Tuesday, 5 May 2009

Yeayy.. Pulut Kuning !!!...

Semalam I masak kari; daging dan ayam bersatu padu dalam satu periuk. OK tak cam tu? Kita boleh masak mixed vege, why not mixed meat, kan? <- justification dari orang 'rajin' yang teramat. Kari tu as main dish dan kalau ada lebih bolehlah mamam dengan pulut kuning (tapi pulutnya masih lum nampak bayang).

Memang berharap sangat, janganlah kari tu dihabiskan (tolong, tolong); kesian pulut takde kawan (or rather kesian I makan pulut takde kari). Yeyy.. kejap tadi I berjaya kukus pulut kuning, tak banyak - satu pot aje, hehe. I guna teknik yang sama masa buat serimuka dulu ie teknik kukus guna rice cooker atas dapur. Lebih ringkas cam ni, afterall tu aje pulut yg ada.
.
Kalau my sis/aunty tau I masak satu pot aje, diorang mesti kata "gigi tanya lidah, lidah tanya gigi" atau my aunty yang tak reti cakap omputih pun pandai kata "tith ask tang, tang ask tith". Jangan memain you .. direct translation tu :-)

Selalunya kari yang disimpan overnight bertambah sedap, kan? Tu sebab I takde niat nak masak kari lagi, hehe <- justification from a smart aleck. Kalau ikut cara Mak, pulut kuning mesti siap dengan timun, juraian telur dadar dan keledek (?) = meriah. Maybe yang tu lebih sesuai untuk majlis formal whereas mine is very informal aka mim-alif-lam-sim.
.
Nak komen sikit pasal program TV 'warong kita'. F ditugaskan makan, makan dan makan tapi sayang, dia hanya mampu komen "sedap" .. "lain dari lain" .. "sedap", tu aje. Lain pulak caranya bila I tengok Padma mengomen tentang 3 jenis sandwich yang dia makan semasa jadi juri dalam pertandingan 'the best sandwich' kat program Oprah. Tak payah tengok the actual sandwich pun kita boleh drool no end.

2 comments:

azIEda said...

salam dear,
iwent back to your serimuka post.. u masak it on the stove in a rice cooker pot or you bakar it in the oven? hmm let me see , u masak the pulut first in the oven and then u spread it in a baking tray and pour the serimuka on top of the pulut yg dah masak and bakar.. right? i ni paling malas masak,. but so rajim makan..and here im so kepunan the pulut seri muka. but i never invested on one steamer.. mahal sangat

somuffins said...

Salam Azieda..
Serimuka yg baru I buat tu, I steam the pulut + topping guna rice cooker all the way.

Before that, I tried using microwave to cook the pulut & topping. Pernah juga I tanak aje pulut tu cam masak nasi (kadang2 menjadi, kadang2 terlembik).

Since you takde steamer, can trial n error guna microwave or rice cooker pot (over stove fire).