Wednesday, 20 May 2009

Takde tajuk sesuai ...

Slurpee.. slurrp!

1130am
I kena uruskan 4 misi dan D bermurah ati jadi drebar. Kalau dia tak jadi drebar pun takper sebab tempat yang I nak pergi tu muai tempat letak kereta, tak macam kat Tepan tu. Tapi dah dia ofer, peluang I jadi LOL semakin terserlahlah, kan? Dia pun perlu kumpul pahala banyak2 berbakti pada umi dia yang sorang nih. Salah satu dari 4 misi tu mestilah JJCL, L yang bermaksud LAUK.

1pm
Lunch with tuan besar seakan2 'makan berdamai'. Makan berdamai bukan selepas baik dari bergaduh taw tapi makan berdamai ala2 baru kawin gitu (har3.. gelak musykil nih). I tulis 'tuan besar' atas dasar hormatnya I padanya sebagai suami (auwww.. tersipu2 seketika), dan bukan sebab I geram dia tu commanding ke, demanding ke .. nehi..nehi.. that's not what I meant.

Sebagai isteri solehah (sambil terkebil2), kenalah I temankan dan santap sama2 sebelum dia pergi kerja. Dia selalu kata "u tak makan sama? marilah.. kalau you makan sama, berselera I". Mueheheheheh .. part ni memang I find it very funnylah, tapi .. biarlah I gelak sensorang.

2pm
Bye2 kat tuan besar, cium tangan cium... eh, cium tangan jer. Selamat dia ke opes bawak bekal toasted bread with jam n butter aje, air kosong dan minuman wajib dia; diiringi doa syahdu.

2.30pm
Again with D as my drebar pergi beli fired <--- hehe, salah eja tu; I repeat.. beli fried rice Thai style for T. Alahai dak nih, kalau tadi dia jawab my sms "nak makan apa?", dah tentu masa keluar awal tadi I dah belikan but I found out later that there was samting rong with her HP; tetiba a few messages datang selambak dan serentak. Kesiaan T, tapi adakah itu hint kelibat of a new HP akan menjelma?

3pm
Drive to SA alone.., arrgh.. kerana anak ku gagahi jua (molek juga kalau dijadikan tajuk drama ek?). Ala2 emak siTanggang, I datang berbekalkan kek span, slurpee, air kotak perisa teh+markisa, pil mulas, cocopie, chic masala instant noodle (kalau dipinta 2, maka 2lah, jangan memandai bawak 3), nasi goreng Thai ("xnak sayur"), Apollo cake (masih kanak2 ribena), jeli 5 biji (I bubuh dalam plastik siap dengan ketulan ice biar dingin masuk ketekaknya), dan DOKUMEN pengesahan dari ayahanda tentang sesuatu. Dokumen ni penyebab utama I terpaksa bergegas kesana walhal baru jer jumpa dia 2 hari lepas.

Dak bertuah tu tolak mentah2 1. air teh 2. kek span 3. pil mulas (sebab: 1. xde tempat nak simpan 2. xsuka 3. perut dah baik). Suruh dia beri kek tu pada room mate pun tak nak, suruh simpan pil mulas tu just in case sakit perut datang menyerang, pun tak nak.
3.40pm
Umi dah tengok muka anak dan anak dah tengok muka Umi, it's time to say bye2 with hugs and kisses. Kadang kala dia serahkan pipi dia kat I, kadang kala I kata "cium sket". Geliati tengok muka T bila ayahanda beri a peck of kiss kat dahi dia, sengaja dia bundar2kan mata keatas. Noty gal!

Next weekend T tak balik.. sedihlah pulak (tapi tiap kali bersua, mesti ada urat2 yang tegang tapi cepat pulak kendurnya, alahai..).
4pm
Alhamdulillah selamat dalam perjalanan; tapi I tak straight balik rumah, terkoner pi rumah J-Mi. Adios to the hairband and rubberband ... I rasa lega, ringan dan tenteram.

5 comments:

SHAHIRAH KHAIRUDIN said...

Cik Som ni..letak gmbr slurpee tu pulak..suddenly meronta-ronta ank tekak i..

dara u tak balik eh this week? same la dgn i..rase lame tak bersua dengan Ibu i. lambatnye nk tunggu minggu depan *sigh*

somuffins said...

Shahirah, I dah pandai guna mesin slurpee tu. All this while tak teringin pun tapi sejak 2 menjak cuaca panas, teruja pulak. I kena sedut pelan2 sebab the ice is very cold, if not beku dan hingar bingar otak I dibuatnya.
Yes dara tak balik sbb dia ada extra class. U rindu kat ibu u ke? Boleh 3G dgn dia .. kan?

azIEda said...

anak you in college ke or asrama penuh? i tk pernah berpisahh dgn anak2 i, ni lepas kahwin pengantin nak pulang malaysia.. alamak meraung.. so tinggal cik angah and i jer. parentingkan. we dah jaga we kena lepas pulak.:))

kak ja said...

baca n3 ni, kak ja dah rasa risau plak.. suatu ari nnt, akan terpaksa berpisah dgn anak2 gak.. dah le anak pun ramai sgt.. adoilaaaa!! Ni anak pi skolah pg balik ptg pun dah rasa sunyi sgt, mcmana kalau kena tgok muka sebulan sekali je nnt??

*nak menangis siap2lah..

somuffins said...

Azieda, my dara kat ShahAlam aje. Jauh bukan main tu, haha.

Kak Ja, nah tisu paper.. boleh praktis nangis dari sekarang, hehe. Suruhlah dara cari kolej/U yg dekat dgn rumah.