunan tinggi pastu touch down atas tanah very smoothly. My Superman is faceless so takdelah I tau rupa dia macam Tom Welling ke, macam mendiang Mr. Reeves ke.Yang I tau, Superman is my childhood hero.

Favourite: Can you read my mind (Maureen McGovern)

5 comments:

Spices of Life said...

As i was reading it, i Knew it was a dream. In a dream the prop lighting selalu malap. entah la knapa. Kot kot mata tengah pejam seketika kot. Hey , you miss working eh? so do i..but how i miss working. i dread the routine pi kerja time and bodek the bos time.

somuffins said...

Kalau pakai spec b4 tdo in preparation to have a clearer vision masa mimpi, does it help? Hehe. Wonder how blind people dream. Apa diorang nampak ek?

Do I miss working? Sometimes ..
Part 'gaduh' cakap omputih tu yang best..

mrs ceriawan said...

hehehe..kelas mimpi CS..

SHAHIRAH KHAIRUDIN said...

dari 1st para lagi i dh agak this is ur 'nitemare'..haha=)

ye la..impossibble Cik Som g keje..walhal Cik Som kan self-employed! hik hik =) u r da boss..u r da maid..ooppss..am i saying maid? sori Madam Som.. *ghee*

somuffins said...

Mrs C, mimpi T & I boleh buat drama beberapa babak. Hubby I pun heran sebab dia jarang mimpi.

Shahirah, ada lagi mimpi ngeri pasal pergi opes.., boleh tak jumpa baju, tudung etc. Dan
pasal maid tu, memang mcm maid pun. Meni2tis2 dan meleleh2 peluh jatuh ke bumi..